DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 6 November 2013

PENYUSUAN SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK BUAT BAYI DAN ANDA

Assalamualaikum,

Seperti yang kita sedia maklum, menyusukan bayi dengan susu ibu adalah langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat.  Susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi.  Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.  Susu pertama (kolostrum) mengandungi khasiat sebaiknya yang diperlukan oleh bayi kita untuk hari-hari pertama selepas lahir. Untuk memastikan kita dapat menyusu bayi dengan baik, pemakan seimbang adalah sangat penting bermula sebelum kehamilan lagi.


Antara kelebihan-kelebihan Penyususan Susu Ibu adalah :

Kepada Ibu

1) Penyususan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh megelakkan anda daripada mengandung.

2) Boleh melangsingkan badan tetapi harus disertakan dengan senaman.

3) Ia membantu rahim kita kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan.

4) Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari.

5) Penyususan susu ibu boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja.


Kepada Bayi

1) Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang kian membesar.

2) Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru-paru.

3) Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

4) Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi.

5) Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

6) Susu ibu boleh diperolehi dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya.

7) Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan emosi yang diperlukan oleh bayi.


Memang tidak dapat di nafikan betapa baiknya penyusuan susu ibu ini kepada ibu itu sendiri dan juga kepada bayi, tetapi dalam sesetengah keadaan, tidak semua ibu dapat menyusukan bayi mereka menggukan kaedah penyusuan susu ibu ini.  Kita tidak boleh mencemuh ibu-ibu yang tidak dapat mengamalkan kaedah penyusuan ibu ini, mereka mempunyai halangan yang tertentu, tidak semua ibu-ibu mempunyai peluang yang sama dalam memberi penyusuan susu ibu secara penuh dan berterusan. 

Bagi ibu-ibu yang inin menyusukan bayi dengan penyusuan susu ibu, kita haruslah berfikiran positif dan set dalam minda bahawa kita boleh menyusukan bayi dengan susu ibu, kalau kita dah set awal-awal bahawa susu dari badan kita tak kan keluar maka ia akan mempengaruhi emosi dan secara tak langsung menyukarkan pengeluaran susu ibu itu sendiri.  Macam pengalaman Kak Nita aritu, masa 5 hari pertama selepas melahirkan anak, mmg susu takmahu keluar dan Kak Nita sedikit tertekan dengan keadaan itu sebab da plan nak susukan anak dengan susu ibu tapi bila da tertekan memang lagi la ssh nak keluar sebab Kak Nita dah set susu xnak keluar kan.  Then after urut, ari ke 6 dan seterusnya air susu pon keluar dan boleh buat stok masuk dalam peti ais.  Alhamdulillah, time tu mmg sronok sangat tak terkata, terasa nikmat menjadi seorang ibu bila dapat menyusukan bayi dengan penyusuan susu ibu walaupon ada jugak selang seli dengan susu formula, sekurang-kurangnya bayi Kak Nita dapat jgak khasiat dari susu ibu kan.

1 comment:

sabinojaciela said...

Casinos Near Mohegan Sun, Uncasville, CT
Search for casinos near Mohegan 양주 출장안마 Sun, Uncasville, CT. MapYRO Realtime driving 오산 출장안마 directions to nearby 구미 출장샵 casinos, check 사천 출장안마 current driving directions, and 화성 출장안마

Coret-Coret Kak Nita