DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Tuesday 25 June 2013

BILA SESUAI NAK BELI BARANGAN BAYI??


BILA SESUAI NAK BELI BARANGAN BAYI??


Assalamuaikum...

Bila cite pasal persiapan barangan baby mesti mommy2 to be yang lain pon sama excited macam Kak Nita kan, nak2 pulak pada bakal ibu yang pertama kali nak timang cahaya mata kan.  Nampak je baju baby yang comel2 tu trus rambang mata la jawapnya..hehe..  Itu mmg tak dapat dinafikan lah kan..*cite pasal diri sendiri la tu* hehe..


Yang menjadi persoalannya sekarang ni adalah, bila masa yang sesuai untuk bakal ibu dan bapa ni nak start beli barangan baby tu kan.  Persoalan ni dah lama berlegar2 dalam fikiran Kak Nita ni, banyak jugakla pendapat yang Kak Nita terima dari makcik-makcik, kakak-kakak, kawan-kawan dan sedara-mara yang lain tentang hal ni.  X lupa juga dari blogger2 yang lain, Kak Nita nak tau jugak macamana pendapat diorang pasal hal ni kan.


Dari hasil penyelidikan yang tak berapa nak selidik sangat tu Kak Nita dapat beri ulasan sikit la, kebanyakan dari pendapat menyatakan bahawa masa yang sesuai start shopping barang kelengkapan baby adalah bila dah masuk bulan ke 7, ataupun dah masuk trimester kehamilan yang ke tiga iaitu pada minggu ke 28 dan ke atas.


Bak kata orang dolu-dolu, tak elok beli barang bayi pada awal2 kandungan sebab dikuatiri apa-apa jadi kat kandungan tu nanti mommy2 to be akan jadi sangat tertekan dan murung sebab dah sediakan semua barangan bayi kan, NAUZUBILLAH.  Mintak dijauhkan la dari kita semua perkara-perkara buruk kan.  Kita kena banyakkan berdoa semoga kandungan kita selamat dilahirkan. 


Kak Nita dah start google2 untuk dapatkan checklist barangan kelengkapan bayi start dari mggu ke 25.  Kak Nita pon copy and paste las checlist tu dari blogger2 yang dah wat checklist ni terlebih dahulu.  Kalau dah ada checklist senang la Kak Nita nak wat bajet kan, takut2 ada yang terlepas pandang ke. Al-maklumla pengalaman pertama nak beli barangan baby kan.


Ada jugak yang seawal usia kandungan 3 - 4 bulan dah start beli barangan baby kan, yela ada yang tak tahan tengok barangan baby comel2 tu, jalan-jalan kat shopping kompleks sekali nmpk barangan baby pulak, naluri seorang ibu tu kadang-kadang mana boleh tahan kan..Walaupon kadang-kadang tu tak tertahan jugak tu.   hehe.  Tapi buat masa ni Kak Nita boleh tahan lagi la nafsu nak beli barangan baby tu sebab dah set awal-awal nak start beli bila da masuk minggu ke 30 kan. Ada jugak yang beli awal sebab kalau beli sekali harung banyak pulak nak kena keluar duit dalam satu masa kan, kalau beli sikit-sikit takdelah terasa sangat pengaliran duit keluar tu.  


Kalau ikutkan Point nye sebenarnye jangan terlalu OVER EXCITED je kan.  Tapi kadang2 perasaan OVER EXCITED tu datang dengan xsemena-mena.  Datang tanpa diundang, bila dah datang susah plak nak menghalaunya kan..hehe..*tu pon pasal diri Kak Nita jugak* hehe.   Kak Nita mmg dah penah plan ngan hubby nak beli barangan kelengkapan baby masa dah masuk minggu ke 30  nanti.  Skarang dah nak masuk minggu ke 28 dah, so kalau ikut perancangan awal, ada ag 2  minggu la.  


Bila perhatikan sebenarnye hubby Kak Nita pon lagi excited rupanya dari Kak Nita, dia selalu tanya bila nak beli barang baby, pastu Kak Nita akan ckpla nntla dah lebih 6 bulan nanti baru kita g beli, sekarang ni just survey2 je la dulu kan. Pastu hubby pon layankan jugakla kan.hehe..  So Kak Nita ngah search kat mana nak beli barangan baby ni. 


