DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Thursday 11 April 2013

SCAN BABY MINGGU KE 16


Semalam Kak Nita g wat scan kandungan, biasela dah masuk minggu ke 16 ni memang excited la kan nak tgk imej baby dalam perut ni.  Kak Nita duk sibuk la call Klinik2 yang berhampiran yang senang Kak Nita n hubby nak g.  Kak Nita duk google2 Klinik yang boleh wat scan waktu petang n Doktor nye for sure la nak doktor pompuan kan.  Mula-mula Kak Nita tanya kat KLINIK SAKINAH yang kat Taman Greenwood, then nurse bgtau yang kalau nak scan kandungan hanya boleh wat pagi je, tu pon hari Isnin-Khamis.  Doktornya mmgla doktor pompuan tp masa tu x fleksible la, xkan Kak Nita nak amik cuti atau time off semata-mata tuk g scan, macam xrelevan la plak alasan nak bg kat bos kan.hehe.. Kos tok scan kat Klinik Sakinah ni RM50. 

So Kak Nita pon cuba call Klinik lain, seterusnya ialah Klinik Keluarga Dr Suhana yang dekat Sri Gombak, tapi kat sana plak kena datang sebelum pkul 5 petang,Kak Nita balik keje pon da pkul 5.30 kot.  Memang xsempat la kan..huhu.  Kos scan kat Klinik Keluarga Dr. suhana ni pulak RM47. 

Then call plak Klinik Keluarga Setiawangsa, pon sama jugak.   Kecewa kejap la kan, tp Kak Nita trus google n search Klinik len.  Kos scan imej hitam putih dalam RM 45.Then jumpa la name Poliklinik Dr Norliza ni, then Kak Nita Call la, katanye boleh je datang sebelum pkul 8.30 malam coz doktor Norliza tu akan balik umah pkul 8.30 malam.  So balik keje je trus ajak hubby g Poliklinik tu.  Disebabkan time datang tuhanya ada seorang pesakit je so kejap je la Kak Nita tunggu, Then masukla, t doktor tanye cam biasela bila first day last period and trus scan perut.  Kos scan kandungan kat sini RM45.  Sume kos2 tu hanya tuk imej hitam putih tu jela.

Teruja sangat bila nampak struktur tubuh baby dalam perut tu, doktor akan tunjuk la mana kepala dia, tangan, kaki dan jantung baby tu.  Tengok hubby pon macam excited je tu.  Doktor akan tunjuk dari pelbagai position la, dari depan, tepi, saiz kepala,saiz kaki, punggung dan jari2 baby tu.  Ya Allah, betapa besar kekuasaanMu.  Comelnye baby duk dalam perut  mama kan.  Harap2 baby sehat dan lahir dalam keadaan normal.  InsyaAllah.


Tengok tu, kepala baby da nampak dah.  Time ni kepala baby mmg lebih besar dari badan dia.  Teruja dan bersyukur sangat dengan pemberian Allah ni.  Kaki and jari2 tangan dia comel sgt, kecik je..Syukran Ya Allah, begini rasanye keterujaan seorang ibu yang sedang mengandung.

Sekarang ni zaman dah semakin canggih, kita boleh g Klinik2 tertentu untuk buat scan 4D pulak.  Ni nampak real sikit la keadaan baby dalam perut kita tu kan.  Siap ada video bagai.  Kalau Kat Klinik Keluarga Dr Kamariah kat Setiawangsa tu kosnya dalam RM95 la.  Kat klinik lain ada yang mencecah dalam RM150 jugakla.  So kira macam murah jgk la kan dr klinik lain.  Tapi nurse tu ckp usia kandungan dah mencecah minggu yang ke-26 baru kita boleh scan 4D coz masa tu baby dah bergerak aktif kan, so baru nmpk real la kan pergerakan baby comel kita tu.  teruja la jgk rasanya nak g scan untu 4D tu tapi kena tunggu lagi 10 minggu baru boleh g wat scan 4D tu.


Bawah ni alamat dan no telefon Poliklinik Dr. Norliza tempat Kak Nita scan baby tu

207, Jalan Negara 2, Taman Melawati, Ulu Klang, 53100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
  • Tel & Fax : 03-4106 4080

2 comments:

Unknown said...

skg da RM65.00 tok scan kat poliklinik Dr. Norliza

Unknown said...

Oo yeke..da naik RM20 ea..mahalnye..huhu

Coret-Coret Kak Nita