DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Sunday 31 March 2013

UJIAN KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Ok kali ni Kak Nita nak cite pasal ujian kencing manis kt Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia, appointment tok ujian ni hanya dilakukan pada setiap hari jumaat, nnt nurse akan bagi tarikh la pada kita bila sepatutnye kita datang kat klinik tu bagi ujian kencing mansi tersebut.

Pada malam sebelum pergi ke klinik tersebut, kita diminta untuk berpuasa bermula pada pkul 10 malam sehingga selesai nurse amibil darah kali kedua, dalam pkul 10.30-11.00 pagi macamtula, bergantung la pada nombor giliran masing-masing kan.  Kalau nombor giliran awal, so kemungkinan mmg settle awal la.

Kak Nita datang dalam pkul 8.05 pagi, time tu mmg da ramai da orang yang senasib ngan Kak Nita kt klinik tu.  Sape datang awal, so dptla nombor giliran yang awal2 kan.  Bila dah masukkan buku merah kita dalam bakul tu kena tunggu samapi nama kita dipanggil and nurse akan bagi nombor giliran. So apelagi tunggu jela nombor giliran Kak Nita dipanggil kan, dalam 20 minit mcmtu, name Kak Nita dipanggil then kena masuk dalam bilik tu untuk di ambil darah oleh nurse yang bertugas.

Lepas amik darah tu sebenarnye kena terus minum air gula yang disediakan kat atas meja tu, tapi oleh kerana Kak Nita tak tau ape2, so Kak Nita boleh g duk relax je kat ruangan menunggu tu.  Pastu Kak Nita rasa pelik, asal orang yang lepas Kak Nita tu dah minum air gula dah, rupanya kena amik sendiri, ingtakan nurse tu yang akan bagi kat kita. Rasa cam malu kejap. hehe..

Lepas dah amik air gula tu, Kak Nita pon minum la pelan2, mak ai bukan men manis lagi kan.  maklumlah mmg air gula sejati tu.  Rasa kembang tekak ni kejap, ada jgk rasa macam nak terkeluar balik, tp Kak Nita kuatkan semangat dan sambung minum sampai habis satu gelas tu.  Alhamdulillah, lega da leh abiskan air tu.

Then Kak Nita kena tggu 2 jam kat klinik tu untuk amik darah kali kedua, sambil duduk2 kat kerusi luar klinik tu tetiba datang pakcik ni berbasikal dan bawak buah-buahan yang dah dipotong, parking btol2 depan Kak Nita duduk tu, dah la kita kena puasa lagi, terliur jugaklah tgk buah tembikai yang merah menyala tu.  Sabar jela...hehe

Dalam pkul 10.40 pagi cmtu nama Kak Nita di panggil skali lagi untu amik darah kali yang kedua, pas amik darah tu dah boleh balik untuk makan sume.  Serius mmg lapar gler, kepala pon macam dah ting tong kejap.  Result dia xtau ag sama ada Kak Nita ada kencing manis ke tak, nnt nurse akan call semula la kalau ternyata result tu tunjuk yang Kak Nita ada kencing manis.

Ok sampai situ jela yang Kak Nita nak share untuk entry kali ni..


Thursday 21 March 2013

PEMERIKSAAN KANDUNGAN DI KLINIK KESIHATAN IBU DAN ANAK GOMBAK SETIA

Kali ni Kak Nita nak share pasal pemeriksaan kandungan dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia.  Untuk kali pertama pergi buat pemeriksaan kat sana so kena register la untuk buka buku rekod kesihatan kandungan atau lebih dikenali dengan nama BUKU MERAH.  Masa nak register tu kena la bawak IC original, Surat Nikah, Bil elektrik untuk sahkan alamat tempat tinggal dan jangan lupa bawa fotokopi IC encik Husband ea.  Nanti kat buku tu nurse akan tuliskan la butiran diri kita dan En.husband, usia kandungan dan tarikh jangkaan melahirkan.




Ni contoh buku merah yang Kak Nita kena simpan, ada lagi satu kad merah tu Klinik yang simpan.

