DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Saturday 2 November 2013

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum....


Hai kawan2, lama jgk rasanya Kak Nita x update blog ni.  Dah berhabuk rasanye blog Kak Nita ni kot,hehe.. Al-maklumla dah jadi mama ni so busy skit nak layan baby, pastu berpantang plak kan, jadinye xmenyempat la nak berblog..hehe.. Ni baby Kak Nita ngah lena, Kak Nita pon cepat2 la on Laptop coz da rindu sangat plak nak menaip panjang2 kan..hehe

Buat pengetahuan kawan2, Kak Nita da selamat melahirkan baby girl pada 23hb September 2013, pada jam 10.27 malam.  Alhamdulillah, Kak Nita bersalin secara normal di Gombak Medical Centre yang terletak di Taman Seri Gombak..

Alkisahnya due date sepatutnya 22hb Sep, tapi disebabkan baby blom nak kuar ag tu yang overdue sehari tu..hehe..Masa kandungan Kak Nita masuk mggu ke 30 Kak Nita da start wat check-up dekat Gombak Medical Centre (GMC) then trus register la nak bersalin kat sana.  Bila da masuk mggu ke 36, Kak Nita kene datang GMC tiap2 minggu.

Gambar ni kat GMC, masa tunggu nurse bagitau bilik mana Kak Nita nak masuk.

Kalau ikutkan result minum gula kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Kak Nita suspek kencing manis, so doktor KKIA bgtau yang Kak Nita xboleh bersalin Overdue. Kalau xrasa sakit nk bersalin lagi masa 22hb tu Kak Nita kena admit jugak then kena induce la paksa baby kuar.  Tapi Doktor kt GMC bgtau yang Kak Nita xde masalah pon kalau overdue coz bila dia ukur saiz baby masa dalam kandungan tu kecik je, xde risiko pon melainkan kalau air ketuban dah pecah mmgla kena admit awal.  Doktor Hamiza siap bagi masa smpi 29hb Sep lagi untuk Kak Nita rasa sakit tu datang sendiri coz Doktor Hamiza ckp kalau kena induce mmg sakitnya akan lebih teruk dari sakit yang datang secara semula jadi, so Kak Nita pon rasa tenang skit la, kiranya doktor Hamiza xdela nak push pesakit sgt.

Masa checkup mggu ke 36 kat GMC tu doktor ckp kepala baby mmg dah engaged dan tunggu masa je nak kuar.  Mungkin baby akan kuar sebelum due date, so apelagi Kak Nita pon amik keputusan tuk apply maternity leave awal la dan Kak Nita pujuk Hubby tok apply cuti awal jgk, yela nak jugak hubby ada skali teman Kak Nita dalam dewan bersalin tu kan.  Tapi apeakan daya, manusia hanya merancang, Allah lah penentu segala-galanya.

Dah masuk mggu ke 39 Kak Nita masih xdapat rasa contraction yang sebenar, hanya rasa contraction yang palsu je,huhu.. Appointment dengan doktor 19hb Sep, so Kak Nita tunggu jela tarikh tu kan, bila g check up doktor scan and wat CTG then doktor check bukaan, doktor bgtau jalan xbukak lagi then dia bukak  jalan 1 cm, then dktor ckp mmg akan kuar tanda macam darah, tapi jangan panik tunggu je sampai da rasa sakit yang tak boleh tahan baru datang GMC semula.

Then ktorg tunggu punya tunggu Kak Nita xrasa sakit lagi, dah sampai due date pon masih xrasa contraction lagi, time tu mak mertua Kak Nita da datang da dari Melaka. 22Hb Sep tu ari ahad, mak Kak Nita da suh g GMC da, pastu Kak Nita ckapla esok (Isnin) jela kita g GMC.  lagipon ari ahad doktor Nor Hamiza tu cuti, jadi tunggu jela sampai ari Isnin (23hb Sep).

Sebenarnya masa g GMC tu Kak Nita blom rasa lagi contration tu, tapi sebab mak suh g, Kak Nita g jela kan.  Sampai GMC dalam pkul 11pagi macamtu, doktor wat CTG and check bukaan, doktor ckap bukaan baru 3cm tapi da boleh masuk wad la.  Disebabkan bilik penuh time tu so doktor suh check in pkul 2 ptg, doktor Hamiza suh g makan2 dulu.

Time tu Kak Nita datang ngan hubby,mak Kak Nita n Mak hubby. Sempat lagi Kak Nita g bank bayar ansuran kete pastu g cuci2 mata kat kedai Manjaku, sempat jugakla Kak Nita grab baju baby warnja pink..hehe..then dah pkul 2 still lagi kat Kedai baby tu, Kak Nita ajakla mak balik, ckap perut da lapar, then balik umah makan2, siap2 dalam pkul 4 macamtu baru grak g GMC.  KAk Nita masuk wat pkul 4.30petang.

