DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Sunday 30 September 2012

GULAI JERING


Ok kali ni kak Nita nak tunjuk cara nak masak gulai jering.  Sape2 yang suka makan jering tu boleh la try buat ea.  Kalau xsuka xpayah la..hehe..

BAHAN-BAHAN :
1) JERING TUA
2) CILI API KAMPUNG (SECUKUP RASA)
3) HALIA
4) LENGKUAS
5) KUNYIT HIDUP
6) 1 HELAI DAUN KUNYIT
7) 1 BATANG DAUN SERAI
8) 4 HELAI DAUN LIMAU
9) 3 ULAS BAWANG PUTIH
9) 7 BIJI  MERAH
10) 1 BIJI KELAPA PARUT
11) SERBUK KETUMBAR
12) 1 BIJI BUAH PALA (ISI SAHAJA)
13) 1 BIJI KELAPA PARUT

CARA - CARA MEMASAK:
1) REBUS JERING SEHINGGA EMPUK KEMUDIAN TUMBUK SEDIKIT
2) BLENDER CILI + BAWANG MERAH + BAWANG PUTIH + HALIA + LENGKUAS + KUNYIT HIDUP + BUAH PALA 
3) BLENDER KELAPA PARUT DENGAN AIR MASAK KEMUDIAN TAPIS SANTANNYA (LEPAS DAH TAPIS BOLEH GUNA UNTUK BLENDER KALI KEDUA DAN KETIGA)
4) PANASKAN SANTAN DALAM KUALI
5) MASUKKAN BAHAN-BAHAN YANG TELAH DI BLENDER TADI DALAM KUALI YANG BERISI SANTAN TERSEBUT KEMUDIAN KACAU SEHINGGA SEBATI .
6) MASUKKAN DAUN KUNYIT + DAUN SERAI + DAUN LIMAU
7) MASUKKAN SEDIKIT GARAM DAN AJINAMOTO.
8) BILA DAH MENDIDIH, MASUKKAN JERING KEDALAMNYA.
9) RASA DAN ADJUST GARAM DAN AJINAMOTO SECUKUP RASA.

SELAMAT MENCUBA!!


KEK BATIK


Senang je nak wat kek batik ni, so korang patut cuba buat.  Bahan-bahan pon xbanyak cuma ikut rajin ke tak je nak buat kan.  hehe


BAHAN-BAHAN :

1) BISKUT MARRY
2) MILO
3) SUSU PEKAT
4) MAGERIN
5) AIR MASAK

CARA-CARA MEMASAK :

1) PANASKAN MARGERIN 
2) MASUKKAN SUSU PEKAT KEMUDIAN MASUKKAN SEDIKT AIR
3) MASUKKAN MILO SECUKUP RASA DAN KACAU SEHINGGA SEBATI
4) MASUKKAN BISKUT MARRY DAN KACAU HINGGA SETIAP BISKUT TU DI SELAPUTI CAMPURAN MILO DAN SUSU TADI.
5) MASUKKAN DALAM BEKAS 

* KALAU NAK LEBIH SEDAP MASUKKAN DALAM PETI SEJUK..


NI LA HASILNYA KEK BATIK YANG SIMPLE DAN SEDAP.HEHE


                  SELAMAT MENCUBA!!


Sunday 23 September 2012

Prosedur untuk Bakal-bakal Pengantin Daerah Gombak

Prosedur Perkahwinan untuk Bakal-bakal Pengantin di Daerah Gombak

Pertama sekali kena pergi kursus Pra Perkahwinan, kursus2 ni boleh buat kat mana2 negeri dan tak ada due date, so g la kursus awal-awal pon bagus. Bagi yang nak g kursus area2 Selangor or KL boleh try register kat  Mahligai Firdaus dkt Setiawangsa, ni link dia Mahligai Firdaus .  

