(Minggu ke 0 - Minggu ke 12)
Minggu ke - 0
Minggu ini adalah minggu darah haid turun. Pengakhiran minggu ini bermulanya episod sebuah kehidupan jika telur dapat disenyawakan pada waktu subur nanti.
Minggu ke - 1
Minggu ini dikira sebagai minggu menungggu untuk waktu subur. Hari pertama kehamilan biasanya dikira seawal hari terakhir haid. Sebelum hamil, uterus akan menebal menandakan ia bersedia untuk hamil. Biasanya berat uterus yang menebal mencecah 1100 gram berbanding uterus sebelum menebal hanya 70 gram.
Pengambilan nutrisi anda – Nutrien Penting Untuk Wanita Dan Lelaki
- Vitamin A - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Sperma yang sihat]
- Vitamin B - [Perempuan - Mencegah kecacatan saraf dalam fetus] [Lelaki - Meningkatkan hormon lelaki]
- Vitamin C - [Perempuan - Untung pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]
- Zink - [Perempuan - Untuk pengeluaran telur dan meningkatkan produktiviti kesihatan] [Lelaki - Menambah kuantiti sperma.]
- Lain-lain mineral - [Perempuan - Mieningkatkan kesihatan (magnesium), Menyahtoksid badan (Selanium), Mengimbangi gula dalam darah (kronium)] [Lelaki - Miningkatkan kuantiti sperma (magnesium), meningkatkan kesuburan (selenium)]
- Asid Amino - [Perempuan - Membina dan membaiki sel-sel tisu] [Lelaki - Sperma yang sihat dan menambahkan bilangannya]
Minggu ke - 2
Secara rasminya, anda masih bukan dipanggil wanita hamil pada minggu ini. Lapisan uterus pula terus menebal sebagai persediaan untuk persenyawaan. Apabila telur disenyawakan ianya akan tertanam di dalam uterus. Lain-lain perubahan waktu itu mungkin anda mendapati cecair dari servik anda sedikit bertambah dan agak berlendir dan kental seperti putih telur. Ini menunjukkan waktu subur anda bermula.
Minggu ke - 3
Jika pusingan haid anda agak lewat berbanding purata haid 28 hari, minggu ini juga berkemungkinan untuk proses mengovulasi. Bagaimanapun, jika anda mempunyai kitaran haid yang tetap 28 hari, pengovulasi akan berlaku pada hari ke-14 bagi kitaran haid anda. Jika nasib menyebelahi anda, sperma dan telur akan bercantum. Berikut adalah apa yang akan berlaku didalam uterus anda jika telur anda berjaya disenyawakan:
- 23 kromosom ibu dan 23 kromosom bapa akan bercantum apabila sperma dan telur bersatu.
- Zigot (telur yang disenyawakan) akan meneruskan 3 hari perjalanan dari tiub fallopian menuju ke uterus. 3 hari lagi diambil untuk tertanam di uterus sebelum ianya melekat dan mengembang sebagai bayi di dalam uterus untuk selama 9 bulan akan datang.
- Mungkin akan berlaku sedikit pendarahan setelah proses implantasi. Kadang-kadang sesetengah orang ingat mereka didatangi haid dan tidak hamil. Yang membezakannya adalah darahnya sedikit sahaja berbanding darah haid biasa.
Minggu ke - 4
Minggu ini anda boleh mengesan samada anda hamil atau sebaliknya. Pada pertengahan atau pengakhiran minggu ini, anda boleh menggunakan ujian kehamilan sendiri dirumah yang boleh dibeli di farmasi. (Itupun jika kitaran haid anda 28 hari tetap).
Jika ujian menunjukkan anda positif, bermakna bayi anda telah dua minggu menjalani proses pembesaran. Saiz bayi anda kini antara 0.36 dan 1mm panjang. Lapisan sel ektoderma akan berevolusi menjadi sistem saraf bayi (termasuk otak bayi). Lapisan endoderma pula akan menjadi saluran pencernaan, hati, pankreas dan tiroid manakala lapisan mesoderma akan menjadi rangka, tisu perantara, sistem darah, sistem urogenital dan otot-otot bayi. Minggu ini juga tali pusat bayi akan terbentuk dan ia berfungsi sebagai laluan masuk makanan, oksigen serta sistem pembuangan sisa untuk bayi hidup di dalam rahim.

