DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Thursday 21 March 2013

PEMERIKSAAN KANDUNGAN DI KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK GOMBAK SETIA

Kali ni Kak Nita nak share pasal pemeriksaan kandungan dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia.  Untuk kali pertama pergi buat pemeriksaan kat sana so kena register la untuk buka buku rekod kesihatan kandungan atau lebih dikenali dengan nama BUKU MERAH.  Masa nak register tu kena la bawak IC original, Surat Nikah, Bil elektrik untuk sahkan alamat tempat tinggal dan jangan lupa bawa fotokopi IC encik Husband ea.  Nanti kat buku tu nurse akan tuliskan la butiran diri kita dan En.husband, usia kandungan dan tarikh jangkaan melahirkan.




Ni contoh buku merah yang Kak Nita kena simpan, ada lagi satu kad merah tu Klinik yang simpan.

Melalui pengalaman Kak Nita la kan, better pergi Klinik tu seawal jam 8pagi, so beratur la amik no giliran, kalau datang awal so bolehlah settle awal kan.  Macam aritu Kak Nita terlewat sikit, datang sana dah pkul 10pagi, time tu memang dah ramai sgt org, apalagi sementara nak tunggu tu g la makan2 dulu. Tapi untuk pemeriksaan akan datang Kak Nita nak g awal2 pagi la, malas plak nak berpanas2 dekat klinik tu lama-lama, bosan kot.hehe..

Ok masa nak register tu, nurse akan mintak IC kita then dia akan bagi no giliran, lepas da dapat no giliran tu dia akan suh kita g buang air kecil dan buat pemeriksaan sama ada air kecil kita tu normal or ade tidak.  Kalau normal kira ok la, just tunggu nurse panggil sekalai lagi untuk timbang berat, ukur ketinggian dan sedikit soal selidik tentang kehamilan dan latar belakang kesihatan kita dan keluarga.  Then nurse tu yang akan isikan butiran-butiran diri kita dekat buku merah tu.  Dia akan provide 2 buku merah, satu untuk simpanan Klinik dan satu lagi untuk simpanan kita.  

Selepas tu, nurse akan amik darah kita dan suruh kita anta darah tu pergi makmal dekat Klinik Kesihatan blok berhadapan dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, da dapat result tu bawak g Bilik nombor 1 kat  Klinik Kesihatan Ibu dan Anak tu dan masukkan buku merah tu dalam bakul yang disediakan dihadapan bilik 1 tersebut.  Tunggu la sampai no giliran kita disebut.

Dekat bilik satu tu nanti nurse yang akan layan kita, nurse akan suruh kita baring dekat katil tu dan dia akan rasa perut kita, slalunya awal2 kandungan ni xdapat rasa lagi la.  Kemudian nurse akan bagi nasihat sikit la tentang bagaimana nak jaga kesihatan kandungan dan kena banyakkan rehat dan jangan buat kerja berat.  Nurse akan bagi tahu jugak bila appointment kita yang seterusnya, kalau kita ada kebarangkalian ada kencing manis contohnya sebab parents kita ada penyakit tu so nanti doktor akan bagi satu tarikh lain untuk kita datang buat ujian bagi sahkan sama ada kita ada penyakit kencing manis jugak or tidak. Selalunya untuk ujian kencing manis ni Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia ni akan buat pada setiap hari Jumaat, dia akan catatkan tarikh dalam buku merah tu then kita kena datangla seawal pkul 8pagi.

Lepas da settle jumpa nurse so kita kena tunggu sekali lagi untuk berjumpa doktor, doktor tu ada dekat bilik 4.  Slalunya masa pertama kali buka buku merah ni kita akan jumpa doktor la sekali, dan lagi sekali masa usia kandungan dah mencecah 8 bulan. Temujanji yang berikutnya kita akan jumpa nurse jela,melainkan kalau kandungan kita ada masalah baru kena jumpa doktor.

Masa jumpa doktor tu, doktor akan suruh baring and doktor akan scan perut kita, time ni memang sangat best sebab kita dapat tengok imej baby yang kita kandungkan tu.  Rasa xpuas pulak coz dapat tengok kejap je pon, dalam bilik pemeriksaan tu husband xleh masuk ea kawan2, diorang kene tunggu kat ruang menunggu kat luar bilik tu jela.  Tak dapatla en.husband nak tengok imej baby tu kan.huhu..

Lagi satu Buku Merah ni sangat penting untuk dibuat di klini kerajaan walaupon kita planning nak bersalin kat  hospital swasta or klinik bersalin swasta.  Contohnya kalau ada masalah pada kandungan atau ibu mengandung yang xdpat diatasi oleh doktor di Hospital Swasta, mereka akan transfer dekat Hospital Kerajaan jugak, so buku merah ni pentingla untuk rujukan Hospital Kerajaan tu kan, kira macam rekod kita dah ada la kan.

Tu jela yang Kak Nita nak cerita kali ni, hope dapat sikit info la yea.  Sebelu pergi Klinik Kerajaan tu better telefon klinik yang kita nak g tu ea coz nak tau betol ke x tempat tinggal kita termasuk dalam kawasan yang Klinik tu periksa.  Nanti sia2 je pergi klinik tu pagi2 tapi tengok2 kena g klinik lain plak kan.  Selamat membuat pemeriksaan, semoga kita dan kandungan kita sihat2 belaka dan dipermudahkan segala urusan semasa mengandung dan bersalin kelak..  Aamiin,..

3 comments:

Anonymous said...

assalam kak nita. kalau say dok area keramat nak cek dekat mana eyh? bila waktu yang sesuai nk buat kad merah tu.? tima kasih.

Unknown said...

Wa'salam. Kak Nita pon xpasti, awak kne call Klinik Kesihatan yang berhampiran ngan tempat tinggal awak la. Kalau ikutkan ritu nurse suruh datang wat buku merah sebelum usia kandungan memcecah 12 minggu. Macam Kak Nita ritu dah masuk minggu ke 14 baru buat buku merah, pastu nurse bising jgk tanya kenapa lambat bukak buku merah tu. Kak Nita ckapla, doktor kat klinik swasta yang ckp lepas 3 bulan baru g check up, tu yang baru buat tu. So kesimpulannya sebelum masuk minggu ke 12 dah kena buat buku merah la ea.

mengobati susah tidur said...

kelahiran putra sangatlah menyenangkan , makasih sharingnya
madu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Asam Urat

Coret-Coret Kak Nita