DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 26 December 2012

SURAT PERAKUAN NIKAH

Kali ni kak nita nak cite pasal Surat Perakuan Nikah, kak Nita nikah pada 25hb November 2012 di Taman Greenwood Indah, Gombak.  Kak Nita n suami baru je amik Surat Perakuan Nikah ni semalam. Kalau nak amik Surat Perakuan Nikah ni Kedua-dua pasangan kena datang amik sendiri, tapi kalau betol- betol tak boleh datang amik sendiri boleh buat satu surat kuasa yang menyatakan kita memberi kuasa kepada pasangan kita untuk amikkan Surat Perakuan Nikah tu untuk pihak kita.

Tapi sebelum nak amik tu better tepon pejabat agama dulu tanya sama ada Surat Perakuan Nikah anda tu dah siap ke belum.  Nanti sia-sia je datang kalau Surat Perakuan tu tak siap lagi kan.  Bila da confirm siap, so bolehla datang Pejabat Agama tu, jangan lupa bawa IC ye.  Dekat atas tu ada tulis untuk pihak Perempuan atau Lelaki (yang dalam kurungan tu).

Macamni la bentuk Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (Keramat).




Yang kat bawah ni plak resit bayaran dia.  Selepas akad nikah kita kena bagi bayaran sebanyak RM160.00 kepada Penolong Pengawai Nikah (PPN) yang hadir pada majlis pernikahan kita tu.  Bayaran tu termasuk bayaran untuk Surat Perakuan Nikah dan bayaran saksi yang dibawa oleh PPN tersebut.
So masa kita pergi amik Surat Perakuan Nikah ni dekat Pejabat Agama tu tak perlu bayar lagi la.
Tapi pegawai dekat Pejabat Agama tu bagitau yang kita kena buat Kad Nikah yang saiz IC tu kat JAIS bagi yang Nikah kat negeri Selangor.  Dokumen-dokumen yang diperlukan masa nak mohon buat kad nikah seperti di bawah :

1) Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) 2 keping gambar berukuran IC(Kad pengenalan) :
a) 1 gambar suami (pakaian bersesuaian)
b) 1 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)
3) Resit Bayaran
Pemohonan 2 keping kad untuk suami dan isteri dikenakan bayaran sebanyak RM 40. Pemohon boleh membuat pembayaran dan pemohonan di Bahagian Undang-undang Keluarga (JAIS), Tingkat 4, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam




Ok buat masa ni, itu jela info yang kak Nita boleh kongsikan.  Kak Nita pon belum buat ag Kad Nikah ni.  Nanti bila dah buat, kak Nita Update ag ye kawan2.  Hope info di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak..huhu

No comments:

Coret-Coret Kak Nita