Then nurse datang check bukaan, nurse kata bukaan masih lagi 3cm dan Kak Nita masih lagi blom rasa contration yang kuat.  Nurse pasangkan air then dia ade drip cecair kat botol tu, KAk Nita xdela plak tanya benda ape yang dia masukkan tu.  Pkul 7malam nurse datang check bukaan lagi, tp still lagi 3cm, time tu mak Kak Nita da xsedap ati je, pastu mak Kak Nita pon kata nak g amik akar pokok fatimah kat makcik Kak Nita, then tinggal lah Kak Nita ngan hubby dan mak dia.

Dalam pkul 9 malam cmtu Kak Nita da rasa sakit tpi skit jela, time tu mak mertua Kak Nita da bg minum ir selusuh dah, nurse pon datang check bukaan lagi skali, time tu bukaan da jadi 4cm. Dalam pkul 9suku mak Kak Nita datang bawak air yang da direndam dengan akar tadi, mak Kak Nita suh minum air tu, then Kak Nita minumla kan, xlama lepas tu Kak Nita da mula rasa contraction yang kuat.

Dalam pkul 10 malam mcamtu perut da rasa memulas-mulas macam nak buang air besar, time tu Kak Nita bgtau mak n mak mertua ckap nak g Toilet, seb baik toilet dalam bilik je kan, senang la nak g, time da smpai toilet tu mmg x igt ape, igt nak teran je coz rasa nak buang air besar sangat2 kan.  Dalam 5 minit jugak rasanya Kak Nita duk dlam tandas tu, mak Kak Nita da risau, dia suh Kak Nita bukak pintu toilet tu.  Then bila da kuar dari toilet Kak Nita bgtau mak yang rasa len macam je, bukan nak buang air besar.

Pastu Mak Kak Nita suh hubby panggil nurse, bila nurse datang check bukaan nurse ckp baby da nak kuar da, apelagi cpat2 la dia bwk Kak Nita jalan g dewan bersalin, time tu doktor Hamiza baru je balik, nurse pon cepat2 la call doktor suh dtg balik, seb baik doktor Hamiza blom smpi jauh lagi.  So dia pon bergegas la masuk dewan bersalin, sementara nak tunggu dia masuk tu mmg da xtahan sangat2 nak teran, tapi nurse suh tahan coz nak kene tunggu doktor dulu, mmg seksa sangat rasanya nak tahan daripada trus meneran time tu.

Dalam pkul 10suku mlm macamtu doktor pon sampai, so aktiviti meneran pon bermula, lama jugak rasanya Kak Nita teran coz time tu dah xboleh nak curi2 nafas, time tu baby da nak kuar tapi sebab Kak Nita da benti teran kejap so kepala baby da sangkut kejap, panjang jugak kepala baby Kak Nita time kuar tu,hehe.. Al maklumla xde pengalaman bersalin pon kan, first experience la katakan.  Memangla ada baca-baca jugak teknik2 meneran yang betol tapi bila da masuk dewan bersalin tu sume dah lupa, pakai bedal je mana yang dan..hehe

Bila baby da kuar tu da xterasa ape dah, sakit pon hilang. Baby kuar je trus nurse letak kat dada Kak Nita, Alhamdulillah, sumenye selamat.  Baby pon sehat xde kena kuning. Then, nurse pon bawaklah baby tok dibersihkan.  Seb baik baby Kak Nita kecik je so xdelah bnyak sangat kene jahit.

Kak Nita bersyukur sangat coz dipermudahkan segala urusan melahirkan anak pertama kami ni, Alhamdulillah.

7 comments:

Kenari Putih said...

Alhamdulillah kak nita, seronok baca pengalaman bersalin kak nita ni. Berjaya jugak kak nita bersalin tanpa ada apa2 komplikasi. Ahamdulillah 2-2 dah selamat. Moga makin sihat bb kak nita :)

Unknown said...

Alhamdulillah..segala urusan untuk bersalin anak pertama ni di permudahkan..bersyukur sangat2 atas keizinanNya=)

myza said...

Saya pn kna kncg manis..nknjga xnk bby besar sgt huhu..

Unknown said...

myza: hehe, yelakan klu baby besar sgt ssh plak nak bersalin normal..

Anonymous said...

Nita... doc hamiza ok tak? sy plan nk bersalin kt c2 gak.. bp ek kos bersalin ngn doc hamiza?

Unknown said...

Dr Hamiza mmg sgt ok..sy berpuas hati dengan servis dia dan nurse2 yang ada kat GMC tu..

Ummi Jual Vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

Coret-Coret Kak Nita