Assalamualaikum...
Untuk entri kali ni Kak Nita nak share sikit pasal harga pakej bersalin swasta yang Kak Nita survey. Usia kandungan dah nk masuk 25 minggu, so usaha mencari tempat untuk bersalin pon bermulalah kan. Tapi baru sikit je yang Kak Nita sempat share kan kat sini, nanti Kak Nita akan update yang baru ye. Tapi untuk kali ni just share yang kat bawah ni dulu ok..
1. Az-Zahrah Islamic Medical Centre |
Pakej NURKASIH - RM 1275
4 katil setiap bilik
- Gim : PERCUMA 1 KALI penggunaan alatan gim, senaman berkumpulan, jakuzi, sauna dan mandia wap
- Spa : 50% diskaun untuk 2 jam Pakej Spa
Setiap pakej yang ditawarkan meliputi:
- Rawatan daripada pakar perbidanan dan pakar sakit puan(Perempuan)
- Penginapan selama 2 hari 1 malam beserta makan
- Nurseri, Ujian Kumpulan Darah, G6PD, dan suntikan (Vit, K, BGG dan Hep B1)
- Pemeriksaan CTG( 2 kali setiap 10 minit mengikut sesi)
- Pemeriksaan bayi oleh pakar
- Penyediaan peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan
Syarat dan terma:
- Menggunakan kaedah kelahiran normal
- Pembayaran boleh dilakukan menggunakan Pembayaran Tunai, Kad Kredit, Skim Ansuran Antenatal sebelum kelahiran.
- Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali oleh Pakar Sakit Puan dan Perbidanan
- Bayaran tempahan sebanyak RM300 diperlukan bagi setiap pakej yang ditawarkan
- Bayaran tambahan diperlukan untuk tambahan peralatan atau ubatan semasa proses kelahiran menggunakan kaedah-kaedah khas seperti Vacuum, forsep dan suntikan anestetik.
No. 34, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
| |
Bandar Baru Bangi 43650, Selangor
| |
No telefon : 03-89212525
| |
|
Pakej Bersalin 1 ( 1 Bilik 4 orang) = RM 2,050.00
Pakej Bersalin 2 ( 1 Bilik 2 orang) = RM 2,350.00
Pakej Bersalin 3 ( 1 Bilik Seorang) = RM 2,650.00
Pakej termasuk yang berikut :
- Melahirkan anak secara normal
- Menginap 3 hari 2 malam
- O&G yuran bagi caj penghantaran dan pediatrik checkup oleh pakar pediatrik
- Saringna neonatal untuk kumpulan darah G6PD dan TSH
Pakej Tidak termasuk yang berikut :
- Cukai kerajaan
- Apa-apa komplikasi
- Pra-bersalin penjagaan untuk ibu oleh perunding O&G
- Lain-lain perkhidmatan makmal
- Pengimejan dignostik.
- Farmasi item : Prostin & Narcan (Pilihan)
**Tertakluk kepada kesediaan bilik
**Perunding O&G akan memberi nasihat sama ada anda layak untuk pakej ini atau tidak.
**Pakej ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh pengurusan KPJ APSH .
Customer Service KPJ Ampnag Specialist Hospital
No 1 Jalan Mamanda 9, Taman Dato' Ahmad Razali,
68000 ampang, Selangor Darul Ehsan.
No Telefon : 03-4270 2500 (Ext 1288/1289)
3. Hospital Pusrawi
Pakej Bersalin 1 ( 1 Bilik 1 orang) = RM 2,350.00
Pakej Bersalin 2 ( 1 Bilik 2 orang) = RM 2,150.00
Pakej Bersalin 3 ( 1 Bilik 4 orang) = RM 2,000.00
Pakej termasuk yang berikut :
- Melahirkan anak secara normal
- Menginap 2 hari 1 malam
- Perundingan Pakar Perbidanan dan Pakar Kanak-Kanak
- Ujian Darah (G6PD,TSH, Blood Group) Hepatitis B, Vitamin K dan Suntikan BCG.
- Caj Nurseri & Cukai Kerajaan.
Syarat-syarat :
- Pakej untuk Warganegara Malaysia sahaja
- Kelayakan untuk pakej ditetntukan oleh Pakar PErbidanan Pusrawi
- Membuat pemeriksaan di Pusrawi sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh kelahiran.
- Membuat bayaran penuh semasa mendaftar
- Pakej tertakluk di bawah terma & syarat
- Pakej terbatal jika komplikasi berlaku.
Hospital Pusrawi Sdn Bhd,
Lot 149, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
No Telefon : 03-2687 5000
Email : info@pusrawi.com.my
5 comments:
Salam kak nita. Setelah sekian lama,baru saye terjumpa blog akk ni. Rasanya week kite sama. Hehe.. Minggu ni 25. Akk skrg monthly check up di mana?
Wa'salam..aah sama la kte klu awak pon week 25. Wat masa ni still check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia. Awak plak check up kat mane?
Salam...xpe ke kalau kite buat check up kat swasta? Nak tanyaa buleh ke kt nak check up kat klinik kesihatan ibu dan anak sri rampai...kalau kite duduk kat selayang?
Lagi satu nak tanya kkib gombak setia kat mane? Tq maapla sy gune account husband...malas nak create - farah
wasalam..sory awak..lmbt reply, baru berkesempatan nak update blog ni..bz lak time berpantang ni..Kalau nak check kat klinik kesihatan, diorang akan refer pada alamat tmpt tinggal kita,so kalau duk slayang kene g klinik kesihatan area selayang la..tapi untuk lebih sahih better g tepon klinik tu dulu..macam kak nita ritu diorang tanya duk mana then baru diorang bgtau kene g klinik kesihatan yang mana..Kak Nita duk greenwood so kene g Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia la.. Klinik tu kat batu 6 Jalan Gombak, belakang Balai Polis Gombak tu je, dekat2 dengan Sekolah Menengah Gombak Setia..
Post a Comment