Minggu ini adalah minggu untuk anda memikirkan soal kewujudan bayi di dalam perut anda yang tidak boleh di pandang remeh. Anda seharusnya menyesuaikan diri dengan persediaan menerima ‘orang baru’ di dalam hidup anda. Ini termasuklah perubahan dari segi gaya hidup serta pemakanan. Dan dalam minggu ini juga anda akan merasa simptom-simptom kehamilan seperti muntah-muntah dan sebagainya.
Kini bayi anda berukuran 1.25mm panjang atau secara kasarnya ia sebesar satu biji benih epal. (bukan sebiji epal). Penghujung minggu ini bayi anda akan mula membina system-sistem organ utama bayi. Walaupun miniscule, badan bayi anda adalah kompleks pada peringkat ini.

Minggu ke - 6
Kepada anda yang masih ragu-ragu terhadap kehamilan anda, mungkin sekarang baru anda benar-benar dapat menerima hakikat bahawa anda telah hamil setelah masih lagi tidak didatangi haid. Oleh itu, adalah sangat baik untuk anda merancang pemakanan dan sebagainya bermula saat ini sehingga bayi anda dilahirkan. Minggu ke enam hingga minggu ke sepuluh adalah minggu permulaan pertumbuhan bagi embrio. Tempoh ini amat penting buat tumbesaran organ bayi. Kebanyakan kecacatan bayi bermula di dalam masa yang kritikal ini. Maka amatlah wajar untuk menjaga pemakanan serta gaya hidup anda.
Walaupun jantung bayi anda hanyalah sebesar biji popi pada ketika ini, tetapi kita boleh melihat gelombang denyutan bayi melalui ujian ultrasound. Paru-paru bayi dan otak bayi anda juga mula terbentuk pada ketika ini. Dalam masa 5 bulan akan dating, lebih daripada 100 bilion neurons akan terbentuk di dalam otak bayi, cukup untuk menampung daya pemikiran bayi anda sepanjang hidupnya nanti. Penghujung minggu ini, bayi berukuran lebih kurang 4mm panjang.
Berat badan anda mungkin naik satu paun jika anda makan makanan berkhasiat. Jika anda merasa loya, berat badan anda menurun. Tetapi kadang-kadang walaupun berat badan anda pada kadar biasa, anda mungkin merasa badan anda sedikit berisi. Jika ini adalah kehamilan pertama anda, perut anda ketika ini tidak banyak berubah. Penambahan mungkin ketara pada kaki dan payudara. Jika doktor anda mengadakan pemeriksaan pelvik, doktor anda boleh merasakan sedikit perbezaan pada saiz pelvik ketika ini.
Pengambilan nutrisi anda – Pada enam minggu
Anda mesti memilih makanan yang berkhasiat sebagai hidangan anda. Mulai saat ini, anda tidak boleh makan apa saja yang anda mahu. Makan makanan yang sesuai dengan jumlah yang mencukupi. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan zat besi, magnesium dan kalsium, asid folik dan zink. Anda juga memerlukan serat dan air kosong bagi mengurangkan masalah sembelit. Makanan yang membantu perkembangan bayi adalah:-
Bayi kini kelihatan seperti satu manusia walaupun masih sangat kecil. Walaupun berbentuk manusia tetapi adalah mustahil untuk melihat jantinanya pada waktu ini kerana ianya terlalu kecil. Rahim berkembang menyebabkan pinggang agak mengetat. Payudara pula mungkin terasa lebih besar dan mempunyai pembuluh darah kebiruan di bawah kulit. Hal ini disebabkan bekalan darah meningkat sekitar payudara.

- Roti, beras, pasta dan bijirin – Sekurang-kurangnya 6 hidangan sehari.
- Buah-buahan – 3-4 hidangan sehari
- Sayur-sayuran – 4 hidangan sehari
- Daging dan sumber protein yang lain – 2-3 hidangan sehari
- Produk tenusu – 3-4 hidangan sehari
- Lemak, gula dan makanan yang kurang kalori – 2-3 hidangan sehari
Minggu ke - 7
Masa ini anda akan mula merasa simptom-simptom ganjil awal kehamilan seperti loya, pedih ulu hati, kerap membuang air kecil, mendambakan makanan atau kesemuanya mengikut nasib. Mungkin sesetengah orang yang nasibnya baik, hanya mengalami sedikit daripada symptom ini serta tidak teruk dan ada pula mereka yang benar-benar serius.
Kepala bayi anda kini adalah anggota yang paling besar berbanding badan bayi. Ini menunjukkan otak bayi membangun dengan pesat berbanding anggota lain. Hati juga sudah terbentuk. Usus bayi juga mula terbentuk tetapi masih belum sempurna di dalam badan bayi sebaliknya masih membojol keluar di tali pusat. Bayi kini berukuran 4mm hingga 5mm panjang.

