DUNIAKU ANITA



KAK NITA IN THE HOUSE

Sunday 23 September 2012

Prosedur untuk Bakal-bakal Pengantin Daerah Gombak

Prosedur Perkahwinan untuk Bakal-bakal Pengantin di Daerah Gombak

Pertama sekali kena pergi kursus Pra Perkahwinan, kursus2 ni boleh buat kat mana2 negeri dan tak ada due date, so g la kursus awal-awal pon bagus. Bagi yang nak g kursus area2 Selangor or KL boleh try register kat  Mahligai Firdaus dkt Setiawangsa, ni link dia Mahligai Firdaus .  

Then boleh la g wat Saringan Ujian HIV kat klinik kesihatan kerajaan, tapi kat area Selangor skrg ni da kuar pekeliling kata boleh wat kat klinik swasta tp lepas da dpt result tu kene bwk result ke Klinik Kesihatan Kerajaan untuk dapatkan Cop Pengesahan.  Kalau xde cop pengesahan klinik kerajaan mmg xkan di terima la, so jgn lupa dptkan pengesahan dulu ye.  Nnt kat klinik tu staff klinik akan bg satu borang then kena isi dan lampirkan sekali dengan result yg kte da dpt dr klinik swasta tu.  Tp kene igt, Ujian ni hanya valid selama 6 bulan je, so kena pandai-pandai bajet la, kalau nak kawen ag 6 bulan tu da boleh buat la, tp da lepas 6 bulan x kawen ag so result tu da x valid da, kene wat ujian saringan ag skali la.  Jangan lupa fotostat siap2 result yang da wat kat klinik swasta tu ea, nnt klinik nak attach skali ngan borang pengesahan tu.  Nak dapatkan cop pengesahan kat klinik kerajaan pon kena amik no jgk rupanya.  Lepas doktor dan cop & sign kat result dan borang saringan ujian hiv tu dia akan bg kte salinan wane biru tu, yang tu kena submit skali ngan result hiv test yang original time nak anta kebenaran berkahwin nnt,

Sabar jela, tggu dekat 2 jam, ble masuk doktor just cop dan sign pastu da boleh balik, doktor xtanya apa2 pon, macam tak berbaloi je tggu lama2 hanya untuk dptkan cop, lebih baik nurse tu passing je kat doktor, bukan doktor tu ada wat apa2 check up pon kat kita, just cop kat borang je coz result dari klinik swasta tu da ada. Tapi mmg rasa macam sia2 je tggu kat klinik tu, kan senang kalau dtg trus boleh tgglkan result and dtg balik da leh amik borang yang da di cop tu.  Ni tak boleh plak, nak kena tggu turn and masuk jumpa doktor jugak.  

Lepas da settle tu, bolehlah amik borang kat Pejabat Agama berhampiran, tp skrg ni bg yang bermaustatin di negeri Selangor da kena isi form online, ble da isi tu kene print la.  Pejabat Agama dah x bagi borang manual.  Lengkapkan borang kebenaran berkahwin tu, Bagi pasangan yang dari kariah yang sama bolehlah hantar sekali borang tu, tapi bagi yang duk daerah lain2, or lain2 negeri macam pihak lelaki dari Melaka dan pihak perempuan dari Selangor so Pihak lelaki kene settlekan kebenaran berkahwin luar negeri dari Pejabat Agama Melaka tu dulu, bila da dapat kebenaran tu pihka lelaki kena bagi kat pihak perempuan berserta sijil kursus perkahwinan untuk dijadikan dokumen sokongan bagi permohonan kebenaran berkahwin pihak perempuan yang di Selangor tadi.  Tempoh sah laku kebenaran berkahwin ni hanya 3 bulan, kalau korang tak kahwin dalam masa 3 bulan kira kebenaran tu dah luput la, kena mohon semula kebenaran berkahwin yang baru.

Semasa nak dptkan cop pengesahan dari Penolong Pegawai Nikah tu kena pastikan sume butiran yang diminta di isi dengan lengkap, dokumen sokongan perlullah dibwa berserta salinannya sekali.  Bawak Wali, dan 2 orang saksi berjumpa dengan PPN tersebut, bagi yang tinggal di Taman Greenwood bolehlah pergi ke Masjid Ar-Rahimah, Taman Gombak.  Ni link dia, Penolong Pendaftar Nikah, Taman Gombak kat sini ada no telefon PPN yg telah di lantik oleh JAIS so telefon dulu untk membuat temu janji.

Bagi sesiapa yang surat nikah ibu dan bapanya yang telah lama hilang dan xdpt ditemui kenalah buat Surat Akuan Sumpah mengatakan tarih nikah Ibu bapa, tempat nikah, bilangan anak.  Akaun Sumpah ini boleh di buat di Pesuruhjaya Sumpah yang berhampiran, pastikan pesuruhjaya Sumpah itu beragma Islam ye.  Itu seperti yang di kehendaki oleh JAIS.  Yang ni contoh bagi ibu bapa yang telah lama bercerai dan surat nikah xdapat ditemui.  Tapi ni draf je, kalau nak format lebih betul g je bawak draf ni tunjuk kat Pesuruhjaya Sumpah tu, nanti dia akan edit apa-apa yang patut.

SURAT AKUAN SUMPAH

 Saya ……………………………………………………..  No. K/P .............................  yang beralamat di ...............................................................................................................……………………………………………………………………………………………………………………………….. dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:-


1.   Saya ibu kandung kepada .......................................................No IC ...........................
2.   Saya telah berkahwin secara sah dengan ................................................no IC ................................ pada..................................... bertempat di .................................
          3.    Saya mempunyai .............. orang anak hasil perkahwinan tersebut.
4.    Saya tidak menyimpan sebarang dokumen berkaitan dengan perkahwinan dan penceraian tersebut.


Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan  Berkanun 1960.

 Diperbuat dengan sebenarnya dan  diakui oleh         ) 
 yang tersebut namanya  di atas iaitu                            )
           ……………………….............................................              )                   
di ..................................................................                       )                    .................................                                       dalam negeri ...............................................                     )                       (Tandatangan)                                              pada ………..haribulan …….......tahun………......       )  


Di hadapan saya, 

..........……………………………................. 
( Tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen,
Majistret atau  Pesuruhjaya Sumpah )

Pastu da settle dptkan cop pengesahan tersebut, bolehlah hantar borang kebenaran berkahwin tersebut ke Pejabat Agama, Bagi yang nak dapatkan kebenaran berkahwin di negeri Selangor boleh tengok di JAIS untuk tengok pejabat agama mana korang kena submit borang tu.  Borang kebenaran berkahwin ni hendaklah di hantar ke Pejabat Agama Islam Daaerah selewat2nya 7 hari sebelum akad nikah dilangsungkan.  Better hantar awal la dalam 3 or 2 bulan sebelum nikah, kalau ada apa2 masalah berkaitan permohonan tersebut bolehla ada masa untuk kita selesaikan dahulu bagi melancarkan akad nikah itu nnt.  Takut la kalau2 ada maklumat atau lampiran yang tidak lengkap seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Agama yang meneybabkan mereka xdpt memberikan kebenaran berkahwin tersebut atas sebab2 tertentu.  Kalau yang duk kat area Gombak Timur, kena hantar permohonan kebenran berkahwin kat PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK (KERAMAT).  ALAMAT :PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK CAWANGAN TAMAN KERAMAT JALAN ENGGANG... No Telefon : TEL : 03-42526080/ 42529344



Kebenaran bernikah tu akan siap dalam tempoh satu hari, kalau hantar arini esoknya boleh la datang amik kebenaran berkahwin yang telah di tandatangani oleh Pegawai Pendaftar tu dekat pejabat agama, dia akan bg skali dengan borang perakuan nikah yang akan digunakan semasa bernikah nnt, so bolehla isi dulu detail suami, isteri dan wali tu, tpjgn usik bhagian saksi coz bahagian saksi tu akan diisi oleh penolong pendaftar  nikah yang berkenaan.  Kalau  macam kat tempat saya lepas da dapat kebenaran berkahwin tu isi bahagian suami,isteri dan wali pastu g hantar balik kat penolong pendaftar nikah yang tandatangan kat borang kita tu.  Pastu lagi 2 3 hari nak akad nikah boleh la call balik PPN tu just tuk remind la, takut2 terlupa ke kan. 



10 comments:

Rafy said...

Salam, tumpang tanya, test kat klinik swasta tu berapa bayarannya ye? Rm1 gak or lain? Ada senarai klinik swasta yang boleh gi atau boleh gi klinik mana2 ya? Thanks :)

Unknown said...

wsalam..byran tu depends kt klinik jgk..byrn stiap klinik berbeza jgk..klu tmpt yg sy wat ritu kne byr rm40..tp xsemua klinik swasta ade wat ujian saringan hiv tu.better tanye kt klinik yg berdekatan tmpt tggl kita dlu la..ritu sy wat kt klinik kluarga area sri gombak coz dkt ngan rumah..

asyraf said...

Saya pun buat ujian HIV di hospital swasta pusrawi depan IJN tu.. Result dah endorse di KK gombak setia tapi doktor tu cuma cop dan sain je result saya. Ade ke dia bagi kita apa2 borang.. Sebab saya tak dapat apa2 borang pun.

Unknown said...

Doktor ade bg copy borang tau,borang yang original diorang simpan...kat borang tu doktor akan cop and sign pastu t kte kene attach borang tu skali ngan result hiv..result hiv tu pon doktor kene cop and sign jugak..result yg original kte attach tok anta kat pejabat agama,then yg copy result tu bg kat doktor tok diorg filling..

Anonymous said...

sy nk tnye psl surat cerai ibubapa yg hilang 2..perlu ke bawa ibubapa skali untuk wat surat akaun sumpah 2..?di mane2 sje ke bole di buata atau tmpat tertentu sje...?

Unknown said...

aah kenala bawa salah seorang dari ibu bapa time nak wat surat sumpah kata yang surat cerai dah hilang. Tak semestinya kena bawa dua2 sekali. Nanti diorang yang kena tandatangan kat surat surat pengakuan tu.

Anonymous said...

Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A

Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK

Anonymous said...

Saya nak tanya kalau wali gaib boleh terus mohon wali hakim ke tampa perlu masuk surat khabar

zahida enterprise said...

salam sya nk tnya boleh x wakil.@ pegantin perwmpuan hantar borang kebenaran bekawin lelaki untuk cop pengesahan jawi..pengantin lelaki outstation .pihak perwmpuan perlukan cepat borang lelaki

Unknown said...

Jika ada para pembaca memerlukan tempat tinggal sementara sempena kenduri kahwin,pihak kami sedia membantu anda. Kami menyediakan homestay di kawasan sekitar gombak utk memberikan anda keselesaaan seumpama tinggal di rumah sendiri. Layari blog berikut utk maklumat lanjut. Thanks!

http://homestaysunflower.blogspot.my/?m=1

Coret-Coret Kak Nita