DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Friday 21 June 2013

APA PERLU SUAMI LAKUKAN KETIKA ISTERI HENDAK BERSALIN?

APA PERLU SUAMI LAKUKAN KETIKA 

ISTERI HENDAK BERSALIN

Asslamualaikum, 

Hari ni Kak Nita nak share sikit apa yang Kak Nita dapat dari web PA & MA  berkenaan dengan peranan suami ketika isteri hendak bersalin.  Ni kira macam persediaan bagi para suami yang bakal menjadi bapa la kan, antaranya ialah seperti kat bawah ni:

1. Faham Proses Awal Untuk Bersalin
Sebelum proses pelahiran, isteri akan mengalami sakit kontraksi (proses pembukaan pintu rahim untuk membolehkan bayi keluar). Suami perlu tahu bahawa kesakitan yang akan dialami isteri adalah berpanjangan. Emosi isteri jadi tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Janganlah anda pula yang menjadi marah dan enggan membantunya. Ketepikan ego seketika dan cuba mengalah kepada isteri pada saat kritikal ini.

Kelahiran si kecil memang ditunggu2 oleh kedua-dua bakal ibu dan bapa..



2. Bersedia Fizikal Dan Mental
Suami perlu bersedia emosi dan fizikal kerana proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya malah kadang kala sehari suntuk. Bantulah menenangkan isteri anda ketika dia sedang sakit kontraksi. Memimpinnya berjalan dapat meredakan kesakitan. Berjalan dikatakan membantu mempercepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri untuk menenangkannya.

Sentuhan lembut suami dapat menenangkan hati isteri yang sedang hamil.


3. Bersabar Dengan Kerenah Isteri
Sakit kontraksi yang dialami isteri adalah sakit yang paling sakit. Jadi, emosi isteri akan berubah-ubah.  Pada peringkat awal kontraksi, kesakitan baru bermula dan tidak terlalu kerap, jadi urutan dan sentuhan dapat menenangkannya. Tetapi di hujung kontraksi, apabila kesakitan semakin kerap, isteri jadi serba tidak kena dan tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin boleh meninggikan suara. Cuba bersabar bila berdepan saat tersebut.

Suami harus cuba bersabar dengan karenah dan emosi sang isteri yang tidak dapat di duga.


4. Tenangkan Isteri Untuk Fokus
Ketika sakit bersalin berlaku, isteri asyik memikirkan perkara buruk dan menjadi hilang fokus serta semakin gementar.  Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Bantu isteri bertenang dengan memberikan kata-kata semangat, bagi pasangan muslim, ajak isteri banyak mengucap, berselawat dan beristigfar. Suami juga perlu banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika menghadapi saat genting ini.

Kata-kata semangat dari sang suami sememangnya dapat menenangkan hati bakal-bakal ibu.

5. Jangan Tinggalkan Isteri Sendirian
Sokongan suami amat diperlukan oleh isteri ketika berhadapan saat mencemaskan ini. Jika boleh, jangan tinggalkan isteri, sentiasa berada di sisinya. Luahan perasaan kasih sayang dan kata-kata dorongan memberikan aura positif kepada isteri untuk kuat melalui saat getir bersalin.

Seorang bakal ibu sangat2 memerlukan sokongan dari seorang suami. Biar sejauh mana suami berada, usahalah untuk bertanya khabar sang isteri.




No comments:

Coret-Coret Kak Nita