DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Sunday 31 March 2013

UJIAN KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Ok kali ni Kak Nita nak cite pasal ujian kencing manis kt Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia, appointment tok ujian ni hanya dilakukan pada setiap hari jumaat, nnt nurse akan bagi tarikh la pada kita bila sepatutnye kita datang kat klinik tu bagi ujian kencing mansi tersebut.

Pada malam sebelum pergi ke klinik tersebut, kita diminta untuk berpuasa bermula pada pkul 10 malam sehingga selesai nurse amibil darah kali kedua, dalam pkul 10.30-11.00 pagi macamtula, bergantung la pada nombor giliran masing-masing kan.  Kalau nombor giliran awal, so kemungkinan mmg settle awal la.

Kak Nita datang dalam pkul 8.05 pagi, time tu mmg da ramai da orang yang senasib ngan Kak Nita kt klinik tu.  Sape datang awal, so dptla nombor giliran yang awal2 kan.  Bila dah masukkan buku merah kita dalam bakul tu kena tunggu samapi nama kita dipanggil and nurse akan bagi nombor giliran. So apelagi tunggu jela nombor giliran Kak Nita dipanggil kan, dalam 20 minit mcmtu, name Kak Nita dipanggil then kena masuk dalam bilik tu untuk di ambil darah oleh nurse yang bertugas.

Lepas amik darah tu sebenarnye kena terus minum air gula yang disediakan kat atas meja tu, tapi oleh kerana Kak Nita tak tau ape2, so Kak Nita boleh g duk relax je kat ruangan menunggu tu.  Pastu Kak Nita rasa pelik, asal orang yang lepas Kak Nita tu dah minum air gula dah, rupanya kena amik sendiri, ingtakan nurse tu yang akan bagi kat kita. Rasa cam malu kejap. hehe..

Lepas dah amik air gula tu, Kak Nita pon minum la pelan2, mak ai bukan men manis lagi kan.  maklumlah mmg air gula sejati tu.  Rasa kembang tekak ni kejap, ada jgk rasa macam nak terkeluar balik, tp Kak Nita kuatkan semangat dan sambung minum sampai habis satu gelas tu.  Alhamdulillah, lega da leh abiskan air tu.

Then Kak Nita kena tggu 2 jam kat klinik tu untuk amik darah kali kedua, sambil duduk2 kat kerusi luar klinik tu tetiba datang pakcik ni berbasikal dan bawak buah-buahan yang dah dipotong, parking btol2 depan Kak Nita duduk tu, dah la kita kena puasa lagi, terliur jugaklah tgk buah tembikai yang merah menyala tu.  Sabar jela...hehe

Dalam pkul 10.40 pagi cmtu nama Kak Nita di panggil skali lagi untu amik darah kali yang kedua, pas amik darah tu dah boleh balik untuk makan sume.  Serius mmg lapar gler, kepala pon macam dah ting tong kejap.  Result dia xtau ag sama ada Kak Nita ada kencing manis ke tak, nnt nurse akan call semula la kalau ternyata result tu tunjuk yang Kak Nita ada kencing manis.

Ok sampai situ jela yang Kak Nita nak share untuk entry kali ni..


No comments:

Coret-Coret Kak Nita