DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 30 January 2013

TANDA AWAL KEHAMILAN

Kalau dah kahwin macam biasa la kita akan rancang untuk dapatkan anak plak kan.  Macam kes Kak Nita nikah pada pagi 25/11/2012 sanding plak tengahari pada hari yang sama.  Then kat umah lelaki plak wat majlis 8/12/2012.  Kak Nita mmg excited sgt nak dpt baby secepat mgkin,konon2 nak bunting pelamin la..Tp tak kesampaian la plak sebab 3 mggu pas kahwin dah dtg period pulak. So macam kecewa kejap..hehe.  Padahal awal ag tu kan. "Over je Kak Nita ni"..hehe.

Kitaran haid Kak Nita slalunya dalam 30 -32 hari, so bila kira waktu subur mgkin dalam hari yang ke 15 atau ke 16 la.  Kitaran haid dikira dari 1st day period. Kak Nita punya excited, 1 week sebelum time period Kak Nita da beli pregnancy test kat farmasi, harganya RM10, ade jugak yang harga RM6.50 tapi org  tu ckp yang RM10 tu senang sikit nak dptkan rsult, Kak Nita pon layankan jela..hehe.  "Excited sgt nmpknya tu"hehe..tp hampa coz resultnye negative la plak..huhu.. Kalau negative, result dia cepat je dah nampak satu line merah tu.


Kak Nita ada gak tanya kat  akak2 yang berpengalaman pastu diorang suggest buat pregnancy test tu sekurang2nye time period da lewat seminggu.  So Kak Nita pon tunggu jela untuk wat preganancy test yang berikutnya kan.  Perut dah ase macam senggugut je, pinggang pon sakit giler, sama la macam time datang period biase tu.  Tapi dah seminggu pon xdtg period ag, so apelagi cepat2 la Kak Nita g beli Pregnancy test tu kan.."memang dari awal dah excited pon kan" hehe..balik dari farmasi tu x check ag, g jalan2 dulu makan burger sume, serius malam tu makan bukan men banyak ag.hehe.. Balik dari jenjalan tu dalam pkul 1pagi mcmtu trus la Kak Nita wat ujian tu.  Tunggu punya tunggu, akhirnya Kak Nita nampak 2 line samar2 je.  Tak pekat pon, tp Kak Nita tau confirm da pregnant.  Serius happy gler. "rasa macam nak melompat-lompat pon ada, tapi kang effect kat kandungan plak"..hehe  Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.




Ni salah satu contoh Pregnancy test yang ada di pasaran.  Ni contoh dari google search ea, bukan  kepunyaan Kak Nita ok ..hehe

Untuk dapatkan kesahihannya, esoknya Kak Nita n hubby trus g klinik and wat check up dan doktor sahkan mmg dah hamil. Usia kehamilan dikira dari hari pertama last period, bukan last day period ye kawan2.  Dulu pon Kak Nita confius jgk tp bila doktor da explain baru la tau cmtu kiraannya. Kiranya masa Kak Nita check tu kandungan baru masuk 5 minggu la.

Antara tanda-tanda yang Kak Nita alami adalah :
1) Kerap buang air kecil.
2) Kerap rasa Sakit perut macam nak senggugut 
3) Selera makan makin menjadi-jadi,kejap2 rasa lapar..*da macam selera dinosaur da kot*hehe
4) Sakit pinggang terutama masa nak tidur
5) Sakit kepala
6) Cepat rasa penat, jalan sket pon dah rasa semput.
7) Jadi macam malas sket nak wat keje coz badan rasa xbermaya je.

So far blom ade muntah-muntah lagi la, kadang-kadang tu ada jugakla rasa mual2. tapi xsampai muntah-muntah la. Doktor pesan masa awal2 usia kandungan ni kena jaga betol2 coz janin kita xkuat lagi, boleh bleeding bila2 masa, so kena elakkan wat keje2 lasak dan keje berat. Kena banyak berehat, dan kalau boleh elakkan daripada rasa stress kerana ia boleh mengganggu kandungan.  Doktor ade bagi ubat Folic Acid katanya untuk kesihatan janin, kena makan setiap hari selepas sarapan pagi.  Ni ngah fikir nak beli susu ape untuk jadikan minuman harian, huhu..

Tapi setiap orang akan alami syntom2 yang berbeza tau, xsama.  Kadang-kadang orang tu dia xde pon tanda2 macam Kak Nita kat atas tu, cuma period dia kuar lambat je..Buat kaum2 hawa diluar sana yang perasan period datang lewat bolehla wat pregnancy test, kalau result negatif so pergilah jumpa doktor minta nasihat doktor tentang situasi kita tu.  Mana tau kita ada masalah dalaman ke yang menyebabkan darah kotor tu tak keluar kan.  Kalau result positif, Alhamdulillah, jaga la kandungan sebaik mungkin,...

Kalau ada yang nak share something tu mehla komen ea..=)




OUTDOOR PHOTOSHOOT DI TAMAN SERIBU BUNGA MELAKA


Ni sume gambar kat Taman Seribu Bunga,Melaka.  Abis je majlis persandingan kat umah pihak lelaki trus je g sini.  Nak gak merasa cmne amik gambar outdoor pakai baju pengantin kan..*Excited sungguh* hehe..
































Bulu mata palsu nak tercabut la plak..spoil je..haha





Melompat lebih tinggi - Sheila On 7..hehe


Kuat jgk cika abg kte ni kan..tp tu pon da gigil2 da xlarat nak dukung..hehe



Muka penat..besar gak Taman Seribu Bunga ni kan..huhu










Coret-Coret Kak Nita