DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 26 December 2012

SURAT PERAKUAN NIKAH

Kali ni kak nita nak cite pasal Surat Perakuan Nikah, kak Nita nikah pada 25hb November 2012 di Taman Greenwood Indah, Gombak.  Kak Nita n suami baru je amik Surat Perakuan Nikah ni semalam. Kalau nak amik Surat Perakuan Nikah ni Kedua-dua pasangan kena datang amik sendiri, tapi kalau betol- betol tak boleh datang amik sendiri boleh buat satu surat kuasa yang menyatakan kita memberi kuasa kepada pasangan kita untuk amikkan Surat Perakuan Nikah tu untuk pihak kita.

Tapi sebelum nak amik tu better tepon pejabat agama dulu tanya sama ada Surat Perakuan Nikah anda tu dah siap ke belum.  Nanti sia-sia je datang kalau Surat Perakuan tu tak siap lagi kan.  Bila da confirm siap, so bolehla datang Pejabat Agama tu, jangan lupa bawa IC ye.  Dekat atas tu ada tulis untuk pihak Perempuan atau Lelaki (yang dalam kurungan tu).

Macamni la bentuk Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (Keramat).




Yang kat bawah ni plak resit bayaran dia.  Selepas akad nikah kita kena bagi bayaran sebanyak RM160.00 kepada Penolong Pengawai Nikah (PPN) yang hadir pada majlis pernikahan kita tu.  Bayaran tu termasuk bayaran untuk Surat Perakuan Nikah dan bayaran saksi yang dibawa oleh PPN tersebut.
So masa kita pergi amik Surat Perakuan Nikah ni dekat Pejabat Agama tu tak perlu bayar lagi la.
Tapi pegawai dekat Pejabat Agama tu bagitau yang kita kena buat Kad Nikah yang saiz IC tu kat JAIS bagi yang Nikah kat negeri Selangor.  Dokumen-dokumen yang diperlukan masa nak mohon buat kad nikah seperti di bawah :

1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :
a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian)
b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)
3) Resit Bayaran
Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam




Ok buat masa ni, itu jela info yang kak Nita boleh kongsikan.  Kak Nita pon belum buat ag Kad Nikah ni.  Nanti bila dah buat, kak Nita Update ag ye kawan2.  Hope info di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak..huhu

Thursday 29 November 2012

PELAMIN MINANGKABAU TEMA MERAH DAN GOLD


Assalamualaikum,


Pelamin ni Kak Nita aku yg request, dah lama dia berkenan nak tgk anak dia bersanding kat pelamin minangkabau ni.  Aku layan jela,agpon aku pon suka dengan pelamin ni.  MErah gitu, i loike...hehe

























































Ni meja makan beradab dan pelamin secara jarak jauh..hehe


Ni close up pelamin kawin kt umah Kak Nita.  Meriah kan???hehe..







MAJLIS AKAD NIKAH




MAJLIS AKAD NIKAH 25 NOVEMBER 2012






Hasil inai segera..pekat bukan main ag warnanya..hehe


Sesi make over..mmg over kan..hehe


Ni plak gambar masa da selesai akad nikah, Alhamdulillah sekali lafaz aku sah menjadi isteri sidia.. Tok Kadi ni mmg sempoi,siap buat lawak lagi time nak akad nikah tu..hehe
 

Da selesai kad nikah,sesi bergambar ngan family plak.  Ni parents kak nita, bukan senang tau nak amik gambar ngan ayah kak nita ni.  Ayah kak nita paling xsuka amik gambar. Tengok la, muka ayah kak nita kan serius je tu..hehe.. Gambar yang bawah tu plak gambar kak long, kak ngah, anak2 kak long, mak n mak mertua kak nita.



Sesi menyarung cincin.


Saat sebelum bergelar isteri.  



Mak mertua kak nita.


Ayah Mertua kak nita.


My lovely ayah..haaaa senyum pon ayah..macmatula klu nak amik gambar ayah..hehe=)


My lovely mom.  Sumber inspirasi kak nita..


Masa bersiap-siap untuk majlis akad nikah..


HAsil tangan sepupu kak nita.  Ok x?? Kak nita rasa ok je..huhu


Gambar di bilik pengantin..


Okey ni kena trun dari tgkat 4.  Akad nikah dekat tingkat satu rumah family kak nita.


My lovely hubby..=)


Bersama barang-barang hantaran kami..





PAKAIAN PENGANTIN MINANGKABAU


Majlis Perkahwinan aku berlangsung  pada 25 November 2012, pelamin dan pakaian pengantin memang mengikut adat minangkabau, kat bawah ni ada sikit gambar masa majlis perkahwinan yang aku nak share dengan korang.  Enjoy ok..=P
















































Coret-Coret Kak Nita