DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Tuesday, 25 June 2013

BILA SESUAI NAK BELI BARANGAN BAYI??


BILA SESUAI NAK BELI BARANGAN BAYI??


Assalamuaikum...

Bila cite pasal persiapan barangan baby mesti mommy2 to be yang lain pon sama excited macam Kak Nita kan, nak2 pulak pada bakal ibu yang pertama kali nak timang cahaya mata kan.  Nampak je baju baby yang comel2 tu trus rambang mata la jawapnya..hehe..  Itu mmg tak dapat dinafikan lah kan..*cite pasal diri sendiri la tu* hehe..


Yang menjadi persoalannya sekarang ni adalah, bila masa yang sesuai untuk bakal ibu dan bapa ni nak start beli barangan baby tu kan.  Persoalan ni dah lama berlegar2 dalam fikiran Kak Nita ni, banyak jugakla pendapat yang Kak Nita terima dari makcik-makcik, kakak-kakak, kawan-kawan dan sedara-mara yang lain tentang hal ni.  X lupa juga dari blogger2 yang lain, Kak Nita nak tau jugak macamana pendapat diorang pasal hal ni kan.


Dari hasil penyelidikan yang tak berapa nak selidik sangat tu Kak Nita dapat beri ulasan sikit la, kebanyakan dari pendapat menyatakan bahawa masa yang sesuai start shopping barang kelengkapan baby adalah bila dah masuk bulan ke 7, ataupun dah masuk trimester kehamilan yang ke tiga iaitu pada minggu ke 28 dan ke atas.


Bak kata orang dolu-dolu, tak elok beli barang bayi pada awal2 kandungan sebab dikuatiri apa-apa jadi kat kandungan tu nanti mommy2 to be akan jadi sangat tertekan dan murung sebab dah sediakan semua barangan bayi kan, NAUZUBILLAH.  Mintak dijauhkan la dari kita semua perkara-perkara buruk kan.  Kita kena banyakkan berdoa semoga kandungan kita selamat dilahirkan. 


Kak Nita dah start google2 untuk dapatkan checklist barangan kelengkapan bayi start dari mggu ke 25.  Kak Nita pon copy and paste las checlist tu dari blogger2 yang dah wat checklist ni terlebih dahulu.  Kalau dah ada checklist senang la Kak Nita nak wat bajet kan, takut2 ada yang terlepas pandang ke. Al-maklumla pengalaman pertama nak beli barangan baby kan.


Ada jugak yang seawal usia kandungan 3 - 4 bulan dah start beli barangan baby kan, yela ada yang tak tahan tengok barangan baby comel2 tu, jalan-jalan kat shopping kompleks sekali nmpk barangan baby pulak, naluri seorang ibu tu kadang-kadang mana boleh tahan kan..Walaupon kadang-kadang tu tak tertahan jugak tu.   hehe.  Tapi buat masa ni Kak Nita boleh tahan lagi la nafsu nak beli barangan baby tu sebab dah set awal-awal nak start beli bila da masuk minggu ke 30 kan. Ada jugak yang beli awal sebab kalau beli sekali harung banyak pulak nak kena keluar duit dalam satu masa kan, kalau beli sikit-sikit takdelah terasa sangat pengaliran duit keluar tu.  


Kalau ikutkan Point nye sebenarnye jangan terlalu OVER EXCITED je kan.  Tapi kadang2 perasaan OVER EXCITED tu datang dengan xsemena-mena.  Datang tanpa diundang, bila dah datang susah plak nak menghalaunya kan..hehe..*tu pon pasal diri Kak Nita jugak* hehe.   Kak Nita mmg dah penah plan ngan hubby nak beli barangan kelengkapan baby masa dah masuk minggu ke 30  nanti.  Skarang dah nak masuk minggu ke 28 dah, so kalau ikut perancangan awal, ada ag 2  minggu la.  


Bila perhatikan sebenarnye hubby Kak Nita pon lagi excited rupanya dari Kak Nita, dia selalu tanya bila nak beli barang baby, pastu Kak Nita akan ckpla nntla dah lebih 6 bulan nanti baru kita g beli, sekarang ni just survey2 je la dulu kan. Pastu hubby pon layankan jugakla kan.hehe..  So Kak Nita ngah search kat mana nak beli barangan baby ni. 


Orang kata kalau g Expo baby macam seronok sikit la sebab banyak booths yang dibuka kat expo tu.  Masa Mom & Baby Expo dekat PWTC aritu Kak Nita sempatla jugak Kak Nita paksa hubby g cuci-cuci mata kat sana kejap.  Lepas balik keje ari Jumaat terus la bergegas ke PWTC tu kan, tapi biasa la KL kan mestilah jem, nak2 time orang balik kerja.  Lama jugakla tersadai kat jalan raya tu.  Akhirnya dah pukul 6.30 macamtu sampai la kat tempat EXPO tu. time tu tak ramai orang sangat, yela first day Expo kan, ari bekerja pulak tu.  Seronok dapat cuci2 mata kat Expo, tapi next  Expo kat Mid Valley nanti xtau la dapat g ke tak ni.  Macam nak pergi tapi tengok la keadaan macam mana, mesti ramai orang kat sana.  Mid Valley kan memang tempat yang crowded. huhu..

Ok la panjang plak celoteh Kak Nita ni kan, sampai ni jela tuk hari ni la.  Esok lusa Kak Nita update entry lain plak ea..






2 comments:

mama wana said...

Salam kenal

yup :) wana pun untuk anak yang 1st dulu shop time 6 bulan.

rambang mata nengok baby stuff ni..heee

alhamdulillah sekarang pregnant yang kedua. baru 3 bulan lebih. dalam hati tu memang tak sabar nak beli barang2 dia. :)

bismi anita said...

Salam kenal jgk Wana,

sume ibu2 mengandung pon mesti ade feel yang sama kan..xleh elak dr sifat xsabar tu..geram tgk brg2 baby sume nmpk comel2 je..hehe

Coret-Coret Kak Nita