Orang kata kalau g Expo baby macam seronok sikit la sebab banyak booths yang dibuka kat expo tu.  Masa Mom & Baby Expo dekat PWTC aritu Kak Nita sempatla jugak Kak Nita paksa hubby g cuci-cuci mata kat sana kejap.  Lepas balik keje ari Jumaat terus la bergegas ke PWTC tu kan, tapi biasa la KL kan mestilah jem, nak2 time orang balik kerja.  Lama jugakla tersadai kat jalan raya tu.  Akhirnya dah pukul 6.30 macamtu sampai la kat tempat EXPO tu. time tu tak ramai orang sangat, yela first day Expo kan, ari bekerja pulak tu.  Seronok dapat cuci2 mata kat Expo, tapi next  Expo kat Mid Valley nanti xtau la dapat g ke tak ni.  Macam nak pergi tapi tengok la keadaan macam mana, mesti ramai orang kat sana.  Mid Valley kan memang tempat yang crowded. huhu..

Ok la panjang plak celoteh Kak Nita ni kan, sampai ni jela tuk hari ni la.  Esok lusa Kak Nita update entry lain plak ea..






TRIMESTER KETIGA KEHAMILAN

TRIMESTER KETIGA KEHAMILAN


Minggu ke - 28



Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.

Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat.

Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi.


Minggu ke - 29



Anda kini sudah berada ¾ masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu sebelum anda bertemu bayi anda.  Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan bayi. Bunyi-bunyian seperti itu boleh mendodoi bayi untuk tidur kerana bunyian itu sudah biasa baginya. Bayi anda juga dapat mendengar suara anda dan suara-suara ahli keluarga lain.



Minggu ke - 30



Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelhiaran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.



Minggu ke - 31



Anda mungkin menghadapi masalah dalam mencari kedudukan yang selesa untuk tidur sekarang ini. Beberapa minggu lepas ianya cuma masalah kecil. Ini membuatkan anda tidak sabar dengan ketibaan bayi anda dan anda pasti mengimpikan bayi anda berada di dalam dakapan anda.

Beberapa cecair amnion perlu dibuang bagi memenuhi ruang untuk bayi yang semakin membesar dan ini bermakna cecair amnion yang dihasilkan anda berkurang separuh daripada bulan lepas. Dengan pengurangan cecair tersebut pergerakan bayi lebih terasa kuat. Walaubagaimanapun pergerakan bayi akan kurang drastik dan dramatik mulai takat ini.

Paru-paru bayi juga lebih matang dan sudah bersedia untuk hudup di luar rahim. Bayi berlatih dengan menggunakan cecair amnion untuk bernafas. Berat bayi kini lebih kurang 1.6kg dan panjangnya 18 inci bersamaan dengan 40cm.



Minggu ke - 32




Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda telah melakukan yang terbaik buat bayi dalam kandungan anda.  Bayi anda tidur dan terjaga dalam masa yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, anda merasakan sukar untuk mengetahui samada bayi anda tidur atau jaga kerana ianya sangat aktif sepanjang masa.  Minggu ini bayi sudahpun seberat 1.8kg dan panjangnya pula menjangkaui 18.9 inci iaitu 42cm.



Minggu ke - 33



Kehamilan adalah sesuatu perubahan besar dalam hidup wanita. Selain dari tekanan fizikal seperti keletihan, loya, perubahan saiz dan bentuk badan, anda akan merasa kebimbangan dalam melahirkan bayi, membesarkan bayi dan sebagainya. Walaubagaimanapun tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Carilah masa untuk bersantai dan jika anda takut untuk menghadapi kelahiran, jangan baca kisah-kisah kelahiran orang lain yang menyakitkan. Anggap ia sesuatu yang indah apabila anda akan mendakap bayi yang anda impikan kelak.

Bayi anda kini mempunyai berat kira-kira 2kg dan panjangnya pula 19 inci bersamaan 43cm. Walaupun warna mata bayi anda tidak berapa kelihatan pada awal kehamilannya nanti tetapi warna iris sudah mula kelihatan ketika ini.



Minggu ke - 34



Masa ini ada perlu membuat keputusan samada bayi anda akan menyusu penuh dengan susu ibu dan sebagainya. Jika anda ingin memberi bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, carilah ‘breast-pump’ yang berkualiti memerah susu dengan baik. Ianya mungkin memerlukan anda berkorban sedikit wang untuk membeli ‘breast-pump’ yang berkualiti.

Dengan satu lapisan lemak putih di bawah kulit bayi anda, bayi anda tidak lagi kelihatan kemerah-merahan. Jari jemari bayi sudah agak panjang tetapi kuku tidak sepenuhnya tumbuh. Bayi anda kini mempunyai berat 2.25kg dan panjangnya pula ialah 19.8 inci bersamaan dengan 44cm.



