DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Monday 27 May 2013

Pemeriksaan Kandungan Minggu ke 22

Asalamualaikum, lama rasanye x udpate kat blog ni.  Kali ni Kak Nita nak cite sket pasal pemeriksaan Kandungan Kak Nita untuk bulan 5, kira da masuk minggu yang ke 22 dah la.  Apa yang mengejutkan adalah berat badan Kak Nita untuk pemeriksaan kali ni naik sebanyak 4Kg berbanding pemeriksaan bulan 4 aritu.  Tu kira peningkatan berat badan yang mendadak la jugak kan.  Masa pemeriksaan bulan 4 aritu berat bdan naik 1.5Kg je, kali ni btol2 naik mendadak ni. 


Yang ni la catatan dalam buku Pink Kak Nita untuk minggu ke 22 ni.  Tengok tu nurse siap tulis guna pen merah lagi,  weight extra 4 Kg..huhu

      Tapi mmg xdpt dinafikanlah yang selera makan Kak Nita memang meningkat sejak akhir2 ni.  Asyik ingat nak makan je.  Oleh kerana berat badan yang naik mendadak ni, Kak Nita kena g jmpe doktor then doktor suruh datang untuk buat BP Monitoring, dimana dalam seminggu tu Kak Nita kena datang 2 kali untuk check tekanan darah, air kencing, timbang berat badan dan juga check degupan jantung baby.


Yang ni plak sheet untu BP Monitoring.  Nurse akan tampal sheet ni kat bahagian depan buku Pink kita. So Kak Nita kena la datang ikut tarikh yang dicatatkan dalam sheet tu.

Untuk yang blom ada pengalaman buat pemeriksaan kandungan kat Klinik Kerajaan, Kak Nita cite sket la prosedurnya ea.  Tapi ni prosedur dekat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia la, tempat len Kak Nita xsure la macamane.  

First skali, Kita kena letakkan Buku Pink dalam bakul yang berada kat kaunter depan.  Tunggu sampai nurse panggil untuk bagi no giliran, then kita kena la smpn no giliran tu.  Sementara nak tunggu nama kita kena panggil untuk timbang berat dan check tekanan darah tu bolehlah kita g check air kencing dulu.  Guna cawan kertas yang disediakan then celupkan satu alat yang dapat mengesan tahap kekotoran air kencing kita.  Kak Nita lupa plak apa nama alat tu..hehe.  Kalau air kencing kita tu kotor, nanti line pada alat tu akan berubah warna la, mengikut peringkat kekotoran dia.  Then tunjuk dekat nurse, kalau nurse kata ok,so bolehla buang air ekncing dalam cwan kertas tu.  Then tunggu giliran tuk timbang berat n check tekanan darah, kemudian kena amik darah pulak, jangan lupa masukkan buku merah anda dalam bakul depan bilik nak amik darah tu ok.  Lepas dah amik darah, bawak darah td berserta dengan buku pink ke lab ujian darah, then tunggu sampai nama dipanggil.  Bila da dapat result, bawak semula buku Pink tadi ke bilik pemeriksaan, dan masukkan Buku Pink tersebut dalam bakul depan Bilik Pemeriksaan tu.  Tunggu dengan sabar sehingga no giliran anda dipanggil.  Bila no dah kena panggil, dalam bilik tu nanti hanya nurse yang akan uruskan kita, kita kena baring coz nurse nak check kedudukan rahim kita.  

Kalau xde masalah lepas daripada tu kita dah boleh balik, nanti nurse akan bg tarikh appointment untuk pemeriksaan berikutnya la.  kalau ada masalah plak kita kena tunggu lagi untuk berjumpa dengan doktor pulak.  Yang ni memang lama sket la coz doktor yang ada pon sorg je kat situ.  Bagi yang nak settle cepat better datang awal la, klinik mula beroperasi pkul 8 Pagi.





Coret-Coret Kak Nita