DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 24 July 2013

CHECKUP KANDUNGAN MINGGU KE 31

Asslamualaikum,

Hari ni Kak Nita nak update pasal checkup yang Kak Nita g masa usia kandungan 31 minggu pada 23/7/2013 bersamaan hari Selasa, 14 Ramadhan.  Kak Nita sampai Kt Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia dalam pkul 8.05pagi, time tu dah ramai dah ibu-ibu mengandung da tunggu turn dan dah dapat no giliran dah pon. Lama jugak nk tunggu sampai no giliran Kak Nita, tapi macam biasa kena la sabar kan, kan ramai orang.

Student praktikal yang jaga kat depan tu, yela diorang nak kena praktik kan la kan apa yang diorang blaja tu..Ok, bila nama Kak Nita dipanggil untuk timbang berat dan amik tekanan darah, so lega sikit, lepas step pertama la konon..hehe..Tapi apa yang mengejutkan Kak Nita bila time timbang nurse praktikal tu tulis berat Kak Nita 59kg, tp time tu Kak Nita memang rasa pelik la coz rasanya badan da makin ringan je, *Al-maklumla puasa penuh 14 hari kan*.

Then dah sudah amik bacaaan tekanan darah Kak Nita kena amik darah pulak, seb baikla time tu nurse senior yang cucuk, risau jugak rasa kalau kena kat blah nurse praktikal tu kan. Bukan nak perlekehkan diorang tp cuma risau kot2 terkena cucuk berkali2 ke kan, yela kan diorang masih belajar, mesti ada salah silap sikit2 kan.

Then g anta darah dekat makmal, alhamdulillah HB ok 12.0,kira normal la kan. then g tggu kat depan bilik 4 pulak, tunggu giliran tuk jumpa nurse tuk amik bacaaan degupan jantung baby dan berbincang dengan nurse tentang masalah kesihatan kita ketika tu.  Then bila nurse tgk je buku merah Kak Nita kat bahagian berat 59kg tu, dia macam xpuas hati, dia xpercaya coz tgk perut dan bdan Kak Nita time tu xla besar sgt, macam tak kena je ngan berat 59kg tu. Then dia ajak Kak Nita timbang lagi skali, then rupanya resultnye hanyalah 57kg, *kan da satu kesalahan nurse praktikal tu buat*.

Ternyata berat Kak Nita turun 1/2kg kali ni, slalu berat naik je tapi skrang turun plak, risau jugak Kak Nita dengan keadaan baby, risau baby tak membesar dengan baik kalau berat ibu turun kan.  Tapi nurse xckp pape pon, so Kak Nita andaikan ia xjadi masalah untuk Kak Nita teruskan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ni. InsyaAllah, kalau kesihatan mengizinkan.

Degupan jantung baby aritu 143, tinggi rahim 31cm, 2 minggu sebelum tu 28cm.  Kira naik 3cm la dalam masa 2 minggu.  Then nurse bagi tarikh appointment ari Jumaat 2/8/13 untuk minum air gula kali kedua, sepatutnya kena minum masa minggu ke 28, tp nurse lupa nak bgtau.  So minggu depan macam xleh puasa la coz pkul 8pagi kena minum air gula tu..emm, hope xde gejala kencing manis la kan..

Okla, sampai sini jela ea, nanti ada checkup lagi Kak Nita update ye..

Thursday 18 July 2013

CINTA MONYET VS CINTA HALAL

Assalamualaikum..

Hari ni tetiba Kak Nita rasa macam nak wat entry pasal Cinta plak.  Saje je, tetiba teringat time cinta monyet dulu.  Memang xdapat dinafikan cinta monyet dengan cinta yang dah halal yakni cinta antara suami isteri tu memang ketara perbezaannya. Dulu teringat masa sekolah, adalah pengalaman cinta monyet ni.  Time tu  pas PMR, wah bukan men gatal lagi kan, baru form 3 dah ada boyfriend katanya..haha..tapi tu pon kenal kat pasar malam, borak2 pastu mintak dia mintak no tepon, dengan rasa menggediknye time tu apelagi trus bagi jela.. So slalu la dia call, borak2 sume. Al-maklumla angau cinta monyet time tu.  Tp mana pon cinta monyet kan, xkema pon, pas masuk tingkatan 4, dapat masuk asrama Sekolah Menengah Teknik Setapak, so xleh bawak hp kan. Start dari situ trus senyap dan loss contact, macamtu je cinta monyet kami..*xde hala tuju langsung*huhu