Melalui pengalaman Kak Nita la kan, better pergi Klinik tu seawal jam 8pagi, so beratur la amik no giliran, kalau datang awal so bolehlah settle awal kan.  Macam aritu Kak Nita terlewat sikit, datang sana dah pkul 10pagi, time tu memang dah ramai sgt org, apalagi sementara nak tunggu tu g la makan2 dulu. Tapi untuk pemeriksaan akan datang Kak Nita nak g awal2 pagi la, malas plak nak berpanas2 dekat klinik tu lama-lama, bosan kot.hehe..

Ok masa nak register tu, nurse akan mintak IC kita then dia akan bagi no giliran, lepas da dapat no giliran tu dia akan suh kita g buang air kecil dan buat pemeriksaan sama ada air kecil kita tu normal or ade tidak.  Kalau normal kira ok la, just tunggu nurse panggil sekalai lagi untuk timbang berat, ukur ketinggian dan sedikit soal selidik tentang kehamilan dan latar belakang kesihatan kita dan keluarga.  Then nurse tu yang akan isikan butiran-butiran diri kita dekat buku merah tu.  Dia akan provide 2 buku merah, satu untuk simpanan Klinik dan satu lagi untuk simpanan kita.  

Selepas tu, nurse akan amik darah kita dan suruh kita anta darah tu pergi makmal dekat Klinik Kesihatan blok berhadapan dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, da dapat result tu bawak g Bilik nombor 1 kat  Klinik Kesihatan Ibu dan Anak tu dan masukkan buku merah tu dalam bakul yang disediakan dihadapan bilik 1 tersebut.  Tunggu la sampai no giliran kita disebut.

Dekat bilik satu tu nanti nurse yang akan layan kita, nurse akan suruh kita baring dekat katil tu dan dia akan rasa perut kita, slalunya awal2 kandungan ni xdapat rasa lagi la.  Kemudian nurse akan bagi nasihat sikit la tentang bagaimana nak jaga kesihatan kandungan dan kena banyakkan rehat dan jangan buat kerja berat.  Nurse akan bagi tahu jugak bila appointment kita yang seterusnya, kalau kita ada kebarangkalian ada kencing manis contohnya sebab parents kita ada penyakit tu so nanti doktor akan bagi satu tarikh lain untuk kita datang buat ujian bagi sahkan sama ada kita ada penyakit kencing manis jugak or tidak. Selalunya untuk ujian kencing manis ni Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia ni akan buat pada setiap hari Jumaat, dia akan catatkan tarikh dalam buku merah tu then kita kena datangla seawal pkul 8pagi.

Lepas da settle jumpa nurse so kita kena tunggu sekali lagi untuk berjumpa doktor, doktor tu ada dekat bilik 4.  Slalunya masa pertama kali buka buku merah ni kita akan jumpa doktor la sekali, dan lagi sekali masa usia kandungan dah mencecah 8 bulan. Temujanji yang berikutnya kita akan jumpa nurse jela,melainkan kalau kandungan kita ada masalah baru kena jumpa doktor.

Masa jumpa doktor tu, doktor akan suruh baring and doktor akan scan perut kita, time ni memang sangat best sebab kita dapat tengok imej baby yang kita kandungkan tu.  Rasa xpuas pulak coz dapat tengok kejap je pon, dalam bilik pemeriksaan tu husband xleh masuk ea kawan2, diorang kene tunggu kat ruang menunggu kat luar bilik tu jela.  Tak dapatla en.husband nak tengok imej baby tu kan.huhu..

Lagi satu Buku Merah ni sangat penting untuk dibuat di klini kerajaan walaupon kita planning nak bersalin kat  hospital swasta or klinik bersalin swasta.  Contohnya kalau ada masalah pada kandungan atau ibu mengandung yang xdpat diatasi oleh doktor di Hospital Swasta, mereka akan transfer dekat Hospital Kerajaan jugak, so buku merah ni pentingla untuk rujukan Hospital Kerajaan tu kan, kira macam rekod kita dah ada la kan.

