DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Wednesday 12 June 2013

SCAN BABY 3D/4D

Assalamualaikum..

Hari ni Kak Nita rasa rasa excited lebih la plak.  Yela semalam sempat g Klinik Fauziah,Ampang untuk wat scan baby 3D/4D.  Kak Nita memang banyak lawat blog blogger2 lain sebelum g wat scan 3D/4D ni.  Biasa la mestila nak survey2 dulu kan pengalaman mommy2 yang terdahulu.  Dari pemerhatian Kak Nita memang ramai yang suggest g wat kat sonographer Miss Jezzlyn.  Kalau nak wat kat dia kena booking online la.. ni link dia 3D 4D SCAN IN MALAYSIA.  Ada 3 klinik yang Miss JEzzlyn ni ada iaitu kat Ampang,Sri Kembangan dan Shah alam, ikut hari2 tertentu la.. Kalau macam kat Klinik Fauziah,Ampang dia ada kat sana hari Rabu dan Sabtu je.

Ok lepas da booking online, admin akan hantar email untuk confirmkan temujanji kita tu.  Then sehari sebelum tarikh temujanji tu admin akan hantar email untuk remind kte tentang temujanji tu lagi.  Dalam email tu jugak dia akan bagi direction macamana nak g Klinik yang kte pilih tu.  Dia akan bgtau jugakla syarat2 dan terma untuk scan yang dia akan wat tu.

Nak cite skit pasal Miss JEzzlyn ni, dia memang sgt comel dan peramah.  Miss Jezz akan cuba pujuk baby untuk tunjuk muka dan senyum.  Tapi baby Kak Nita tido je kejenye, tak nak pon senyum kat mama n papa kan sayang.  Puaslah Miss Jezz ni pujuk2 baby dan tepuk2 perut Kak Nita nak kejut baby tapi baby wat tak layan jer. Comel je cara Miss Jezz ni pujuk baby suh bangun. Sampai Miss Jezz suh Kak Nita yang kejut baby, tapi baby still wat tak tau je..  Kenyang sangat baby ni sampai ngantok tu.. al-kisahnya sementara nak tunggu turn Kak Nita masuk g scan, Kak Nita n hubby g makan dulu kat kedai makan depan klinik tu.  Tu yang baby kenyang sangat tu kot..hehe..

Miss Jezz akan scan dan tunjuk kat kita satu-satu dari kepala sampai kaki baby, dia akan bgtau berat baby, panjang kaki, saiz pinggang dan jantina baby.  Pastu dia akan tunjuk la graf pasal perkembangan baby kita tu sama ada selari tak dengan usia kandungan.  So far Alhamdulillah baby Kak Nita membesar ikut usia kandungan 25 minggu la tp cuma saiz pinggang Miss Jezz ckap kecik skit ikut saiz 23 minggu.  Yang lain-lain sume ok, air ketuban, uri, berat baby sume dalam keadaan normal la.

Lepas dah siap scan sume, Miss Jezz akan burn dalam CD, then kita akan dapat CD tu skali dengan satu keping gambar muka baby 3D, pastu ada voucher disckaun 10% bila kita beli barang online dekat web bayi-ibu.com/estore.  Dalam CD tu ada banyak gambar yang Miss Jezz snap then ada 5 video 4D.  Bayaran untuk wat 3D/4D ni RM120, memang puas hati la dapat tau perkembangan baby yang kita kandungkan tu kan.  Kak Nita memang syorkan la mommy2 yang nak wat scan 3d/4d tu wat kat Miss JEzz ni.  Memang berbaloi, kita boleh tanya pape je kat dia.


Tengok tu asyik tido je baby Kak Nita ni an. Lena je dia tido ea even Miss Jezz da kacau2 dia..mama kejut pon awak tak layan kan sayang..hehe..lagi satu bukan men aktif dia menendang even ngah tido, lasak jugak baby Mama ni ea..hehe..

Tak sabar nak tunggu baby lahir ke dunia, Semoga Allah mengizinkan dan mempermudahkan proses kehamilan dan proses kelahiran baby Kak Nita yang pertama ni. Aamiin..



1 comment:

Unknown said...

terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

Coret-Coret Kak Nita