Minggu ke - 35



Minggu ini anda boleh mula mencari nama untuk bayi anda. Pilihlah nama yang baik-baik dan indah maknanya untuk bayi lelaki dan perempuan (anggap anda tidak pasti dengan jantina bayi anda walaupun anda sudah melihatnya pada mesin pengimbas – ultrasound)

Berat bayi anda kini 2.5kg dan lebih kurang 45cm panjang. Kini anda sudah berupaya melihat pergerakan bayi pada perut anda. Seronok jika mengamatinya bergerak ke kiri dan ke kanan di dalam perut anda. Daripada masa ini, bayi akan menukar posisi kedudukannya kepada kedudukan kelahiran dimana kepala bayi menghala ke bawah. Kurang daripada 5% menghadapi masalah punggung bayi ke bawah atau kakinya kebawah. Doktor menggalakkan kedudukan kepala ke bawah adalah cara yang paling selamat melahirkan bayi jika tidak bayi mungkin menghadapi sedikit masalah dan perlukan rawatan kecemasan.



Minggu ke - 36



Sekarang anda akan melahirkan anak anda dalam beberapa minggu lagi. Anda mungkin memikirkan apa yang dilakukan oleh bayi anda sebelum ia dilahirkan. Isi masa anda dengan pelbagai bacaan berilmiah mengenai bayi dan penjagaannya.

Ruang untuk bayi bergerak di dalam perut anda semakin sempit. Bayi membesar sedikit perlahan sehingga dilahirkan kelak. Bulan ini berat bayi akan meningkat sekitar 25% sahaja. Sebagai contohnya, bayi akan mempunyai berat sekitar 2.75kg dan panjang 21 inci atau 46cm tetapi apabila tiba waktu kelahiran kelak, berat bayi sekitar 3.4kg dan panjangnya sekitar 54cm. Berat dan panjang ini adalah purata berat dan panjang bayi. Sesetengah bayi mungkin lebih kecil dan ada yang lebih besar.

Sekitar minggu ini, bayi berkembang dan tiada masalah jika ia dilahirkan pada bila-bila masa mulai sekarang. Paru-parunya telah mula matang untuk bernafas apabila lahirnya kelak. Ruang yang sempit ini menyukarkan bayi untuk bergerak dan kadangkala anda tidak merasa ia banyak bergerak seperti sebelum ini.



Minggu ke - 37



Anda mungkin tertanya-tanya tentang adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Berat bayi anda kini 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm.

Jika anda memilih untuk menyusukan, anda akan menjadi tambahan ke atas pada kekebalan selepas kelahiran. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. Para doktor akan menasihatkan bahawa anda telah bayi anda melalikan permulaan pada umur dua bulan. Bayi anda menimbang hampir 6.5lb (3kg) dan adalah berkenaan 21in (47cm) lama.



Minggu ke - 38





Pada peringkat ini anda mungkin merasakan bayi anda telah mula turun ke uterus iaitu kedudukan yang paling baik untuk melahirkan bayi. Sekarang, proses kelahiran sedang bermain-main difikiran anda.

Pada peringkat ini bayi telah mula mengambil tempatnya iaitu kepala ke bawah untuk memudahkan proses kelahiran. Posisi ini adalah posisi mejoriti bayi-bayi yang akan dilahirkan kelak. Bagaimanapun, jika bayi anda masih belum berada di dalam posisi yang sepatutnya, dia masih mempunyai dua minggu lagi untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.

Friday 21 June 2013

APA PERLU SUAMI LAKUKAN KETIKA ISTERI HENDAK BERSALIN?

APA PERLU SUAMI LAKUKAN KETIKA 

ISTERI HENDAK BERSALIN

Asslamualaikum, 

Hari ni Kak Nita nak share sikit apa yang Kak Nita dapat dari web PA & MA  berkenaan dengan peranan suami ketika isteri hendak bersalin.  Ni kira macam persediaan bagi para suami yang bakal menjadi bapa la kan, antaranya ialah seperti kat bawah ni:

1. Faham Proses Awal Untuk Bersalin
Sebelum proses pelahiran, isteri akan mengalami sakit kontraksi (proses pembukaan pintu rahim untuk membolehkan bayi keluar). Suami perlu tahu bahawa kesakitan yang akan dialami isteri adalah berpanjangan. Emosi isteri jadi tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Janganlah anda pula yang menjadi marah dan enggan membantunya. Ketepikan ego seketika dan cuba mengalah kepada isteri pada saat kritikal ini.

