DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 24 July 2013

CHECKUP KANDUNGAN MINGGU KE 31

Asslamualaikum,

Hari ni Kak Nita nak update pasal checkup yang Kak Nita g masa usia kandungan 31 minggu pada 23/7/2013 bersamaan hari Selasa, 14 Ramadhan.  Kak Nita sampai Kt Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia dalam pkul 8.05pagi, time tu dah ramai dah ibu-ibu mengandung da tunggu turn dan dah dapat no giliran dah pon. Lama jugak nk tunggu sampai no giliran Kak Nita, tapi macam biasa kena la sabar kan, kan ramai orang.

Student praktikal yang jaga kat depan tu, yela diorang nak kena praktik kan la kan apa yang diorang blaja tu..Ok, bila nama Kak Nita dipanggil untuk timbang berat dan amik tekanan darah, so lega sikit, lepas step pertama la konon..hehe..Tapi apa yang mengejutkan Kak Nita bila time timbang nurse praktikal tu tulis berat Kak Nita 59kg, tp time tu Kak Nita memang rasa pelik la coz rasanya badan da makin ringan je, *Al-maklumla puasa penuh 14 hari kan*.

Then dah sudah amik bacaaan tekanan darah Kak Nita kena amik darah pulak, seb baikla time tu nurse senior yang cucuk, risau jugak rasa kalau kena kat blah nurse praktikal tu kan. Bukan nak perlekehkan diorang tp cuma risau kot2 terkena cucuk berkali2 ke kan, yela kan diorang masih belajar, mesti ada salah silap sikit2 kan.

Then g anta darah dekat makmal, alhamdulillah HB ok 12.0,kira normal la kan. then g tggu kat depan bilik 4 pulak, tunggu giliran tuk jumpa nurse tuk amik bacaaan degupan jantung baby dan berbincang dengan nurse tentang masalah kesihatan kita ketika tu.  Then bila nurse tgk je buku merah Kak Nita kat bahagian berat 59kg tu, dia macam xpuas hati, dia xpercaya coz tgk perut dan bdan Kak Nita time tu xla besar sgt, macam tak kena je ngan berat 59kg tu. Then dia ajak Kak Nita timbang lagi skali, then rupanya resultnye hanyalah 57kg, *kan da satu kesalahan nurse praktikal tu buat*.

Ternyata berat Kak Nita turun 1/2kg kali ni, slalu berat naik je tapi skrang turun plak, risau jugak Kak Nita dengan keadaan baby, risau baby tak membesar dengan baik kalau berat ibu turun kan.  Tapi nurse xckp pape pon, so Kak Nita andaikan ia xjadi masalah untuk Kak Nita teruskan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ni. InsyaAllah, kalau kesihatan mengizinkan.

Degupan jantung baby aritu 143, tinggi rahim 31cm, 2 minggu sebelum tu 28cm.  Kira naik 3cm la dalam masa 2 minggu.  Then nurse bagi tarikh appointment ari Jumaat 2/8/13 untuk minum air gula kali kedua, sepatutnya kena minum masa minggu ke 28, tp nurse lupa nak bgtau.  So minggu depan macam xleh puasa la coz pkul 8pagi kena minum air gula tu..emm, hope xde gejala kencing manis la kan..

Okla, sampai sini jela ea, nanti ada checkup lagi Kak Nita update ye..

1 comment:

Tengkubutang said...

bestnyee.. dh makin hampir dah.. jelesnya teman.. huk2..

hai.. salam kenal,
follower no.9
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/

Coret-Coret Kak Nita