DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Thursday 18 July 2013

CINTA MONYET VS CINTA HALAL

Assalamualaikum..

Hari ni tetiba Kak Nita rasa macam nak wat entry pasal Cinta plak.  Saje je, tetiba teringat time cinta monyet dulu.  Memang xdapat dinafikan cinta monyet dengan cinta yang dah halal yakni cinta antara suami isteri tu memang ketara perbezaannya. Dulu teringat masa sekolah, adalah pengalaman cinta monyet ni.  Time tu  pas PMR, wah bukan men gatal lagi kan, baru form 3 dah ada boyfriend katanya..haha..tapi tu pon kenal kat pasar malam, borak2 pastu mintak dia mintak no tepon, dengan rasa menggediknye time tu apelagi trus bagi jela.. So slalu la dia call, borak2 sume. Al-maklumla angau cinta monyet time tu.  Tp mana pon cinta monyet kan, xkema pon, pas masuk tingkatan 4, dapat masuk asrama Sekolah Menengah Teknik Setapak, so xleh bawak hp kan. Start dari situ trus senyap dan loss contact, macamtu je cinta monyet kami..*xde hala tuju langsung*huhu

Then, lama jugak menyepi tanpa cinta monyet ni.  Xde mood la nak fikir, yela bila fikir balik baik belajar dulu kan, tapi macam biasala gosip2 kat skolah. dah kene kenen ngan dak skolah jugak, tetiba rasa suka plak kat dia.  Tapi xde luahkan pon. Masing-masing wat xtau je,so berakhirla disitu kan..Masa form 5 ada jugak la kisah cinta monyet ni, tu pon da dekat2 SPM, tapi lepas je SPM trus break. Boleh kata sebulan lebih jela declair.  *Ayoyo macamtu la cinta monyet kan*..hehe..

Tak lama lepas tu dapat sambung belajar kat UTMKL, time awal-awal masuk UTM ni mmg xde langsung niat nak couple2 sume ni. *konon-kononnya frust la pas da break tu*hehe..Tapi apakan daya di akhir2 sem 1 dah dapat berkenalan dengan sesorang yang istimewa dalam hidup Kak Nita, dia bukanla study kat UTM pon, biasala dulu2 punya style kan men pass2 no tepon dari kwan ni ke kawan lagi satu.  Pastu mula2 macam malas nak layan, tapi bila dah lama rasa macam da dekat la plak, xsalah tambah kawan kan. *tetibe je tersangkut plak kat dia*..hehe..

Lama kami berkawan, dia masih xde nak ckp nak couple ke ape, ari2 dok t mesej n borak2 dalam phone tapi xde perkembangan, macam tu jela. Mesej benda yang sama je ari2.  Kak Nita dok tunggu jugakla kan dia nak luahkan perasaan ke, ajak couple ke..Aduyai, xmuncul2 plak saat tu kan.  Stress jugak dibuatnya macam menunggu bulan jatuh ke riba *ececeh,poyo jerk*..haha..Setelah berkawan hampir 2 tahun, Kak Nita dah xleh nak tunggu da ni, rasa macam tergantung di awang-awangan, yela hati da suka tapi status hubungan still pending. *seksa jiwa menunggu tu*..hehe..Last-last Kak Nita terpaksa la tanya sendiri kat dia, macamana sebenarnya hubungan kitorg ni. Dia anggap Kak Nita as a friend ke macamane kan, mestila nak kena tahu, da lama sangat menanti kan..*penantian itu satu peyeksaan tau*hehe..

Ok akhirnya couple la kami, setelah penantian yang agak lama bagi Kak Nita.  Dalam bercinta ni banyak dugaannya, xterkira brapa banyak orang ketiga yang muncul dalam perhubungan kami, tapi xtaula mungkin jodoh kami kuat kot, tiap kali gaduh, kejap je da baik.  Then bercinta sampai la Februari 2012 kami mengikat tali pertunangan, time bertunang pon ada lagi dugaannya kan, darah manis la katakan, dengan dia time tu eksiden teruk jugakla, lagi 4 bulan nak kawen, Alhamdulillah, dia sempat kembali normal sebelum perkahwinan kami bulan 11 tahun yang sama. *kesan kemalangan tu ada tgglkan kesan parut jugakla kat muka, tangan n badan dia* tapi xpela janji dia ok je kan..

Bila dah kawen, hati rasa tenang je, yela hubungan dah halal kan.. Memang banyak perbezaan cik hubby ni selepas kawen.  Pas kawen, dia xde lagi melayan pompuan lain macam sebelum kawen dulu, dia jadi lebih bertanggungjawab dan sangat caring.  Akhir bulan 1 2013 kami dapat berita gembira bila ujian HCG Test menunjukkan yang Kak Nita positif mengandung masuk minggu ke 5, Alhamdulillah. Kami diberikan rezeki untuk menimbang cahaya mata.  Berita gembira tu adalah hadiah paling berharga dalam hidup Kak Nita.  *kebetulan besday Kak Nita awal bulan 2 kan, tu kira hadiah bday in advance la kan* Kadang-kadang Kak Nita rasa terharu dengan sikap dia yang lain sangat dr masa bercinta dulu, dia dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan juga bakal menjadi papa xlama lagi. Smoga sikap dia tu akan terus berkekalan sampai bila-bila. Terasa kemanisan bercinta bila dah ada ikatan sah ni. Pegang tangan suami and tatap mata suami pon dapat pahala kan, kan sgt sweet tu.

Sungguh benar yang diperkatakan, Cinta yang sah disisi agama, adalah Cinta yang terbaik dan membahagiakan, dan Cinta kepada sang Pencipta adalah cinta yang Agung dan cinta yang akan kekal abadi.  Smoga perhubungan ini di restui oleh yang Maha Kuasa dan berkekalan hingga ke Jannah, InsyaAllah.

No comments:

Coret-Coret Kak Nita