Kelahiran si kecil memang ditunggu2 oleh kedua-dua bakal ibu dan bapa..



2. Bersedia Fizikal Dan Mental
Suami perlu bersedia emosi dan fizikal kerana proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya malah kadang kala sehari suntuk. Bantulah menenangkan isteri anda ketika dia sedang sakit kontraksi. Memimpinnya berjalan dapat meredakan kesakitan. Berjalan dikatakan membantu mempercepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri untuk menenangkannya.

Sentuhan lembut suami dapat menenangkan hati isteri yang sedang hamil.


3. Bersabar Dengan Kerenah Isteri
Sakit kontraksi yang dialami isteri adalah sakit yang paling sakit. Jadi, emosi isteri akan berubah-ubah.  Pada peringkat awal kontraksi, kesakitan baru bermula dan tidak terlalu kerap, jadi urutan dan sentuhan dapat menenangkannya. Tetapi di hujung kontraksi, apabila kesakitan semakin kerap, isteri jadi serba tidak kena dan tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin boleh meninggikan suara. Cuba bersabar bila berdepan saat tersebut.

Suami harus cuba bersabar dengan karenah dan emosi sang isteri yang tidak dapat di duga.


4. Tenangkan Isteri Untuk Fokus
Ketika sakit bersalin berlaku, isteri asyik memikirkan perkara buruk dan menjadi hilang fokus serta semakin gementar.  Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Bantu isteri bertenang dengan memberikan kata-kata semangat, bagi pasangan muslim, ajak isteri banyak mengucap, berselawat dan beristigfar. Suami juga perlu banyak membaca ayat-ayat suci Al-Quran ketika menghadapi saat genting ini.

Kata-kata semangat dari sang suami sememangnya dapat menenangkan hati bakal-bakal ibu.

5. Jangan Tinggalkan Isteri Sendirian
Sokongan suami amat diperlukan oleh isteri ketika berhadapan saat mencemaskan ini. Jika boleh, jangan tinggalkan isteri, sentiasa berada di sisinya. Luahan perasaan kasih sayang dan kata-kata dorongan memberikan aura positif kepada isteri untuk kuat melalui saat getir bersalin.

Seorang bakal ibu sangat2 memerlukan sokongan dari seorang suami. Biar sejauh mana suami berada, usahalah untuk bertanya khabar sang isteri.




Wednesday 19 June 2013

WAREHOUSE SALES BARANGAN BAYI

Assalamualaikum..

Hari ni Kak Nita nak update pasal warehouse sales barangan bayi pulak, yela Kak Nita pon da sibuk duk search kat En.Google ni kat mana tempat nak beli barangan bayi kan. Al-maklumlah da masuk bulan ke 6 ni mmg agak excited la nak beli barangan bakal bayi kan.  Kak Nita tau mommy2 yang lain pon macamtu jugak kan, mesti geram je tgk barangan bay yg comel2 tu.hehe

Daripada hasil pencarian Kak Nita kat Google, ada beberapa warehouse sales ataupon expo yang ade sekitar bulan Jun 2013-July 2013 ni.  Ni Kak Nita share la banner2 yang Kak Nita sempat copy dari En Google..Kot-kot ade yang berkenan dan berhampiran bolehla serbu kan tok cari barang2 bakal baby kita tu..











Kak Nita pon xtau lagi nak g yang mana satu ni, tengoklah macam mane nnt bincang ngan hubby dulu, Selamat bershopping ea mommy2 semua..hehe

Monday 17 June 2013

Check Up Minggu ke 26

Assalamualaikum..

Hari ni Kak Nita ada check up kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia.  Minggu ni usia kandungan Kak Nita da masuk minggu ke 26 dah..  Sampai Klinik dalam pukul 8 pagi, macam biasa la dah ramai ibu2 yang da sampai kat klinik tu, so Kak Nita pon tunggu la no giliran Kak Nita.