Then, lama jugak menyepi tanpa cinta monyet ni.  Xde mood la nak fikir, yela bila fikir balik baik belajar dulu kan, tapi macam biasala gosip2 kat skolah. dah kene kenen ngan dak skolah jugak, tetiba rasa suka plak kat dia.  Tapi xde luahkan pon. Masing-masing wat xtau je,so berakhirla disitu kan..Masa form 5 ada jugak la kisah cinta monyet ni, tu pon da dekat2 SPM, tapi lepas je SPM trus break. Boleh kata sebulan lebih jela declair.  *Ayoyo macamtu la cinta monyet kan*..hehe..

Tak lama lepas tu dapat sambung belajar kat UTMKL, time awal-awal masuk UTM ni mmg xde langsung niat nak couple2 sume ni. *konon-kononnya frust la pas da break tu*hehe..Tapi apakan daya di akhir2 sem 1 dah dapat berkenalan dengan sesorang yang istimewa dalam hidup Kak Nita, dia bukanla study kat UTM pon, biasala dulu2 punya style kan men pass2 no tepon dari kwan ni ke kawan lagi satu.  Pastu mula2 macam malas nak layan, tapi bila dah lama rasa macam da dekat la plak, xsalah tambah kawan kan. *tetibe je tersangkut plak kat dia*..hehe..

Lama kami berkawan, dia masih xde nak ckp nak couple ke ape, ari2 dok t mesej n borak2 dalam phone tapi xde perkembangan, macam tu jela. Mesej benda yang sama je ari2.  Kak Nita dok tunggu jugakla kan dia nak luahkan perasaan ke, ajak couple ke..Aduyai, xmuncul2 plak saat tu kan.  Stress jugak dibuatnya macam menunggu bulan jatuh ke riba *ececeh,poyo jerk*..haha..Setelah berkawan hampir 2 tahun, Kak Nita dah xleh nak tunggu da ni, rasa macam tergantung di awang-awangan, yela hati da suka tapi status hubungan still pending. *seksa jiwa menunggu tu*..hehe..Last-last Kak Nita terpaksa la tanya sendiri kat dia, macamana sebenarnya hubungan kitorg ni. Dia anggap Kak Nita as a friend ke macamane kan, mestila nak kena tahu, da lama sangat menanti kan..*penantian itu satu peyeksaan tau*hehe..

Ok akhirnya couple la kami, setelah penantian yang agak lama bagi Kak Nita.  Dalam bercinta ni banyak dugaannya, xterkira brapa banyak orang ketiga yang muncul dalam perhubungan kami, tapi xtaula mungkin jodoh kami kuat kot, tiap kali gaduh, kejap je da baik.  Then bercinta sampai la Februari 2012 kami mengikat tali pertunangan, time bertunang pon ada lagi dugaannya kan, darah manis la katakan, dengan dia time tu eksiden teruk jugakla, lagi 4 bulan nak kawen, Alhamdulillah, dia sempat kembali normal sebelum perkahwinan kami bulan 11 tahun yang sama. *kesan kemalangan tu ada tgglkan kesan parut jugakla kat muka, tangan n badan dia* tapi xpela janji dia ok je kan..

Bila dah kawen, hati rasa tenang je, yela hubungan dah halal kan.. Memang banyak perbezaan cik hubby ni selepas kawen.  Pas kawen, dia xde lagi melayan pompuan lain macam sebelum kawen dulu, dia jadi lebih bertanggungjawab dan sangat caring.  Akhir bulan 1 2013 kami dapat berita gembira bila ujian HCG Test menunjukkan yang Kak Nita positif mengandung masuk minggu ke 5, Alhamdulillah. Kami diberikan rezeki untuk menimbang cahaya mata.  Berita gembira tu adalah hadiah paling berharga dalam hidup Kak Nita.  *kebetulan besday Kak Nita awal bulan 2 kan, tu kira hadiah bday in advance la kan* Kadang-kadang Kak Nita rasa terharu dengan sikap dia yang lain sangat dr masa bercinta dulu, dia dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga bakal menjadi papa xlama lagi. Smoga sikap dia tu akan terus berkekalan sampai bila-bila. Terasa kemanisan bercinta bila dah ada ikatan sah ni. Pegang tangan suami and tatap mata suami pon dapat pahala kan, kan sgt sweet tu.

