DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Thursday 23 January 2014

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

ASSALAMUALAIKUM..

Rasa macam da lama je x update blog ni,macam da xde idea plak nak menaip..huhu..Tp harini idea da datang ekoran dari pergi interview SPA Untuk jawatan Penolong Akauntan Gred W27 semalam.  Untuk jawatan ni kena lulus exam dia dulu, then nnt SPA akan panggil interview.

Kak Nita g exam ni masa bulan 7, 2013, then masa bulan Ogos 2013 dapat tau result yang kata Kak Nita lulus exam tu, sebenarnya Kak Nita x expect pon yang Kak Nita akan lulus exam tu coz xde pape preparation pon tuk amik exam, men redah je. Alhamdulillah, mgkin rezeki baby dalam kandungan kot, time g exam tu Kak Nita tengah pregnant 7 bulan.  Gagahkan diri g amik exam jgk. Mula-mula tu macam malas sgt nak g, ckap kat hubby xnak g la, skali hubby bagi kata2 semangat suh g. Dia kata cuba jela dulu, yang penting ada usaha untuk mencuba peluang yang ada, lulus or gagal tu belakang cerita, yang penting cuba je dulu.

Bila da tau lulus tu Kak Nita macam xde perasaan je coz mgkin sbb x berharap sangat kot time tu, mmg xsangka, mgkin betol rezeki baby dalam perut.  Then cite pasal nak interview senyap sampai dapat surat dari SPA masa 19hb 1 2014, lama jgk menanti untuk dipanggil interview kan..hehe..Tarikh interview 22 hb 1 2014, so ade la masa beberapa hari untuk wat preparation kan, gentar jugakla sikit coz last g interview tahun 2011 je.*bagi Kak Nita lama la tu coz da x igt da tips2 nak g interview*hehe

Kak Nita xsempat nak prepare sangat pon, maklumla dengan bekerja lagi, balik umah nak layan anak lagi.  So mmg xsmpat la nak prepare, tp masa rehat Kak Nita sempat jgkla search kat google soklan2 famous yang mungkin akan diajukan oleh penemuduga.  Sempat jugakla jenguk2 web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tu.*Tips Untuk interview bg jawatan ni mmg kena rajin tgk web JANM*..tp sayang Kak Nita xsempat nk tengok sangat pon web tu, jenguk2 skit je.  Rugi pulak rasa coz xtengok dengan betol ape yang ada kat web tu.huhu

Temuduga dibuat di Menara Maybank, Jalan Tun Perak, dekat je stesen bas PUDURAYA tu, berhadapan je. Masa Kak Nita datang then after register, ada 3 orang je yang sedang menunggu turn, maksudnye Kak Nita orang yang ke 4 la time tu.  Ni Kak Nita nak share skit antara soalan yang penemuduga tanya Kak Nita.

1)Ceritakan latar belakang diri dan keluarga
2)Latar belakang pendidikan dan pekerjaan (sekiranya pernah atau sedang bekerja)
2)Apakah sistem yang digunapakai oleh JANM?
3)Apa yang anda dapat lihat dan faham tentang isi kandungang yag terdapat pada web JANM?
4)Apa beza antara Sistem Asas Tunai Ubahsuai dan Sistem Akruan?
5)Apa relevannya penukaran dari sistem Asas tunai kepada sistem akruan?
6)Apa produk 1Malaysia yang anda tahu?
7)Adakah produk2 1Malaysia banyak membantu rakyat?
3)Adakah sistem2 dalam kerajaan ini sudah cukup baik?Berikan cadangan apakah sistem2 yang belum ada di Malaysia yang dapat di perkenalkan dalam menambahbaik urusan antara kerajaan dan rakyat
8)Apa kelebihan anda berbanding calon lain?

Itu jela soalan yang Kak Nita ingat, ada lagi soalan2 lain.  Bagi mereka yang nak g interview jawatan ni prepare la ea, jangan jadi macam Kak Nita, tergagap2 nak jawab soalan penemuduga tu. Kalau memang kita da prepare InsyaAllah mudahlah untuk kita menjawab soalan2 penumuduga tu dengan senyum lebar sampai ke telinga..hehe..Goodluck ea untuk calon2 yang akan di temuduga nnt..Semoga ada rezeki kita nnt, InsyaAllah.

10 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum kak, time kasih atas info akk ni. sy pun dpt gak panggilan temuduga ni, tp smpai sekarang takut lgi, sbb x byk lgi pengalaman kerja. anyaway tq so much sbb kasi tips utk temuduga ni.

Unknown said...

Wa'alaikumussalam..ure welcome, just nak share pengalaman, bak kata org "Sharing is Caring"..hehe..GOodluck ea awak..

CalonSPA said...

Terima kasih Kak Nita, perkongsian pengalaman yang bagus!

Tak lama lagi, atau lebih tepat 5 April 2014 akan diadakan peperiksaan bertulis Penolong Akauntan Gre W27, bagi calon peperiksaan kali ini, bolehlah mula mendapatkan contoh-contoh soalan.

P/S: Mungkin Kak Nita boleh kongsikan beberapa contoh soalan sebelum ini. Sebagai rujukan boleh lihat di blog saya :)

ayunidati said...

Assalamualaikum... nita... ade jugak dpt tahun ni pekse... tapi tak pi pun... xpe nita cuba lagi ye.. good luck

Unknown said...

waalaikumussalam..da berbulan baru perasan ada komen..adehh, ketinggalan btol kak nita ni..hehe..
Thanks pada yang sudi membaca blog kak nita ye..Goodluck pada calon2 penjawat awan sekalian..

Syazana Jamaludin said...

Salam wbt Kak Nita. Boleh tahan juga soalan Interview ni.

Patutlah orang kata tak senang nak masuk keje gomen.

Exam pun ada juga. :)

Unknown said...

Sy pon baru lepas interview untuk jawatan ni... soalan yg mmg tk pnh trpk akn ditanya pon... huhu... hanya mampu tersengih dpan panel...

Unknown said...

Sy pon baru lepas interview untuk jawatan ni... soalan yg mmg tk pnh trpk akn ditanya pon... huhu... hanya mampu tersengih dpan panel...

Unknown said...

salam awak...awk lulus ta interview tu..klu lulus awk awk email sye.. choky_choky93@yahoo.com.. Ade bnde nk tnye

Anonymous said...

hi,

ada sesiapa yang menjadi calon simpanan lantikan, jom kita kongsi perkembangan atau maklumat terbaru kat sini...update tentang ranking. mungkin ada yang dh bertukar status kepada lantikan tetap..harap dapat berkongsi maklumat terkini bersama anda ya...tqvm.

Coret-Coret Kak Nita