Lama jugak nak tunggu turn untuk timbang berat n check tekanan darah, dalam pkul 9 pagi baru la nama Kak Nita dipanggil untuk timbang berat, berat Kak Nita sekarang 57kg, so nurse pon tulislah guna pen merah.. Tu maknanye ade sedikit lebih berat la kan..hehe..ala, naik 2.5kg je dari bulan lepas..hehe..then kena amik darah plak.  Kena tunggu lagi sampai no Kak Nita kena panggil, pas da amik darah tu bawakla darah td g makmal kat blok sebelah.  Macam biasa kena tunggu lagi la kan.huhu

Da dapat result darah tu, kena g balik blok KKIA balik tuk jumpa nurse plak. Yang ni mmg kena tunggu lama sikit la.  Mengantok jugka menunggu giliran Kak Nita ni, then da 10.30 pagi baru la turn Kak Nita, lepas da check degupan jantung n ukur ketinggian rahim pastu kena cucuk untuk kancing gigi untuk kali ke dua, bulan lepas Kak Nita da kena cucuk da, bulan ni kena cucuk untuk kali yang kedua pulak.  Kebas je rasa tgn kiri ni.  akhirnya dalam pkul 11pagi barulah settle urusan kat klinik, amik time slip then  teruslah bergerak ke ofis..huhu.

Alhamdulillah, settle jugak akhirnya check up tuk bulan 6 ni, tunggu checkup bulan 7 pulak cmne nnt.
Nnt Kak Nita update lagi ea..hehe..

Wednesday 12 June 2013

SCAN BABY 3D/4D

Assalamualaikum..

Hari ni Kak Nita rasa rasa excited lebih la plak.  Yela semalam sempat g Klinik Fauziah,Ampang untuk wat scan baby 3D/4D.  Kak Nita memang banyak lawat blog blogger2 lain sebelum g wat scan 3D/4D ni.  Biasa la mestila nak survey2 dulu kan pengalaman mommy2 yang terdahulu.  Dari pemerhatian Kak Nita memang ramai yang suggest g wat kat sonographer Miss Jezzlyn.  Kalau nak wat kat dia kena booking online la.. ni link dia 3D 4D SCAN IN MALAYSIA.  Ada 3 klinik yang Miss JEzzlyn ni ada iaitu kat Ampang,Sri Kembangan dan Shah alam, ikut hari2 tertentu la.. Kalau macam kat Klinik Fauziah,Ampang dia ada kat sana hari Rabu dan Sabtu je.

Ok lepas da booking online, admin akan hantar email untuk confirmkan temujanji kita tu.  Then sehari sebelum tarikh temujanji tu admin akan hantar email untuk remind kte tentang temujanji tu lagi.  Dalam email tu jugak dia akan bagi direction macamana nak g Klinik yang kte pilih tu.  Dia akan bgtau jugakla syarat2 dan terma untuk scan yang dia akan wat tu.

Nak cite skit pasal Miss JEzzlyn ni, dia memang sgt comel dan peramah.  Miss Jezz akan cuba pujuk baby untuk tunjuk muka dan senyum.  Tapi baby Kak Nita tido je kejenye, tak nak pon senyum kat mama n papa kan sayang.  Puaslah Miss Jezz ni pujuk2 baby dan tepuk2 perut Kak Nita nak kejut baby tapi baby wat tak layan jer. Comel je cara Miss Jezz ni pujuk baby suh bangun. Sampai Miss Jezz suh Kak Nita yang kejut baby, tapi baby still wat tak tau je..  Kenyang sangat baby ni sampai ngantok tu.. al-kisahnya sementara nak tunggu turn Kak Nita masuk g scan, Kak Nita n hubby g makan dulu kat kedai makan depan klinik tu.  Tu yang baby kenyang sangat tu kot..hehe..

Miss Jezz akan scan dan tunjuk kat kita satu-satu dari kepala sampai kaki baby, dia akan bgtau berat baby, panjang kaki, saiz pinggang dan jantina baby.  Pastu dia akan tunjuk la graf pasal perkembangan baby kita tu sama ada selari tak dengan usia kandungan.  So far Alhamdulillah baby Kak Nita membesar ikut usia kandungan 25 minggu la tp cuma saiz pinggang Miss Jezz ckap kecik skit ikut saiz 23 minggu.  Yang lain-lain sume ok, air ketuban, uri, berat baby sume dalam keadaan normal la.

Lepas dah siap scan sume, Miss Jezz akan burn dalam CD, then kita akan dapat CD tu skali dengan satu keping gambar muka baby 3D, pastu ada voucher disckaun 10% bila kita beli barang online dekat web bayi-ibu.com/estore.  Dalam CD tu ada banyak gambar yang Miss Jezz snap then ada 5 video 4D.  Bayaran untuk wat 3D/4D ni RM120, memang puas hati la dapat tau perkembangan baby yang kita kandungkan tu kan.  Kak Nita memang syorkan la mommy2 yang nak wat scan 3d/4d tu wat kat Miss JEzz ni.  Memang berbaloi, kita boleh tanya pape je kat dia.