Sungguh benar yang diperkatakan, Cinta yang sah disisi agama, adalah Cinta yang terbaik dan membahagiakan, dan Cinta kepada sang Pencipta adalah cinta yang Agung dan cinta yang akan kekal abadi.  Smoga perhubungan ini di restui oleh yang Maha Kuasa dan berkekalan hingga ke Jannah, InsyaAllah.

Monday 15 July 2013

PROSES MELIPAT BAJU BABY

Assalamualaikum,

Ok hari ni Kak Nita nak update pasal baju-baju baby yang Kak Nita da cuci aritu, sekarang tiba masanya untuk melipat baju-baju yang comel itu. YEaaahhh!!, semangat Kak Nita memang membara-bara masa ni, tengok baju comel-comel ni senyum sorang2 sambil usap perut, cakap ngan baby, sronoknya perasaaan itu. Tak tergambarkan betapa seronoknya bila baby bagi respon dengan kick perut Kak Nita.. *pandai baby mama bagi respon ea*


Ni gambar selepas di angkat dan dilonggokkan di atas katil.  Nampk macam banyak jugak klu dilonggok macamni kan.hehe




Ni plak gambar selepas dilipat oleh Kak Nita yang rajin ketika itu.hehe.

Baju-baju ni kebanyakannya mak Kak Nita yang belikan, tu pon ada lagi baju yang mak Kak Nita belikan yang Kak Nita xsempat nak cuci lagi, tiap minggu ada saje baju yang mak Kak Nita beli untuk bakal cucu dia nnt.  Sampai mak Kak Nita pesan kat Kak Nita camni, "Jangan beli dah baju baby, mak dah beli banyak dah..Beli benda len plak, macam barang2 mandi ke, yang tu mak xbelikan ye"..*baiklah mak* hehe.




Thursday 11 July 2013

MENCUCI BAJU-BAJU BABY YANG COMEL

Assalamualaikum..

Hari ni Kak Nita nak share sikit la pasal apa yang Kak Nita buat malam semalam.  Disebabkan kerajinan yang membuak-buak malam td dengan jayanya Kak Nita dah berjaya cuci baju-baju baby yang dah beli minggu lepas dan baju-baju yang mak Kak Nita belikan, banyak jugak mak Kak Nita belikan baju untuk bakal cucu dia ni.   rajin plak rasanya bila mak buyung duduk mencangkung basuh baju baby sorang2..*Cuci tangan u'alls*..Demi anakanda tercinta apa saja rela ku lakukan..*ayat xboleh blah je kan* haha..

Kak Nita guna Pureen A-B-D Liquid Detergent , aritu beli kat kedai Manjaku Baby Centre area Taman Seri Gombak. Beli yang saiz besar (2000ml), harga dia RM20.90.  Bau sabun ni best macam bau baby.  *dah nama pon sabun tuk pakaian baby kan,memang la kena ada bau cam baby* hehe

Yang ni la Pureen A-B-D Liquid Detergent tu, ni memang khas untuk cuci pakaian baby la memandangkan kulit baby yang sensitif so kena guna sabun basuh yang sesuai.




Ni la hasil cucian yang Kak Nita berjaya cuci malam tadi, ada lagi sebenarnya yang xboleh nak sidai macam towel and blanket, xcukup ruang la, maklumla ruang yang ada terhad, baju-baju yang besar2 banyak lagi tak kering so bila baju-baju yang besar-besar tu dah kering baru la  leh sidai towel dan blanket tu.

Ok la tu je setakat ni, kalau ikutkan dalam checklist banyak lagi barang baby yang blom beli, nanti ujung bulan bolehla tambah2 sikit barang baby ni kan.  Bila da beli nanti Kak Nita Update lagi ye..huhu


Wednesday 10 July 2013

Check Up Kandungan Minggu ke 29

Assalamualaikum..