Minggu ke - 8
ika dihitung, anda sudah berada 20% perjalanan tempoh kehamilan sebelum melahirkan bayi anda! Anda mungkin cuba untuk fahami kesengsaraan dan kesakitan-kesakitan sekitar awal kehamilan. Gejala kehamilan ini adalah normal berikutan peningkatan hormon dalam badan. Walaubagaimanapun melalui pembacaan, anda akan fahami mengapa ia berlaku dan cara mengatasinya.
Kini, kira-kira sudah 36 hari tempoh perkembangan janin terbentuk menjadi bentuk manusia. Bayi kini mula menyerupai seorang bayi yang baru lahir. Otot-otot muka juga mula terbentuk. Kelopak mata juga sudah mula timbul serta otot-otot mata juga terbentuk. Saraf yang menghubungkan hidung dengan otak juga mula membentuk. Di jantung bayi, injap mula terbina. Badan bayi juga mula memanjang dan lurus. Siku juga mula kelihatan serta tangan dan kakinya mula memanjang. Hujung minggu ini bayi anda berukuran kira-kira 11mm panjang – hanya kurang separuh satu inci.
Sekarang rahim adalah sebesar buah anggur. Pada masa ini, rahim bukanlah satu-satunya bahagian tubuh anda yang telah berubah, malah payudara juga mula membesar. Mungkin sudah waktunya untuk mula membeli pakaian baru. Sesetengah wanita mungkin mula merasa kontraksi selama kehamilan. Tetapi jangan bimbang jika tidak merasakan hal ini.
Pengambilan nutrisi anda – Pada minggu ke lapan
Produk susu penting semasa hamil kerana ia mengandungi kalsium dan juga vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Kalsium membantu menjaga tulang dan bayi memerlukannya untuk perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Sepanjang hamil badan memerlukan paling sedikit 1200mg hingga 1500mg kalsium sehari. Ini bersamaan dengan 3-4 gelas susu. Kalsium juga membantu mencegah tekanan darah tinggi.
Selain itu tubuh menyimpan kalsium pada akhir kehamilan untuk menyusu bayi. Susu, yoghurt, keju dan ais krim merupakan sumber kalsium yang baik. Makanan yang lain termasuk brokoli, bayam, ikan salmon, ikan sardin, kacang buncis, biji-bijan seperti almond dan tauhu. Beberapa makanan sekarang diperkaya kalsium seperti roti, bijirin dan biji-bijian. Semak pada lebel makanan untuk mengetahui kandungan kalsium tersebut. Ada beberapa makanan yang boleh mengganggu penyerapan kalsium seperti teh dan kopi. Elakkan makanan serta minuman berkafien supaya bukan sahaja kalsium tetapi sumber nutrisi lain juga dapat diserap dengan baik.