Tengok tu asyik tido je baby Kak Nita ni an. Lena je dia tido ea even Miss Jezz da kacau2 dia..mama kejut pon awak tak layan kan sayang..hehe..lagi satu bukan men aktif dia menendang even ngah tido, lasak jugak baby Mama ni ea..hehe..

Tak sabar nak tunggu baby lahir ke dunia, Semoga Allah mengizinkan dan mempermudahkan proses kehamilan dan proses kelahiran baby Kak Nita yang pertama ni. Aamiin..



Tuesday 11 June 2013

PERGERAKAN BABY DALAM KANDUNGAN

Asslamualaikum...

Haaa, Kak Nita nak cite sikit pasal peregrakan baby dalam kandungan Kak Nita ni.  First time Kak Nita dapat rasa pergerakan baby dalam kandungan masa masuk minggu ke 22.  Mula-mula tu risau jugak coz ade kawan2 Kak Nita yang da dapat rasa pergerakan baby diorang seawal minggu ke 20.  Masa g check up kat KKIA masa minggu ke 21 tu Kak Nita ada la tanya kat nurse bertugas kenapa Kak Nita masih tak dpat nak rasa peregerakan baby Kak Nita, pastu nurse ckpla mungkin baby Kak Nita baru nak belajar gerak, dia ada gerak sebenarnya cuma mungkin terlalu perlahan dan Kak Nita tak perasan pergerakan dia.

Setiap ibu mengandung akan dapat merasa pergerakan baby ni dalam minggu yang berbeza, ada yang dapat rasa seawal minggu ke 18 ada yang da masuk minggu ke 25 baru dapat rasa pergerakan baby tu.  Selalunya bagi ibu yang pernah hamil sebelumnya, mereka dapat merasakan peregerakan baby lebih awal, seawal minggu ke 15 pon ada yang da dapat rasa da pergerakan itu.

Bila da dengar penjelasan nurse tu lega sikit la rasa hati ni, kalau tak asyik fikir je keadaan baby dalam perut ni, terfikir2 kenapa dia tak gerak-gerak lagi.  Bila da dapat rasa tendangan pertama baby Kak Nita, memang sangat teruja, tapi yang pasti masa mula-mula tu agak terkejut jugak la kan.  First time rasa dia tendang kan, teruja tu memang tak payah cakap la kan.

Bila da teruja tu apalagi cepat2 la Kak Nita bagitau hubby, nmpk gaya hubby pon macam excited je tu.  Dia pon tak sabar nak rasa pergerakan baby kami tu.  Tapi baby slalu malu-malu nak gerak bila papa dia    usap perut Kak Nita, cuma ada satu pagi tu baby tendang n papa dia dapat rasa tendangan baby jugak.  Terus papa dia tersenyum, puas hati dapat rasa jugak pergerakan baby kami tu.  Saat tu memang saat paling bahagia bagi kami.

Smoga anak kami membesar dengan sihat dan sempurna sifatnya dalam kandungan Kak Nita ni.  Aamiin..

Monday 10 June 2013

Checklist untuk Bakal Ibu dan Barangan Bayi

Checklist untuk bakal Ibu dan Barangan Bayi

Assalamualaikum,

Ok minggu ni kandungan Kak Nita dah mencecah usia 25 minggu, so dah bolehla rasanya wat checklist untuk persediaan sambut baby kan.  Setelah beberapa blog Kak Nita terjah untuk wat survey persediaan barang-barang untuk bayi dan kelengkapan berpantang, maka inilah hasilnya.  Kalau ada yang terlebih or terkurang tu mintak maaf la ye. Kak Nita pon xde pengalaman lagi,baru je nak survey2.hehel..

Kalau untu anak pertama ni mungkin banyak benda yang perlu disediakan rasanye, yela baru pertama kali la katakan.  Excitednye mungkin terlebih sikit kot.  Biasalah tu, Kak Nita tau, mom to be yang len tu pon mesti excited cm Kak Nita jugak kan??Baik korang ngaku..hehehe.  

Okla, panjang plak berceloteh kan Kak Nita ni, jomlah kita share2 sedikit sebanyak apa yang Kak Nita sempat survey dari blog blogger yang terdahulu.