Hai sume, hari ni Kak Nita nak cite pasal check up kandungan masa minggu ke 29 iaitu pada 9/7/2013 bersamaan hari Selasa yang mana esoknya dah start puasa.  Macam biasa la kalau g check up boleh amik Time Off, masuk ofis lambat sikit la kan, kadang-kadang tu lambat banyak jugak, nama pon g klinik kerajaan kan, so paham-paham jela.hehe..

Ok, untuk check up kali ni, tekanan darah ok, air kencing pon ok, Hb ok, tp berat just naik 0.5kg je, so nurse cakap sikit sangat tu, kena banyak makan lagi, Kak Nita rasa banyak je Kak Nita makan sejak akhir2 ni, tapi Pelik Bin Ajaib bila berat badan just naik 0.5kg je.  Memang pelik rasanya, biar betol ni..*pelik sangat nmpknya tu*..huhu.

Setelah menunggu agak lama untuk tunggu giliran jumpa nurse dalam bilik tu akhirnya nombor Kak Nita pon dipanggil, so bila da masuk dalam so Kak Nita kena baring then nurse akan check degupan jantung baby then tunjuk result kat kita.

Ok, lepas nurse da tulis result dalam buku pink tu then dia bawak buku Kak Nita g kat doktor dekat bilik sebelah, so Kak Nita kena tunggu lagi la sementara doktor nak panggil.  Then bila da masuk jumpa doktor, doktor trus suruh baring untuk scan kali kedua dekat Klinik kerajaan ni, tapi doktor scan kejap je pon, yela ramai lagi ibu-ibu mengandung yang perlu doktor kena periksa kan.

Time doktor scan tu kepala baby ada dekat atas perut tapi muka dia menghadap ke dalam, so xdpt tgkla muka baby, doktor pon susah nak dapatkan ukuran kaki n tangan baby sebab kedudukan dia cmtu.  Then doktor ade tekan-tekan sikit perut pastu baby marah agaknye, dia ade kick sekali la, doktor pon terkejut then doktor say sorry kat baby..lucu plak tgk gelagat doktor tu. *cute je dia*.  hehe..

Ok nak cite itu jela untuk kali ni, So far Kak Nita blom g lagi tempat yang hubby cadangkan untuk bersalin nanti.  Mungkin akhir bulan nanti kot baru g register then wat check up kat sana coz syarat-syarat nak bersalin kat Gombak Medical Centre (GMC) kena jumpa doktor sekurang-kurangnya 2 kali.




Tuesday 2 July 2013

Hospital Checklist Untuk Mama & Baby

Asslamualaikum,

Hai sume, hari ni Kak Nita nak share sikit pasal checklist untuk dibawa ke hospital bagi ibu dan baby, checklist ni Kak Nita refer dari blogger yang len jugakla, Kak Nita buat checklist ni dalam Excel dan Word sebenarnya, tapi untuk masukkan dalam blog ni Kak Nita copy n paste je la kan..huhu..  Kak Nita wat je checklist ni awal-awal, kalau ikutkan Kak Nita blom start ag nak packing-packing, memandangkan banyak lagi yang blom beli kan.huhu


 Hospital checklist - mama
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Tick    (/ or X)
1.
Identity Card
1


2.
Check-up Book
1


3.
Insurans Card/Credit Card
1


4.
Handphoe & Charger
1


5.
Blouses & T-Shirt
2


6.
Long Skirt/Kain Batik
2


7.
Socks
2


8.
Panties (Washable/Disposable)
5


9.
Nursing Bra
3


10.
Breast Pad (Washable/Disposable)
5


11.
Sweater/Jacket
1


12.
Toiletries
1


13.
Towel
1


14.
Maternity Pad
10


15.
Slipper
1


16.
Massage Oil
1


17.
Plastic Bag
1


18.
Thermos
1


19.
Food/Baverages (bread,milo,etc)
1


20.
Kurma & Air Zam-zam
1


21.
Camera
1




Hospital checklist -baby
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Tick     (/ or X)
1.
Long Sleeve Shirt/Bodysuit
3


