DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Sunday 23 March 2014

Terlewat Haid

Assalamualaikum,

Hai sume pembaca blog, *bajet retis plak,macam ramai plak pembaca blog Kak Nita ni kan,perasan jap.haha* cam dah lama je x update blog ni, agak berhabuk skit la.  X sempat n xde idea la nak update pasal ape.  Tapi arini ade benda skit nak share, ni berdasarkan pengalaman Kak Nita sendiri.

Memang setiap wanita akan mengalami waktu kitaran haid yg berbeza-berbeza antara setiap individu tu.
Kadang-kadang kitaran haid kita boleh berubah bergantung pada hormon kita.  Selalunya bagi wanita yang dah berkahwin, hormon jadi x stabil dan ini akan mempengaruhi kitaran haid.  Boleh jadi dalam masa beberapa bulan darah haid tak keluar, bila wat pregnancy  test, result negatif pulak kan.  Kita akan jadi risau la bila jadi cmtu.

Kak Nita pon pernah mengalami lewat datang haid ni,  patutnya tiap2 tgh bulan da period tapi dah lewat 3 mggu still x period lagi, dah 4 kali wat pregnancy test *manala tau ade rezeki 2nd baby pulak ke kan,wlupon 1st baby baru 5 bulan, kalau da rezeki jangan di tolak,Hehe*.. At last g klinik je tanya doktor, masa first datang klinik doktor suh wat pregnancy test lagi then result still negatif, doktor x berani nak bagi apa2 ubat so dia suh tunggu lagi seminggu dua, kalau still blom period jgk datang klinik tu balik..

Then hari berganti hari, selepas 10 hari still xdtg period lagi, so  ptg tu balik dari ofis Kak Nita pon datang jumpa doktor ritu semula, doktor suh wat pregnancy test sekali lagi sekali then resultnye still negatif, doktor masih lagi xberani nak bagi ubat turun darah, katanya kena sahkan dulu melalaui scan perut, kena pastikan betul2 Kak Nita x pregnant, tapi sayangnya time tu doktor yang ada xboleh nak wat scan sbb katanye dia x dibenarkan untuk membuat scan, hanya doktor permanent je yang ada kebenaran untuk wat scan di klinik tersebut, jadi dia suh Kak Nita datang masa time office hour,so pagi esoknye Kak Nita pon datangla Klinik tu semula, nak jmpe dgn doktor permanent kt situ.

So bila da jumpa doktor tu suh wat pregnancy test lagi sekali, then result still negatif, pastu doktor scan perut, doktor cakap memang x pregnant pon, sume ok je, rahim ok xde masalah pon, cuma mgkin hormon xstabil yang membuatkan darah haid x keluar.  Doktor ada bagitau antara punca-punca haid xstabil sepeti 1) Emosi xstabil (stress)   2) Pemakanan ubatan atau jamu.. Ade lagi sebenarnye tapi Kak Nita dah lupa la pulak..kalau nak tau lebih detail boleh la korang google ea..hehe

Then doktor bagi ubat untuk turun darah, ubat tu kena makan 2 kali sehari, ada 10 biji je, maknanye kena makan dalam masa 5 ari la, lepas 5 ari darah akan keluar.  Tapi bagi kes Kak Nita ni plak, lepas dah abis makan ubat tu period still xdtg lagi, sepatutnye ari selasa da datang haid tp ari sabtu baru darah haid keluar, lama jugak nak tggu haid tu kuar.

Kesimpulannya dekat sni,  bagi sesiapa yang tetiba lambat datang period n da wat pregnancy test lehla g jumpa doktor ye, tanya sama ada kita ada masalah dalaman ke x.  Doktor x akan bagi ubat turun darah selagi dia xdapat sahkan kita mmg x hamil, doktor akan buat scan dulu, bukan ape bagi mengelakkan berlakunya ralat sekiranya hanya bergantung pada ujian air kecing je kan.  Sebab doktor ada bagitau yang ada jgk kes yang xdpt detect kehamilan melalui ujian air kencing sahaja,kena wat scan.  Kadang-kadang dah 3 bulan baru dapat detect yang kita pregnant.

Itu jela perkongsian Kak Nita arini, leh la share pengalaman korang kat komen bawah ni ea..


Coret-Coret Kak Nita