Pening jugak nak berurusan untuk wat saringan HIV ni. 30 Ogos 2012, time tu aku g Pejabat Agama Daerah Gombak untuk amik borang kebenaran nikah untuk perempuan, then tanya la pasal ujian saringan hiv tu,pastu staff kat pejabat agama tu ckp g kat klinik kerajaan je, klinik swasta xleh wat ujian saringan HIV tu.
Pastu aku pon cari la klinik yang berhampiran yang dekat jalan gombak tu, sekali klinik tu dah pindah rupanya..Aduhai, xtau plak dah pindah, tgk jam dah lebih pkul 4,so comfirm xsempatla.. So aku balik umah jela,
Hari Isnin 9hb September teringat yang xwat ag ujian saringan HIV tu, then aku pon mintak kebenaran kuar ofis jap nak g wat saringan tu, aku ada baca kat web jasi aritu kata nak wat saringan HIV kene amik borang kat Pejabat agama dulu, pastu aku pon g la Pejabat Agama Daerah Gombak tu balik, tggu dari pkul 1 smpi pkul 2, ble ofis dah buka aku pon tanye la pasal borang tu sekali dia ckp pejabat agama xkuarkan borang tu dah, just trus g kat klinik kerajaan je nnt diorg bg borang, sabar jela. Kalau tau dari awal aku dah g Klinik tu, xyah tunggu lama2 kan.
Sampai je kat klinik, rupanye kena wat appointment dulu, alahai tu satu hal. Punya bersusah payah datang sekali kene wat appointment. Aku datang 9/9/2012 tarikh appointment paling awal 11/10/2012..Lama tu, rasa macam cuak je ble pk makin dekat dah ni sebab baca kat pdf tu kata kne wat HIV test sekurang2nye 2 bulan dari tarikh nak nikah..Cuaknya aku..huhu
Tadi 13/9/2012 tepon la klinik kesihatan Selayang dan klinik kesihatan Taman Ehsan, sekali dua2 klinik ckp kat klinik kesihatan tu xwat Ujian saringan HIV tu da..Dia kata kene wat kat klinik swasta dulu then dapatkan cop pengesahan dari klinik kesihatan kerajaan. Then aku still xpuas hati trus call pejabat agama Gombak then staff dia ckp pon kene wat kat klinik swasta then baru dptkan pengesahan dari klinik kerajaan. Tapi keliru la dengan arahan diorg, mula2 ckp xleh wat kat klinik swasta then ble da nak wat kat klinik kerajaan kata kene wat kat klinik swasta plak. Aduyai, macam2 plak kan.
So kesimpulannya kene wat awal2 dan jangan tangguh2kan urusan, ble da dekat2 cmni mmg kelam kabut jadinya..Baru la aku terasa padahnya melewatkan2 urusan kan..huhu..Korang jangan jadi cm aku ea..huhu
4 comments:
Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.
oohh yeke..tp result tu valid ke utk pengesahan dr doktor klinik kerajaan ea?
so skrg nie kak nita, senang cite g klinik kesihatan terus la ek... tak payah mintak borang kat pejabat agama dah..?
kalau ikut masa Kak Nita wat masa tu mmg trus g klinik kesihatan je,xyah mintak borang kat pejabat agama pon..
Post a Comment