Then boleh la g wat Saringan Ujian HIV kat klinik kesihatan kerajaan, tapi kat area Selangor skrg ni da kuar pekeliling kata boleh wat kat klinik swasta tp lepas da dpt result tu kene bwk result ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk dapatkan Cop Pengesahan.  Kalau xde cop pengesahan klinik kerajaan mmg xkan di terima la, so jgn lupa dptkan pengesahan dulu ye.  Nnt kat klinik tu staff klinik akan bg satu borang then kena isi dan lampirkan sekali dengan result yg kte da dpt dr klinik swasta tu.  Tp kene igt, Ujian ni hanya valid selama 6 bulan je, so kena pandai-pandai bajet la, kalau nak kawen ag 6 bulan tu da boleh buat la, tp da lepas 6 bulan x kawen ag so result tu da x valid da, kene wat ujian saringan ag skali la.  Jangan lupa fotostat siap2 result yang da wat kat klinik swasta tu ea, nnt klinik nak attach skali ngan borang pengesahan tu.  Nak dapatkan cop pengesahan kat klinik kerajaan pon kena amik no jgk rupanya.  Lepas doktor dan cop & sign kat result dan borang saringan ujian hiv tu dia akan bg kte salinan wane biru tu, yang tu kena submit skali ngan result hiv test yang original time nak anta kebenaran berkahwin nnt,

Sabar jela, tggu dekat 2 jam, ble masuk doktor just cop dan sign pastu da boleh balik, doktor xtanya apa2 pon, macam tak berbaloi je tggu lama2 hanya untuk dptkan cop, lebih baik nurse tu passing je kat doktor, bukan doktor tu ada wat apa2 check up pon kat kita, just cop kat borang je coz result dari klinik swasta tu da ada. Tapi mmg rasa macam sia2 je tggu kat klinik tu, kan senang kalau dtg trus boleh tgglkan result and dtg balik da leh amik borang yang da di cop tu.  Ni tak boleh plak, nak kena tggu turn and masuk jumpa doktor jugak.  

Lepas da settle tu, bolehlah amik borang kat Pejabat Agama berhampiran, tp skrg ni bg yang bermaustatin di negeri Selangor da kena isi form online, ble da isi tu kene print la.  Pejabat Agama dah x bagi borang manual.  Lengkapkan borang kebenaran berkahwin tu, Bagi pasangan yang dari kariah yang sama bolehlah hantar sekali borang tu, tapi bagi yang duk daerah lain2, or lain2 negeri macam pihak lelaki dari Melaka dan pihak perempuan dari Selangor so Pihak lelaki kene settlekan kebenaran berkahwin luar negeri dari Pejabat Agama Melaka tu dulu, bila da dapat kebenaran tu pihka lelaki kena bagi kat pihak perempuan berserta sijil kursus perkahwinan untuk dijadikan dokumen sokongan bagi permohonan kebenaran berkahwin pihak perempuan yang di Selangor tadi.  Tempoh sah laku kebenaran berkahwin ni hanya 3 bulan, kalau korang tak kahwin dalam masa 3 bulan kira kebenaran tu dah luput la, kena mohon semula kebenaran berkahwin yang baru.

Semasa nak dptkan cop pengesahan dari Penolong Pegawai Nikah tu kena pastikan sume butiran yang diminta di isi dengan lengkap, dokumen sokongan perlullah dibwa berserta salinannya sekali.  Bawak Wali, dan 2 orang saksi berjumpa dengan PPN tersebut, bagi yang tinggal di Taman Greenwood bolehlah pergi ke Masjid Ar-Rahimah, Taman Gombak.  Ni link dia, Penolong Pendaftar Nikah, Taman Gombak kat sini ada no telefon PPN yg telah di lantik oleh JAIS so telefon dulu untk membuat temu janji.

Bagi sesiapa yang surat nikah ibu dan bapanya yang telah lama hilang dan xdpt ditemui kenalah buat Surat Akuan Sumpah mengatakan tarih nikah Ibu bapa, tempat nikah, bilangan anak.  Akaun Sumpah ini boleh di buat di Pesuruhjaya Sumpah yang berhampiran, pastikan pesuruhjaya Sumpah itu beragma Islam ye.  Itu seperti yang di kehendaki oleh JAIS.  Yang ni contoh bagi ibu bapa yang telah lama bercerai dan surat nikah xdapat ditemui.  Tapi ni draf je, kalau nak format lebih betul g je bawak draf ni tunjuk kat Pesuruhjaya Sumpah tu, nanti dia akan edit apa-apa yang patut.