Barangan Bayi


  1. Baju & seluar lengan pendek  
  2. Baju & seluar lengan panjang   
  3. Baju & seluar 3-6month          
  4. Baju & seluar 6month              
  5. Romper                                  
  6. Mitten & booties                    
  7. Barut                                      
  8. Boonet                                    
  9. Baby bip  
  10. Toiletties                                
  11. Minyak telon
  12. Minyak baby oil
  13. cotton bud
  14. Nasal aspirator
  15. Nail clipper
  16. cotton balls
  17. Tuala
  18. Besen mandi                            
  19. Napkin                                    
  20. Diaper wipes                          
  21. Changing mat                        
  22. Lampin pakai buang
  23. Nappy liner
  24. Cloth diapers
  25. Detergent Pureen A-B-D        .
  26. Beg untuk diapers

Nursering

  1. Selimut                                            
  2. Bedding set                              
  3. Mosquito net
  4. Bedung/ baby wrap
  5. Playpen


Feeding

  1. Botol susu S                              
  2. Puting botol susu                        
  3. Berus pembersih botol                      
  4. Nursing pad washable
  5. Nursing pad disposal                  
  6. Maternity pad
  7. Cooler bag
  8. Nursing bra
  9. Breast pump                            
  10. Termos


Travelling

  1. Beg bayi
  2. Infant carrier


EXTRA

  1. Stroller
  2. Car seat
  3. Bakul baju baby


Barangan bagi ibu yang Berpantang


  1. Kain batik                                   
  2. Stokin panjang & tebal              
  3. Maternity pad                            
  4. Selimut tebal
  5. Sweter
  6. Bengkung/ Barut
  7. Set lepas bersalin/ jamu
  8. Baju cotton berlubang
  9. Tungku besar/ batu sungai
  1. Ni salah satu produk set berpantang yang ada kat pasaran, Kak Nita copy paste dari En.Google je ni.  Kak Nita xtau lagi nak beli produk yang mana, masih lagi sibuk membuat kajian ni..hehe

Sunday 9 June 2013

BP Monitoring

Assalamualaikum..

Hari ni Kak Nita da settle untuk wat BP-Monitoring kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Gombak Setia, Seminggu 2 kali Kak Nita kena datang Klinik ni untuk check tekanan darah, urine dan juga berat badan. Yela ni pon disebabkan untuk bulan lepas Kak Nita naik berat badan sampai 4kg, so doktor suruh wat BP-Monitoring untuk pastikan kenaikan berat badan Kak Nita ni adalah normal xde Tekanan Darah Tinggi or Tekanan Darah rendah or diabetis la.


Ok ni lah hasilnya setelah 6 kali datang ke Klinik untuk BP-Monitoring.  Berat badan memang naik la kan. Tapi doktor kata ok je, xde masalah tekanan darah Tinggi. 

Yang FHR tu adalah degupan jangtung baby, nurse kata degupan jantung baby normal adalah antara 110-160bpm.  So, Alhamdulillah degupan jantung baby dalam keadaan normal. Tekanan darah Kak Nita pon doktor ckp normal.  Cuma berat badan jela naik je kan.  Tapi mmg xdpt dinafikan yang Kak Nita agak berselera sikit nak makan.  Tu yang berat badan asyik naik je tu kan..hehe..

Minggu depan ada checkup lagi untuk usia kandungan yang ke 6 bulan.  Hope sumenya normal.  Alahai, minggu depan kena amik darah la plak, ni yang agak melemahkan semangat ni..huhu..PAstu dah masuk minggu yang ke 28 kena minum air gula lagi la. Aisehhmen..kena bersedia dari sekarang nampaknye..huhu

Okla, sampai sini je Kak Nita nak update, nnt da g checkup mggu depan Kak Nita update lagi ye..Bajet ade follower je Kak Nita ni kan..*PERASAN JERK*..hahaha

Thursday 6 June 2013

PAKEJ BERSALIN SWASTA

Assalamualaikum...


Untuk entri kali ni Kak Nita nak share sikit pasal harga pakej bersalin swasta yang Kak Nita survey.  Usia kandungan dah nk masuk 25 minggu, so usaha mencari tempat untuk bersalin pon bermulalah kan. Tapi baru sikit je yang Kak Nita sempat share kan kat sini, nanti Kak Nita akan update yang baru ye.  Tapi untuk kali ni just share yang kat bawah ni dulu ok..


