DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Thursday, 20 September 2012

MIMPI BURUK

Sejak 2 bulan kebelakangan ni, hidup aku macam xberapa nak tenteram je.  Slalu mimpi buruk yang membuatkan aku terfikir-fikir apakah petanda mimpi tu.  Aku ni mmg org yg suka fikir berlebih2, tu yang jadi serabut tu.  Kadang-kadang benda tu xde pape pon tapi aku yang fikir lebih2 sampai mengganggu emosi aku.

Mula-mula mimpi cincin tunang hilang pastu xlama lepas tu mimpi satu persatu gigi aku patah, selang seminggu mimpi g cari umah sewa then kat umah sewa tu rupanya ada kubur, siap melawat ag kubur-kubur kat situ.  Tapi rumah tu nmpk macam sangat usang.  Macam scary je nak duk umah macam tu.

Malam tadi mimpi cincin merisik plak hilang, pastu dlm mimpi tu aku cari-cari la cincin tu dalam beg pastu jumpa cincin lain pulak, tapi sama saiz ngan jari aku.  Aku pon pakai jela, cincin tu macam cincin silver la. Kira da 2 kali la mimpi cincin hilang, sedihnye. Orang cakap kadang-kadang mimpi tu sebenarnya membawa maksud yang tersirat sama ada petanda baik atau buruk.  Aku berdoa agar sume mimpi tu hanya satu mainan tidur sahaja. 

Bila da dekat-dekat nak kawen ni macam-macam mimpi yang datang dan macam-macam masalah yang timbul.  Mungkin itu satu dugaan bagi kami, aku hanya mampu berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepada kami untuk menghadapi dugaan yang mendatang.  

Ya Allah Ya Tuhanku, Permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami keizinanMu untuk kami terus bersatu dalam satu ukhwah dan kekalkan rasa Cinta kami kepadaMu hingga ke SyurgaMu Ya ALLAH.  Sesungguhnya kepada Engkaulah tempat kami memohon dan bersembah.  Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang Ya Allah..Aamiin.

1 comment:

Anonymous said...

Dari segi penceritaan awk tu..nampak mcm gangguan..

Coret-Coret Kak Nita