SURAT AKUAN SUMPAH

 Saya ……………………………………………………..  No. K/P .............................  yang beralamat di ...............................................................................................................……………………………………………………………………………………………………………………………….. dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:-


1.   Saya ibu kandung kepada .......................................................No IC ...........................
2.   Saya telah berkahwin secara sah dengan ................................................no IC ................................ pada..................................... bertempat di .................................
          3.    Saya mempunyai .............. orang anak hasil perkahwinan tersebut.
4.    Saya tidak menyimpan sebarang dokumen berkaitan dengan perkahwinan dan penceraian tersebut.


Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan  Berkanun 1960.

 Diperbuat dengan sebenarnya dan  diakui oleh         ) 
 yang tersebut namanya  di atas iaitu                            )
           ……………………….............................................              )                   
di ..................................................................                       )                    .................................                                       dalam negeri ...............................................                     )                       (Tandatangan)                                              pada ………..haribulan …….......tahun………......       )  


Di hadapan saya, 

..........……………………………................. 
( Tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen,
Majistret atau  Pesuruhjaya Sumpah )

Pastu da settle dptkan cop pengesahan tersebut, bolehlah hantar borang kebenaran berkahwin tersebut ke Pejabat Agama, Bagi yang nak dapatkan kebenaran berkahwin di negeri Selangor boleh tengok di JAIS untuk tengok pejabat agama mana korang kena submit borang tu.  Borang kebenaran berkahwin ni hendaklah di hantar ke Pejabat Agama Islam Daaerah selewat2nya 7 hari sebelum akad nikah dilangsungkan.  Better hantar awal la dalam 3 or 2 bulan sebelum nikah, kalau ada apa2 masalah berkaitan permohonan tersebut bolehla ada masa untuk kita selesaikan dahulu bagi melancarkan akad nikah itu nnt.  Takut la kalau2 ada maklumat atau lampiran yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Agama yang meneybabkan mereka xdpt memberikan kebenaran berkahwin tersebut atas sebab2 tertentu.  Kalau yang duk kat area Gombak Timur, kena hantar permohonan kebenran berkahwin kat PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK (KERAMAT).  ALAMAT :PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK CAWANGAN TAMAN KERAMAT JALAN ENGGANG... No Telefon : TEL : 03-42526080/ 42529344



Kebenaran bernikah tu akan siap dalam tempoh satu hari, kalau hantar arini esoknya boleh la datang amik kebenaran berkahwin yang telah di tandatangani oleh Pegawai Pendaftar tu dekat pejabat agama, dia akan bg skali dengan borang perakuan nikah yang akan digunakan semasa bernikah nnt, so bolehla isi dulu detail suami, isteri dan wali tu, tpjgn usik bhagian saksi coz bahagian saksi tu akan diisi oleh penolong pendaftar  nikah yang berkenaan.  Kalau  macam kat tempat saya lepas da dapat kebenaran berkahwin tu isi bahagian suami,isteri dan wali pastu g hantar balik kat penolong pendaftar nikah yang tandatangan kat borang kita tu.  Pastu lagi 2 3 hari nak akad nikah boleh la call balik PPN tu just tuk remind la, takut2 terlupa ke kan. 



Thursday 20 September 2012

MIMPI BURUK

Sejak 2 bulan kebelakangan ni, hidup aku macam xberapa nak tenteram je.  Slalu mimpi buruk yang membuatkan aku terfikir-fikir apakah petanda mimpi tu.  Aku ni mmg org yg suka fikir berlebih2, tu yang jadi serabut tu.  Kadang-kadang benda tu xde pape pon tapi aku yang fikir lebih2 sampai mengganggu emosi aku.

Mula-mula mimpi cincin tunang hilang pastu xlama lepas tu mimpi satu persatu gigi aku patah, selang seminggu mimpi g cari umah sewa then kat umah sewa tu rupanya ada kubur, siap melawat ag kubur-kubur kat situ.  Tapi rumah tu nmpk macam sangat usang.  Macam scary je nak duk umah macam tu.