2.
Long Sleeve Pant
3


3.
Mittens & Booties
2 pairs


4.
Diapers
6


5.
Towel
1


6.
Blanket/Napkin
3


7.
Barut
4


8.
Baby Wipes/Cotton Ball
1 pack


9.
Toiletries
1 set


10.
Minyak Telon
1





Ni jela perkongsian untuk hari ni, semoga sedikit sebanyak dapat membantu  mommy2 yang lain la kan. Bila dah ada checklist macamni senangla kita nak sediakan barang-barang tu siap-siap packing dalam beg, nanti bila dah sampai masa nak bersalin sume dah ade dalam beg dan bawa masa nak g hospital tu. Kena siap-siap packing seawal minggu ke 30, mana la tahu kita ditakdirkan bersalin awal dari due date tu kan senang, sume dah ada dalam beg, tinggal nak bawak je kan.

Monday 1 July 2013

BAJET UNTUK KEPERLUAN BABY & MAMA

Assalamualaikum,

Hai mom to be, arini Kak Nita nak share sikit pasal bajet untuk perbelanjaan barangan baby.  Sebelum nak beli barang barang tu lebih bagus kalau kita sediakan listing dan buat bajet untuk pastikan perbelanjaan kita tu berbaloi dan mencukupi untuk menyambut cahaya mata nanti.

Ce korang tengok listing bajet yang Kak Nita wat kat bawah ni, kot-kot la boleh membantu kan.  Kak Nita da start beli sikit2 dah barangan baby, kalau ikutkan nak start beli masa minggu ke 30 nanti tapi apakan daya pada minggu ke 28 Kak Nita dah tergugat dek kerana kecomelan baju-baju dan barangan baby yang ada kat kedai barangan bayi tu.  Memang terbeliak mata melihat kecomelan barang-barang baby tu, aduyai rasa macam nak beli je semua, seb baik hubby duk nasihat,jangan excited sangat, beli sikit-sikit dulu eh, nanti kte beli lagi. "baiklah hubby", *suara agak redha disitu*..hehe.

Ok,listing ni just untuk info je, kalau ade rasa yang xpatut beli tu xyah la beli ea..kalau tgk listing kat bawah ni ada beberapa benda yang kak Nita xbeli..

LISTING BAJET UNTUK KEPERLUAN BABY & MAMA

FEEDING
 
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget (RM)
Actual Price (RM)
1.
BPA Free Feeding Bottle (5oz/9oz)
3
PUREEN
RM30
RM29.70
2.
Breast Pump
PUREEN
RM300
RM199.00
3.
Storage Bottle
1 BOX
AUTUMNZ (4 Bottle)
RM25
RM19.90
4.
Storage Bag/Plastic
-



5.
Bottle & Teat Brush
1
PUREEN
RM10
RM9.90
6.
Cooler Bag
-



7.
Reusable Ice Pack
-



8.
Sterilizer, Dryer & Warmer*
1

RM200
RM175.00
9.
Nipple Cream
-



10.
Nursing Bra
-



11.
Nursing Pad Washable
-



12.
Nursing Pad Disposable
 1 Box
 Pureen (12 pcs)
 13.20
 RM13.20
13.
Nursing Pillow*
-




                                                                       TOTAL




BABY GEAR/CLOTHING
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Short Sleeve
4pcs
Pureen
RM60
RM60.00
2.
Long Sleeve
4 pcs
Pureen
RM80
RM70.00
3.
Rompers/Bodysuit
 2 pcs
 Pureen 
RM50 
 RM60.00
4.
Short Pants
2 pcs
Anakku
RM10
RM10.00
5.
Long Pants
2 pcs
Anakku
RM15
RM15.00
6.
Mittens & Booties
 10 pairs
 Pureen
  RM50
  RM50.00
7.
Binder
 2 pcs
 Pureen
 RM7.00
  RM7.00
8.
Baby Bib/Washcloth
3 Pcs
Anakku
RM30
RM25.00
9.
Legging
3 Pcs

RM60
RM30.00
10.
Socks/Stoking
 3 pairs
 Anakku
 16.80
  RM16.80
11.
Boonet
 2 pcs
 Pureen
 11.80
  RM11.80
12.
Wristlets
-