Di trimester pertama, keguguran selalu terjadi pada mana-mana janin yang tidak tumbuh secara sempurna atau dengan kata lain – cacat. Dikatakan 80% janin cacat akan gugur.
Bayi anda kini berukuran lebih sedikit dari satu inci panjang. Anggaran kasarnya sebesar sebiji anggur. Tangan dan kaki bayi kini lebih panjang. Kepala dan tengkuk juga membesar. Kini kelopak mata sudah meliputi mata. Cuping telinga juga kelihatan sempurna bentuknya. Bayi kini membuat beberapa pergerakan dan ini dapat dilihat melalui ujian ultrasound.
Bayi anda kini berukuran lebih sedikit dari satu inci panjang. Anggaran kasarnya sebesar sebiji anggur. Tangan dan kaki bayi kini lebih panjang. Kepala dan tengkuk juga membesar. Kini kelopak mata sudah meliputi mata. Cuping telinga juga kelihatan sempurna bentuknya. Bayi kini membuat beberapa pergerakan dan ini dapat dilihat melalui ujian ultrasound.
Bayi kini kelihatan seperti satu manusia walaupun masih sangat kecil. Walaupun berbentuk manusia tetapi adalah mustahil untuk melihat jantinanya pada waktu ini kerana ianya terlalu kecil. Rahim berkembang menyebabkan pinggang agak mengetat. Payudara pula mungkin terasa lebih besar dan mempunyai pembuluh darah kebiruan di bawah kulit. Hal ini disebabkan bekalan darah meningkat sekitar payudara.
Adalah penting bagi ibu-ibu mencari sendiri info-info tentang kehamilan dan cuba memahami situasi yang berlaku tentang kehamilan, kelahiran dan bayi. Tidak ada yang salah tentang ini, selain semakin banyak yang anda tahu tentang kehamilan dan lebih bersedia akan untuk perubahan yang akan terungkap dan mempengaruhi kehidupan ibu. Pengetahuan juga akan membuat fikiran anda tenang tentang banyak hal yang tidak diketahui dan yang baru bagi anda. Kehamilan adalah satu saat yang harus dinikmati dan ianya adalah perkara yang asing daripada sebelum menjadi ibu.
Minggu ke - 10
Sekarang anda telah berjaya ke suku pertama bagi kehamilan anda. Dengan berakhirnya minggu ke sepuluh maka berakhirnya tempoh embrio dan bermulannya tempoh janin pula. Kecacatan kongenital kebanyakan berlaku sebelum hujung minggu 10. Tempoh kritikal bayi adalah bergantung kepada anda. Sepanjang tempoh janin, beberapa kecacatan boleh berlaku. Walaubagaimanapun, kita haruslah mengambil tindakan bagi mengurangkan stress dan sinaran radioaktif.
Tiub-tiub di dalam paru-paru bayi anda sedang lengkap terbentuk manakala usus-ususnya telah berpindah dari tali pusat kepada rongga abdomen bayi. Tunas rasa bayi juga mula terbina dan jika bayi anda seorang perempuan, ovarinya mula turun ke pinggul. Bayi anda masih sangat ringan panjangnya kira-kira 1½ ke 1¾ inci dan beratnya hanya 5 gram.

Minggu ke - 11
Berat dan panjang bayi adalah berbeza mengikut bayi dan kehamilan. Anda telah mula merasakan perut anda buncit. Kadang-kadang anda mungkin merasa beremosi walaupun dengan perkara yang remeh. Kadang-kadang mungkin merasa sangat gembira dan kadang-kadang boleh merubah kepada sedih dengan tiba-tiba.
Bayi anda kini berukuran 1¾ - 2½ inci (4.4-6 cm) panjang dengan beratnya kira-kira 8 gram. Bayi anda kini dianggarkan sebesar sebiji buah limau nipis. Pertumbuhan janin pada ketika ini sangat pesat. Kepala terbentuk hampir setengah dari panjang bayi. Kuku-kuku jari juga mula kelihatan. Genitalia luar bayi juga mula terbentuk dan dalam 3 minggu lagi organ seks bayi akan siap. Dan jika keguguran berlaku pada ketika ini, jantina bayi mungkin boleh dilihat.

Jika anda mengalami mabuk hamil sejak beberapa minggu lepas, anda mungkin boleh mengharapkan perubahan setelah berakhirnya minggu ini. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna mabuk hamil tidak lagi mengganggu anda sehingga bayi dilahirkan.
Bayi anda kini berukuran 2½ inci (6cm) panjang dan beratnya pula ¼ satu auns. Sejumlah kecil rerambut mula tumbuh pada badan bayi anda. Kuku pada jari tangan dan jari kaki mula tumbuh dan tunas-tunas gigi kekal pertama bayi juga mula terbentuk. Sistem penghadaman bayi juga kini berfungsi menghasilkan pengecutan menolak makanan ke usus-usus. Sistem saraf bayi juga masih di dalam peringkat awal untuk matang. Pundi amnion juga mengandungi lebih kurang 1½ auns bendalir dan pada masa anda melahirkan bayi nanti ia boleh mencapai 3 – 4 biji cawan bendalir. Doktor juga mampu mengesan denyutan jantung bayi melalui satu alat dipanggil doppler. Bayi kini aktif bergerak di dalam perut anda tetapi anda masih belum dapat merasainya.

No comments:
Post a Comment