Malam tadi mimpi cincin merisik plak hilang, pastu dlm mimpi tu aku cari-cari la cincin tu dalam beg pastu jumpa cincin lain pulak, tapi sama saiz ngan jari aku.  Aku pon pakai jela, cincin tu macam cincin silver la. Kira da 2 kali la mimpi cincin hilang, sedihnye. Orang cakap kadang-kadang mimpi tu sebenarnya membawa maksud yang tersirat sama ada petanda baik atau buruk.  Aku berdoa agar sume mimpi tu hanya satu mainan tidur sahaja. 

Bila da dekat-dekat nak kawen ni macam-macam mimpi yang datang dan macam-macam masalah yang timbul.  Mungkin itu satu dugaan bagi kami, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan yang mendatang.  

Ya Allah Ya Tuhanku, Permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami keizinanMu untuk kami terus bersatu dalam satu ukhwah dan kekalkan rasa Cinta kami kepadaMu hingga ke SyurgaMu Ya ALLAH.  Sesungguhnya kepada Engkaulah tempat kami memohon dan bersembah.  Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang Ya Allah..Aamiin.

UDANG MASAK TEMPOYAK DENGAN TERUNG


BAHAN-BAHAN :
1)Udang 
2)Terung   
3)8 biji Cili Merah  
4) 4 Biji cili Api    
5) Sebatang Daun Serai  
6) 1/2 helai Daun Kunyit   
7) 3 sudu teh Tempoyak   
8) Garam   
9) Ajinamoto


CARA-CARA MEMASAK:

1- Blender cili merah, cili api dan tempoyak menggunakan air.
2- Panaskan dalam periuk
3- Masukkan daun kunyit dan daun serai
4- Masukkan terung dan kemudian masukkan udang
5- Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa

* Senang je nak masak tempoyak ni, sedap plak tu..hehe..kalau nak pedas boleh la lebihkan sikit cili api tu..

SELAMAT MENCUBA!!!

Friday 14 September 2012

GULAI UDANG KACANG BUNCIS

Kali ni kita belajar masak MASAKAN MINANG - GULAI UDANG KACANG BUNCIS.

BAHAN-BAHAN :

1) Biji Kelapa ( diblender dan ditapis)
2) Sedikit Kunyit
3) Sedikit Halia
4) Sedikit Lengkuas
5) 6 biji Bawang Merah
6) 2 ulas Bawah Putih
7) 1 batang Serai
8) 1 helai Daun Kunyit
9) 1/2 biji Buah Pala (Di tumbuk)
10) Sedikit Ketumbar ( Dikisar halus)
11) Cili api hijau (secukup rasa) kalau xnak pedas sangat letak sikit jela
12) Garam & Ajinamoto
13) 1/2 kg Udang 
14) Kacang Buncis  


CARA-CARA MEMASAK :

1) Kisar bawang merah, bawang putih, halia,lengkuas, kunyit, cili api sehingga hancur.
2) Masukkan air santan yang telah dikisar dan ditapis tadi ke dalam kuali dan panaskan, kacau-kacaukan santan tersebut.
3) Masukkan hasil campuran yang telah di kisar halus tadi ke dalam santan, kemudian kacau.
4) Masukkan daun kunyit dan batang serai (tumbuk sedikit di bahagian bawahnya)
5) Masukkan sedikit ketumbar yang telah dikisar halus tadi dan buah pala yang telah ditumbuk.
6)Kacau sehingga mendidih, bila dah nampak macam ada minyak2 tu kemudian masukkan udang dan kacang buncis tadi.
7) Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa.
8) Masukkan beberapa biji cila padi kedalam masakan (hiasan je), tp kalau still ase xpedas, boleh tumbuk cili tu.

* Ini ikut citarasa masing-masingla, kalau ada yang kurang tu boleh la tambah2 ea.  Maaf atas kekurangan cara penyampaian, sekadar berkongsi cara masakan je.



Ni la hasilnya masakan gulai udang kacang buncis.


SELAMAT MENCUBA!!
















PENGANGKUTAN AWAM KE PKNS SHAH ALAM

Kalau nak g Shah Alam, bagi yang malas nak mengadap jem kat Shah Alam tu boleh la naik kenderaan awam, nak komuter or bas ke.  Tapi amik masa jugak nak sampai, nak tunggu tren pon amik masa jugak.