                                                                       TOTAL



ETC
No.
Items
(/ or X)
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Hospital Fees
 x
 GMC
RM2K 
RM1890
2.
Miscellaneous
 x 
 Kalau ada   komplikasi
RM3K
NIL

                                                                       TOTAL



BABY NURSERY/FURNITURE
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Cot
1 Pcs
My Dear
RM300
*Not buy
2.
Bedding Set, Pillowcase
1 Set
Anakku
RM35
*Mak Belikan
3.
Blanket (Prefer with Hooded)*
 2 pcs
 Pureen
RM30.00
 RM27.80
4.
Mosquito Net with Stand
1 Pcs
Pureen
RM25
RM23.90
5.
Storage Drawer for Baby Gear*
1 Pcs
Giant Brand
RM99
RM99.00
6.
Swaddle*
2 Pcs
Online
RM70
RM70.00
7.
Baby Swing/Rocker/Bouncer
1 Pcs
Disney
RM150
*Kak Ngah Bagi
8.
First year co-infant sleeper
-




                                                                       TOTAL



BABY CARE, GROOMING AND BATHING
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Toiletries (Shampoo, Lotion, etc)
 1 Set
 Travel Pack
 30.90
RM30.90
2.
Towel
 2 pcs
 Pureen
20.00 
 RM16.90
3.
Cotton Buds
1 Box
 Pureen
3.90
RM3.90
4.
Cotton Balls/pads
1 Packet
Pureen
5.00
RM3.90
5.
Nasal Aspirator
1 pcs
Pureen
10.00
RM6.90
6.
Bathtub/Basin
1 Pcs
Pureen
50.00
RM39.90
7.
Vicks for Baby/Minyak Telon
2 pcs
Minyak Yuyi & Minyak Telon
30.00
RM21.80
8.
Thermometer
1 pcs

30.00
*Not buy
9.
Nail Clipper
1Pcs
Anakku
10.00
RM6.90

                                                                       TOTAL



BABY DIAPERING/LAUNDRY
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Newborn Diapers
 1 pack
 Drypers (64pcs)
 39.00
RM30.90
2.
Diaper Wipes
 2 pcs
 Fiffy (100 x 2)
 16.90
 RM14.90
3.
Changing Mat
 1 pcs
 Pureen
14.90
RM14.90
4.
Diaper Rash Cream
1 pcs
Pureen
15.00
RM13.90
5.
Napkin Clean Liquid
  1 Bottle
 Pureen (Small)
 12.90
 RM12.90
6.
Detergen
 1 Bottle
  Pureen (Big)
 20.90
 RM20.90
7.
Napkin
 10 pcs
 Pureen
 24.90 
 RM24.90 

                                                                       TOTAL



Travelling/extra
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Car Seat/Infant Carrier
1
Nania
RM300
*Not yet
2.
Stroller
1
Sweet Cherry
RM300
*Mak belikan
3.
Baby Sling
-



4.
Nursing Cover
-



5.
Diaper bag
 1
 Pureen (Promotion Prize)
 35.00
 RM22.90
6.
Thermos
1
*500 ml
RM30
RM26.90

                                                                       TOTAL



For mama
No.
Items
Quantity
Notes/Aim
Budget
Actual Price
1.
Jacket/Sweater
1



2.
Maternity Pad
2 Packet
Pureen
RM30
RM35.00
3.
Socks
5 Pairs
Giant Brand
RM15
RM29.60
4.
Confinement Set
1 Set
Tanameera
RM360
RM360.00
5.
Massage Oil
-



6.
Slipper
-



7.
Clothes (kemeja, kain batik, etc2)
-



8.
Disposable Panties
4 packet
Guardian (1 packet = 5 pcs)
RM40
RM35.60
9.
Supplement
-



10.
Girdle
-




                                                                       TOTAL



Bila di teliti balik listing ni, banyak lagi rupanya yang perlu dibeli, xpela ada masa lagi kan. Hope Kak Nita bersalin cukup 9 bulan la kan, so ada masa untuk beli pape barang yang belum settle beli ag tu.  So Mom to be yang lain bolehlah start wat listing camni, so lebih mudah untuk kita buat belanjawan..hehe





Comel x stokin ni, rambang mata Kak Nita tgk stokin comel cmni tau.

Coret-Coret Kak Nita