DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 6 November 2013

Maternity Shoot - Minggu ke 33

Assalamualaikum,

Maternity Shoot ni Kak Nita dan Hubby wat kat Melaka, dekat semak-semak je..hehe.. Ingat nak wat kat bandar Melaka tapi Photographer ckp xsesuai la kalau nak wat Maternity Shoot kat bandar, temapt yang sesuai macam kat kawasan yang hijau-hijau suasananye, yang menampkkan alam semulajadi cmtu la, Kak Nita n hubby pon follow je la kan.

Kak Nita mmg teringin sangat nak wat outdoor Photoshoot ni, aritu siap pujuk hubby ag nak wat ni tau. Mula-mula haubby Kak Nita pon malas nak layan, tapi bila Kak Nita pujuk2, akhirnye berjaya jugak la kan..hehe..Pakej ni Kak Nita beli kat Groupon, Kak Nita mmg rajin sikit beli voucher kat Groupon tu. Time Kak Nita beli Voucher tu pakejnye RM68 untuk 2 jam sesi fotografi.  Berbaloi jugak la tu kan..huhu







































PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK BUAT BAYI DAN ANDA

Assalamualaikum,

Seperti yang kita sedia maklum, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.  Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.  Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.  Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi kita untuk hari-hari pertama selepas lahir. Untuk memastikan kita dapat menyusu bayi dengan baik, pemakan seimbang adalah sangat penting bermula sebelum kehamilan lagi.


Antara kelebihan-kelebihan Penyususan Susu Ibu adalah :

Kepada Ibu

1) Penyususan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh megelakkan anda daripada mengandung.

2) Boleh melangsingkan badan tetapi harus disertakan dengan senaman.

3) Ia membantu rahim kita kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

4) Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

5) Penyususan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.


Kepada Bayi

1) Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar.

2) Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru.

3) Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

4) Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi.

5) Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

6) Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya.

7) Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.


Memang tidak dapat di nafikan betapa baiknya penyusuan susu ibu ini kepada ibu itu sendiri dan juga kepada bayi, tetapi dalam sesetengah keadaan, tidak semua ibu dapat menyusukan bayi mereka menggukan kaedah penyusuan susu ibu ini.  Kita tidak boleh mencemuh ibu-ibu yang tidak dapat mengamalkan kaedah penyusuan ibu ini, mereka mempunyai halangan yang tertentu, tidak semua ibu-ibu mempunyai peluang yang sama dalam memberi penyusuan susu ibu secara penuh dan berterusan. 

Bagi ibu-ibu yang inin menyusukan bayi dengan penyusuan susu ibu, kita haruslah berfikiran positif dan set dalam minda bahawa kita boleh menyusukan bayi dengan susu ibu, kalau kita dah set awal-awal bahawa susu dari badan kita tak kan keluar maka ia akan mempengaruhi emosi dan secara tak langsung menyukarkan pengeluaran susu ibu itu sendiri.  Macam pengalaman Kak Nita aritu, masa 5 hari pertama selepas melahirkan anak, mmg susu takmahu keluar dan Kak Nita sedikit tertekan dengan keadaan itu sebab da plan nak susukan anak dengan susu ibu tapi bila da tertekan memang lagi la ssh nak keluar sebab Kak Nita dah set susu xnak keluar kan.  Then after urut, ari ke 6 dan seterusnya air susu pon keluar dan boleh buat stok masuk dalam peti ais.  Alhamdulillah, time tu mmg sronok sangat tak terkata, terasa nikmat menjadi seorang ibu bila dapat menyusukan bayi dengan penyusuan susu ibu walaupon ada jugak selang seli dengan susu formula, sekurang-kurangnya bayi Kak Nita dapat jgak khasiat dari susu ibu kan.

Monday 4 November 2013

Kelahiran Yang Di Nanti-Nantikan

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk 45 hari umur Khayla, setiap hari Kak Nita mesti akan amik gmbr dia, maklumla da bosan kat umah kan, so kejenye amik gambar anak jela kan,hehe.. Jomlah cuci2 mata tgk pic anak Kak Nita ni.

Saat pertama kali dia melihat dunia. Alhamdulillah baby sihat dan tiada kuning.

Papa macam kekok je nak dukung baby tu..Yela first time ada baby sendiri kan..hehe

Mak Kak Nita bersama baby..

Mak mertua Kak Nita bersama baby.

Butiran-butiran kelahiran.

HAri pertama di rumah mak Kak Nita setelah keluar daripada wad.









Sronok je dia baring bila x dibedung..hehe


Sakit kepala ke ape tu sayang?hehe

Alolo, nangis plak dia ye..

Comey x Kak Ton??hehe

Ape yang wat dia sedih sangat tu agaknye ea?hehe



Sinar mata yang suci..






Macam2 gaya la ank mama ni tdo..hehe







Alolo mimpi ape tu sayang?bukan men lebar lagi senyum dia ea..hehe


 Senyuman sinis baby Khayla...hehe

 Aik nape tu Khayla sayang?

 Seronok dia bila pakai selimut sunflower ni kan..hehe



Muka sedih kene bedak tebal2..hehe

 Its not easy being this Cute..Memang cute baju ni..Kak Nita Suka...hehe

 Khayla wat muka comel dan manja gitu..haha


 Amboi gaya tido dia...hehe

 50% Mum + 50% Dad = NUR  KHAYLA BATRISYA..

 MAcam mat salleh pulak muka Khayla dalam gmbr ni..hehe

BEsarnya mata Khayla..hehe 

 Khayla budak bambam...hehe

Hari pertama mama belikan headband bunga besar di kepala..hehe

 Khayla pakai ala2 turban gitu..hehe

 Macam ni la rupanya bila mama paksa dia jadi model bunga..haha

 Alolo nape tu sayang mama??hehe

 Semakin hari semakin bambam la baby Khayla ni kan..comel ape "kata khayla dalam hatinya"..haha

 Khayla kene paksa ngan mama pakai selimut Sunflower..Sangat comel selimut n baby Khayla ni la..hehe

 Khayla ngantok tu yang mata dia kuyu dan layu je tu..hehe

BABY KHAYLA COMEL..Hehe

Coret-Coret Kak Nita