1. Az-Zahrah Islamic Medical Centre


Pakej NURKASIH - RM 1275


4 katil setiap bilik

  1. Gim : PERCUMA 1 KALI penggunaan alatan gim, senaman berkumpulan, jakuzi, sauna dan mandia wap
  2. Spa : 50% diskaun untuk 2 jam Pakej Spa

Setiap pakej yang ditawarkan meliputi:

  1. Rawatan daripada pakar perbidanan dan pakar sakit puan(Perempuan)
  2. Penginapan selama 2 hari 1 malam beserta makan
  3. Nurseri, Ujian Kumpulan Darah, G6PD, dan suntikan (Vit, K, BGG dan Hep B1)
  4. Pemeriksaan CTG( 2 kali setiap 10 minit mengikut sesi)
  5. Pemeriksaan bayi oleh pakar
  6. Penyediaan peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan


Syarat dan terma:

  1. Menggunakan kaedah kelahiran normal
  2. Pembayaran boleh dilakukan menggunakan Pembayaran Tunai, Kad Kredit, Skim Ansuran Antenatal sebelum kelahiran.
  3. Pemeriksaan sekurang-kurangnya 2 kali oleh Pakar Sakit Puan dan Perbidanan
  4. Bayaran tempahan sebanyak RM300 diperlukan bagi setiap pakej yang ditawarkan
  5. Bayaran tambahan diperlukan untuk tambahan peralatan atau ubatan semasa proses kelahiran menggunakan kaedah-kaedah khas seperti Vacuum, forsep dan suntikan anestetik.

     No. 34, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
     Bandar Baru Bangi 43650, Selangor
     No telefon : 03-89212525
             

2. Hospital Ampang Puteri


Pakej Bersalin 1 ( 1 Bilik 4 orang)   = RM 2,050.00
Pakej Bersalin 2  ( 1 Bilik 2 orang)  = RM 2,350.00
Pakej Bersalin 3  ( 1 Bilik Seorang) = RM 2,650.00


Pakej termasuk yang berikut :
  1. Melahirkan anak secara normal
  2. Menginap 3 hari 2 malam
  3. O&G yuran bagi caj penghantaran dan pediatrik checkup oleh pakar pediatrik
  4. Saringna neonatal untuk kumpulan darah  G6PD dan  TSH

Pakej Tidak termasuk yang berikut :
  1. Cukai kerajaan
  2. Apa-apa komplikasi
  3. Pra-bersalin penjagaan untuk ibu oleh perunding  O&G
  4. Lain-lain perkhidmatan makmal
  5. Pengimejan dignostik.
  6. Farmasi item : Prostin & Narcan (Pilihan)

**Tertakluk kepada kesediaan bilik
**Perunding O&G akan memberi nasihat sama ada anda layak untuk pakej ini atau tidak.
**Pakej ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh pengurusan KPJ APSH .

    Customer Service KPJ Ampnag Specialist Hospital
    No 1 Jalan Mamanda 9, Taman Dato' Ahmad Razali,
    68000 ampang, Selangor Darul Ehsan.
    No Telefon : 03-4270 2500 (Ext 1288/1289)


3. Hospital Pusrawi

Pakej Bersalin 1 ( 1 Bilik 1 orang)   = RM 2,350.00
Pakej Bersalin 2  ( 1 Bilik 2 orang)  = RM 2,150.00
Pakej Bersalin 3  ( 1 Bilik 4 orang)  = RM 2,000.00

Pakej termasuk yang berikut :
  1. Melahirkan anak secara normal
  2. Menginap 2 hari 1 malam
  3. Perundingan Pakar Perbidanan dan Pakar Kanak-Kanak
  4. Ujian Darah (G6PD,TSH, Blood Group) Hepatitis B, Vitamin K dan Suntikan BCG.
  5. Caj Nurseri & Cukai Kerajaan.
Syarat-syarat :
  1. Pakej untuk Warganegara Malaysia sahaja
  2. Kelayakan untuk pakej ditetntukan oleh Pakar PErbidanan Pusrawi
  3. Membuat pemeriksaan di Pusrawi sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh kelahiran.
  4. Membuat bayaran penuh semasa mendaftar
  5. Pakej tertakluk di bawah terma & syarat
  6. Pakej terbatal jika komplikasi berlaku.
    Hospital Pusrawi Sdn Bhd,
    Lot 149, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Malaysia
    No Telefon : 03-2687 5000 
    Email : info@pusrawi.com.my


Coret-Coret Kak Nita