Tu jela yang Kak Nita nak cerita kali ni, hope dapat sikit info la yea.  Sebelu pergi Klinik Kerajaan tu better telefon klinik yang kita nak g tu ea coz nak tau betol ke x tempat tinggal kita termasuk dalam kawasan yang Klinik tu periksa.  Nanti sia2 je pergi klinik tu pagi2 tapi tengok2 kena g klinik lain plak kan.  Selamat membuat pemeriksaan, semoga kita dan kandungan kita sihat2 belaka dan dipermudahkan segala urusan semasa mengandung dan bersalin kelak..  Aamiin,..

Friday 1 March 2013

Pakej Pulau Malaysia Bersama Jomlahcuti.Com

Wah, kali ni Kak Nita nak wat entry pasal bercuti pulak la, Kak Nita memang rajin jugakla tgk web http://jomlahcuti.com, nak rancang bercuti dengan hubby dari awal kahwin sampai da 4 bulan kahwin pon xjadi2 lagi.  Mungkin sebab masa tidak mengizinkan kot, kadang-kadang tu terbit jugaklah rasa jeles tgk kawan2 yang baru kahwen da g honeymoon kan, tapi takpela, mungkin suatu hari nanti tiba giliran Kak Nita and hubby pulak kan, so xperlu nak mengeluh.  Ada masa lagi untuk bercuti tu.  


Ni gambar pemandangan kat Pulau Pangkor..Kak Nita amik sndri guna camera Kak Nita tau, Cantik dan tenang sangat suasana kat pulau kan..

Kalau korang rajin bercuti jenguk2lah web http://jomlahcuti.com ni, banyak pakej2 yang best tau ditawarkan oleh mereka.  Harga pon berpatutan.  Walaupon Kak Nita memang belom pernah lg join diorg punya trip tapi Kak Nita dapat rasakan diorg ni mmg sediakan servis yang terbaik punya untuk setiap pelanggan mereka.  Kalau la ada kesempatan nanti memang Kak Nita nak arrange percutian ikut pakej yang mereka tawarkan tu.  Kalau korang tak percaya cublah klik dulu link tu, xrugi papepon, xde virus and xde bayaran pon klu jenguk2 web tu. Betol, Kak Nita xtipu ni..hehe

Sebenarnya, jiwa dan raga Kak Nita ni btol2 melonjak2 nak pergi bercuti, Kak Nita suka sangat dengan ketenangan dan keindahan pantai-pantai di Malaysia ni.  Beberapa tahun dulu adalah Kak Nita g Pulau Pangkor, 2 kali dah la g sana.  Jom tgk2 sket pictute yang sempat Kak Nita amik semasa kat sana, KAk Nita memang suka amik gambar pemandangan.  Rasa sangat teruja dengan keindahan Ciptaan Allah S.W.T.  Bila kita pergi bercuti di tempat2 yang tenang dan indah macam ni, memang secara xlangsung akan terbitkan rasa bersyukur dan kagum dengan Kekuasaan Allah kan.  Rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat keindahan ciptaanNya, betapa hebatnya Allah tiada tandingannya.  

Gambar-gambar ni semua memang original dari kamera Kak Nita tau, bukan copy paste dari internet.  Ade lagi gambar yang ade muka Kak Nita sebenarnya tp memandangkan semua gambar tu time Kak Nita free hair dulu kan, so macam xsesuai je nak tayang sekarang, yela kan Kak Nita da berimej baru sekarang.  







Kalau nak tau jomlahcuti.com ni ada anjurkan satu contest tau, Kalau la ada rezeki Kak Nita, hubby and baby dalam kandungan Kak Nita ni memang Kak Nita nak sangat menang contest yang diorang buat tu.  So kalau nak menang kenalah bagi slogan kan, Slogan Kak Nita simple je  “Saya ingin bercuti bersama jomlahcuti.com pakej-pakej yang ditawarkan sangat menarik dan web http://jomlahcuti.com adalah antara yang terbaik.

Coret-Coret Kak Nita