Kalau dari KL naik komuter aliran ke Klang, tp kena banyak bersabar sikit la.  Nak tunggu komuter sampai pon boleh tahan lama la, pastu tren pon banyak stesen dia berhenti, so kene gerak awal la.

Nanti dah sampai stesen Shah Alam tu boleh la naik teksi, tambang ke PKNS dalam RM5 ke RM6.  PKNS tu berhadapan je ngan SACC tu.  Kalau aku mmg malas nak bawak kereta coz slalu sesat je, tak pernah lulus jalan nak ke sana.  So jalan lainnya naik kenderaan awam jela.

ANYAMAN TUDUNG SAJI


TUDUNG SAJI BERANEKA CORAK DAN WARNA

SAIZ KECIL ATAU BESAR

HARGA SAIZ KECIL : RM20.00
HARGA SAIZ BESAR : RM30.00

BOLEH PILIH WARNA MENGIKUT CITARASA SENDIRI.

JIKA BERMINAT BOLEH TGGLKAN KOMEN DI SINI

SESUAI DIGUNAKAN SEBAGAI PERHIASAN ATAU KEGUNAAN HARIAN, NAMPAK CANTIK SIKIT KAN. HUHU



Ni antara contoh2 tudung saji yag telah siap di anyam dengan reben.







Thursday 13 September 2012

UJIAN SARINGAN HIV NEGERI SELANGOR

Pening jugak nak berurusan untuk wat saringan HIV ni.  30 Ogos 2012, time tu aku g Pejabat Agama Daerah Gombak untuk amik borang kebenaran nikah untuk perempuan, then tanya la pasal ujian saringan hiv tu,pastu staff kat pejabat agama tu ckp g kat klinik kerajaan je, klinik swasta xleh wat ujian saringan HIV tu.
Pastu aku pon cari la klinik yang berhampiran yang dekat jalan gombak tu, sekali klinik tu dah pindah rupanya..Aduhai, xtau plak dah pindah, tgk jam dah lebih pkul 4,so comfirm xsempatla..  So aku balik umah jela,

Hari Isnin 9hb September teringat yang xwat ag ujian saringan HIV tu, then aku pon mintak kebenaran kuar ofis jap nak g wat saringan tu, aku ada baca kat web jasi aritu kata nak wat saringan HIV kene amik borang kat Pejabat agama dulu, pastu aku pon g la Pejabat Agama Daerah Gombak tu balik, tggu dari pkul 1 smpi pkul 2, ble ofis dah buka aku pon tanye la pasal borang tu sekali dia ckp pejabat agama xkuarkan borang tu dah, just trus g kat klinik kerajaan je nnt diorg bg borang, sabar jela.  Kalau tau dari awal aku dah g Klinik tu, xyah tunggu lama2 kan.

Sampai je kat klinik, rupanye kena wat appointment dulu, alahai tu satu hal. Punya bersusah payah datang sekali kene wat appointment.  Aku datang 9/9/2012 tarikh appointment paling awal 11/10/2012..Lama tu, rasa macam cuak je ble pk makin dekat dah ni sebab baca kat pdf tu kata kne wat HIV test sekurang2nye 2 bulan dari tarikh nak nikah..Cuaknya aku..huhu

Tadi 13/9/2012 tepon la klinik kesihatan Selayang dan klinik kesihatan Taman Ehsan, sekali dua2 klinik ckp kat klinik kesihatan tu xwat Ujian saringan HIV tu da..Dia kata kene wat kat klinik swasta dulu then dapatkan cop pengesahan dari klinik kesihatan kerajaan.  Then aku still xpuas hati trus call pejabat agama Gombak then staff dia ckp pon kene wat kat klinik swasta then baru dptkan pengesahan dari klinik kerajaan.  Tapi keliru la dengan arahan diorg, mula2 ckp xleh wat kat klinik swasta then ble da nak wat kat klinik kerajaan kata kene wat kat klinik swasta plak.  Aduyai, macam2 plak kan.

So kesimpulannya kene wat awal2 dan jangan tangguh2kan urusan, ble da  dekat2 cmni mmg kelam kabut jadinya..Baru la aku terasa padahnya melewatkan2 urusan kan..huhu..Korang jangan jadi cm aku ea..huhu
Coret-Coret Kak Nita